H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

tidak! saya berasa bosan setiap kali menjelangnya musim peperiksaan~ kenapa?? kerana, saya akan rasa macam nak muntah 24 jam...tak tahu la kenapa...macam elergic pulak...hehehe...minggu depan dah start balik peperiksaan...argghhhhh~!!! bOsan~!!! hurm..tu je la buat masa ni~!hehehe..saje nak lepaskan geram~!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dengar betul²...Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni~!
Kenapa aku tersengih² tu? malu jumpa kamera ke? hehehe...
Salah Seorang Peserta Terbaik...Khairul Rizwan~!(baju jingga tu...itu ler anak buah aku~! hehehe..)
Cepat²~! kita mesti menang~!!!
Ha...teka..teka...ape jawapannya??~
The best grOup win~! yehaaa...we are the champiOn~!

Saya bersama dengan En. Hilmy Ashley...
Khusyuk mendengar pembentangan modul ke??
Berangan ke??
Cepat~! kita mesti menang treasure hunt ni~!
Ahli Kumpulan 6 (kumpulan terbaik) yang best~!!
Kak Anne(fasilitator kami) bersama dengan En.Hilmy Ashley

Inilah dia En. Hilmy Ashley~ hehehe~
Ya...Jemputlah makan...jgn malu²~
Mereka ni sedang berbincang sesuatu sebenarnya... bincang ape ye?? Strategi "perang"~!!!
3 orang anak buah merangkap kawan² baik saya...
Peluang berkenalan dengan rakan² dari sekolah lain~! Selamat berkenalan~!











Sewaktu Puan Yazlina (guru penyelaras PENA-majalah sekolah kami...) maklumkan pada saya bahawa Sidang Redaksi kami dijemput untuk menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Pelajar Semester Akhir Diploma Pengajian Media Dan Pengurusan Penyiaran, naluri saya melonjak kegembiraan. Tidak sabar rasanya! Mana tidaknya, sudah lama saya menantikan detik itu! Saya memang mempunyai minat dalam bidang penulisan. Tambahan pula, saya merupakan Ketua Editor bagi majalah yang menjadi wajah palajar sekolah saya, PENA. Jadi, tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju untuk menyertai bengkel tersebut. Saya tidak berharap untuk mendapat sijil atau sebarang penghargaan. Tidak terlintas pun! Oleh itu, saya khabarkan berita gembira tersebut kepada anak² buah saya. Mereka juga teruja untuk menyertai bengkel tersebut. Tambahan pula, tiada bayaran yang dikenakan dan kenderaan juga disediakan. Jemputan itu kami terima bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal.


Setelah terpaksa menanti selama lebih kurang tiga minggu sebelum tarikh 7 September tiba, saya bangun dari tidur pada pagi 7 September 2007(Jumaat) dengan hati yang girang dan teruja yang amat sangat. Saya bersiap seperti biasa(hari pertama kami memakai uniform sekolah). Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Funtion Hall, Malaysia Institute Of Integrative Media, saya dapat merasakan bahawa saya akan memperoleh sesuatu yang amat berharga pada hari itu. Selepas pendaftaran(8.00pg), kami dibahagikan mengikut kumpulan semasa sesi Ice Breaking. Kemudian, kami diberi peluang untuk bersarapan pagi pada jam 10 pagi (sarapan disediakan). Selepas mengalas perut, En. Salleh Kassim membentangkan Modul yang pertama(10.30) untuk bengkel itu;JENIS² PENULISAN BERITA & PENGENALAN KEPADA LEAD. Saya mendapat tahu bahwa En. Salleh adalah seorang penceramah yang digemari dan disegani oleh warga MIIM. Selepas satu jam, En. Salleh menyambung pembentangan Modul yang kedua; PROSES PENULISAN,STRUKTUR CERITA DAN SUMBER MAKLUMAT. Pada jam 12.30, kami berhenti rehat dan makan tengah hari. semua peserta lelaki menunaikan solat Jumaat di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa, manakala, peserta perempuan hanya menunaikan solat zohor di Surau MIIM. Pada jam 2.30 Petang, Segmen Bicara Kerjaya mengambil tempat. Segmen tersebut dikendalikan oleh En. Hilmy Ashley atau nama sebenarnya Muhd.Ibrahim Hilmy b. Noor Mohd. Ashley; Pembaca Berita BERNAMA dan Wartawan. Segmen bersama En. Hilmy agak sempoi dan menyeronokkan kerana beliau seorang yang peramah dan banyak cakap. Beliau juga seorang yang kacak! hehehe~ Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan Telefon Karat(dikendalikan oleh En. Hilmy). Pada jam 5.00 petang, kami minum petang dan solat asar di surau MIIM. Kira² jam 5.30 petang, kami diberi sedikit maklumat mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada esok hari (8 September 2007).



Pada keesokan harinya pula, para peserta mendaftarkan diri dan pembentangan modul 3;'Skil mendengar dan mengambil catatan serta teknik menemuramah' oleh En. Syarrizuan. selepas sarapan pagi, segmen Bicara Kerjaya 2 dikendalikan oleh Puan Suhana Abd. Mutalib; Wartawan Ketua Biro Utusan. Pada jam 10.00 pagi, aktiviti treasure hunt dijalankan. Semua ahli kumpulan berganding bahu mencari klu dan melaksanakan semua cabaran yang diberikan. Kumpulan saya hanya berjaya menduduki tempat ke-3. Selepas rehat dan makan tengah hari, upacara penutup dilangsungkan. En. Abd. Latiff Abd. Ghani selaku wakil MIIM menyampaikan ucapan beliau. Seterusnya, upacara penyampaian hadiah, pemberian cenderamata kepada para penceramah, wakil guru dan VIP. Kumpulan Terbaik keseluruhan dimenangi oleh kumpulan 6 (kumpulan saya la tu...hehehehe~) Majlis bersurai kira² jam 4 petang. Kenangan sepanjang dua hari menyertai bengkel ini adalah kenangan yang terindah dan amat sukar untuk dilupakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakak dan abang yang telah banyak membantu saya, yang telah memberi peluang keemasan ini kepada saya dan yang telah banyak memberi kenangan terindah kepada saya. Semoga perkenalan kita akan terus mekar dan berkekalan...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Mesti ada yang pelik dengan tajuk saya ni. Hehehe... sebenarnya, saudara Zulkifli Bujang telah sedarkan saya; kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Kenapa saya berkata begitu? anda akan tahu jika anda melawat ke blog beliau. Disini saya nyatakan alamat blog beliau: http://www.kiflibujang.blogspot.com/

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang