H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

sekarang ni, sekejap hujan, sekejap panas...ni semua angkara manusia yang tamak dan hanya pentingkan diri! saya berasa sangat tertekan dengan keadaan iklim sekarang ni... Bila cuaca cerah, terlalu panas...Tak tertahan rasanya...Bahang! Saya bersyukur kerana tinggal di dalam rumah g diperbuat daripada batu...Bagaimana lah agaknya mereka² yang hanya tinggal di rumah kayu yang beratapkan zink? pastinya lebih berbahang... Bukan saya tidak bersyukur...Cuma, saya berasa marah dengan manusia yang tamak yg telah memusnahkan banyak hutan dan menyebabkan kesan rumah hijau berlaku... Bumi sekarang semakin panas dan ais di kutub utara juga semakin cair...Akibat tindakan manusia yang tiudak berotak itu, seluruh alam mendapat tempiasnya...Sedarlah wahai manusia yang tamak haloba...bumi kita ni semakin nazak...Usahlah digondol bukit bukau dan usahlah membersihkan hutan tnpa alsan yang munasabah... Kadangkala, saya berasa seperti ingin bunuh saja manusia yang telah merosakkan bumi ini...!!!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

To all Aliff Aziz's fan yang view this post, I SUDAH upload gambar2 birthday bash Aliff kat KL ni..You all boleh view gambar-gambar & video tu kat sini. ENJOY! (psstt... x banyak gambar yang I bleh upload because I agak busy dengan SPM. So, after SPM, klau I free, I upload lagi,ok? Tak janji tau!)




Name / Nama: Md Aliff Bin Aziz

Date of Birth / Tarikh Lahir : 16 February 1991 (16 years old/ 16 tahun)

Zodiac / Bintang : Aquarius

Height / Ketinggian : 185 cm

Weight / Keberatan: 60 kg

Nationality / Kewarganegaraan : Singaporean

Occupation / Pekerjaan : Student / Pelajar

Schools / Sekolah :
Princess Elizabeth Primay School / Sekolah Rendah Princess Elizabeth
( 1998 - 2003 )
Zhenghua Secondary School / Sekolah Menengah Zhenghua
( 2004 - 2007 )

Performing Experience / Pengalaman Persembahan :
Winner of TKC Pop 80's & 90's contest by E-Ventions
Guest singer at Imran Ajmain's album launch, Dec 06
1st Runner Up, Teen Star by Southwest CDC
Winner, Anugerah 2007

Favourite Colours / Warna Kegemaran: White and Pink / Putih dan Merah Jambu


Short Biology Written By amalinaluvhym (In Malay Language)

Tanggal 16 Februari 1991, seorang bayi lelaki yang diberi nama Md Aliff Bin Aziz dilahirkan. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ketika Aliff berumur 3 tahun, dia dan keluarganya dengan gembiranya menyambut kehadiran 2 orang baru. Aliff telah mendapat 2 orang adik perempuan kembar yang diberi nama Nur Aisyah dan Nur Ain. Aliff menjalani kehidupannya seperti insan yang lain. Aliff dan kedua-dua adik perempuannya bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth. Kemudian, Aliff dan Aisyah beralih ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain pula bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Aliff dan Aisyah mempunyai minat yang sama iaitu menyanyi. Mereka suka menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh balai rakyat mahupun sekolah. Aisyah telah menjadi juara pertandingan nyanyian di sekolahnya dan dia digelar Zhenghua Idol. Aisyah bahkan lebih pandai menyanyi berbanding dengan Aliff. Aisyah pernah menjuarai peraduan adu bakat, Teen Star @ South West. Manakala Aliff pula mendapat tempat kedua. Ain mengaku bahawa dia tidak mempunyai minat yang sama dengan abang dan kembarnya. Ain lebih meminati bidang teknologi maklumat.

Apabila Aliff berusia 16 tahun, dia dengan beraninya tampil ke hadapan untuk memasuki pertandingan nyanyian yang popular, Anugerah 2007. Aliff bekerja keras untuk terus mara ke hadapan. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya. Dia telah tersingkir. Semua yang meminati aliff berasa kecewa, termasuk saya. Namun, ia belum berakhir. Aliff berjaya meneruskan perjalannya apabila dia berjaya dalam pusingan wildcard dan dia diberikan peluang kedua. Semangat peminat-peminat Aliff bangkit semula dan tidak putus-putus untuk mengundi dia. Aliff berlatih dengan lebih gigih dan berharap dia tidak akan mengecewakan peminatnya. Aliff bersaing dengan peserta-peserta hebat apabila dia berjaya ke pusingan akhir. Maiya, Roslan dan Nurrun yang lebih tua darpada Aliff mempunyai vokal yang mantap. Aliff pula merupakan peserta yang termuda. Namun, itu bukan alasan baginya untuk tidak terus berusaha.

Akhirnya, dengan usahanya dan sokongan yang tidak henti-henti daripada peminatnya, aliff berjaya merangkul gelaran sebagai juara Anugerah 2007. Aliff kemudian dikenali ramai. Aliff muncul di saluran MediaCorp TV12 Suria dalam rancangan Sinar Lebaran, Suria Segar, Manis Manja Hari Raya, Intai Raya, rancangan kanak-kanak; Khayalan dan yang terbaru; Rhapsodi Remix 2007. Pada tahun yang sama, Aliff telah berjaya mengeluarkan album sulungnya yang bertajuk Aliff pada akhir September 2007. Pada 16 Disember 2007 nanti, Aliff akan mempromosikan albumnya ke negara jiran, Malaysia.

Sekarang, nama Aliff melekat di bibir orang di Singapura mahupun di Malaysia. Jika kita betul-betul peminat setia Aliff, ke mana kita pergi, Aliff akan sentiasa berada di dalam ingatan kita.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Aliff Aziz Online

Catatan peribadi saya:

hurm...sebenarnya,pada awalnya saya tak berapa ambil kisah akan kemunculan Aliff Aziz...namun, lagu sayang sayang yang dinyanyikannya dengan gaya yang bersahaja telah membuatkan saya membuka mata... dia memang seorang yang mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar seorang artis...Aliff mempunyai wajah yang kacak dan 'sweet' selain suaranya yang mampu membuatkan ramai gadis tidak tidur lena.

Semoga Aliff mampu membahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan peranannya sebagai seorang pelajar agar dia lebih dikenali dan dihormati. Tiada perkara lain lagi yang saya mampu lakukan untuk Aliff selain mendoakan kejayaannya; baik di mana sahaja dia berada...Bahkan, saya juga berharap agar Aliff mempu menghadapi cabaran hidup sebagai seorang artis kerana pasti ada gosip liar yang menjengah...Semoga Aliff terus sukses...Saya akan terus menyokong Aliff...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

alahai~!! bOleh tak, kalau saya cakap, saya rasa macam malas nk pegi sekOlah?? :P hehehe~ serOnOk cuti lama~ (walhal, saya cuti 2 minggu je..lagi sebulan tu saya pergi kelas tambahan...) Tu yang rase macam sekejap je cuti..Minggu depan dah mula sesi persekolahan 2008...Oh Tidak!!! Tahun "Penyeksaan"...hehehe...SPM tu...:) alahai... (asyik mengeluh je keje..tak baik tau!) by the way... best jugak start sesi sekolah...sebab, dapat duit belanja!! hehehe...almaklumla...cuti-cuti ni mane dapat duit belanja..sO, tu yg terpaksa "ikat perut"...lalala~ tp, tak slim jugak~ :P

Ape la yg saya dOk merepek nih...hurm..sebnrnye, nk cerita tentang persiapan persekolahan...Rasa-rasanya, untuk sesi 2008 ni, saya cuma tempah tudung sekolah baru...baju seragam tak buat kot...since fOrm 2(sejak secara rasmi jd pengawas...) x buat baju sekolah baru..hehehe...xde mOod nk beli baju baru...pakai je la yg mne ada..lgpun, diz is my last year @ secOndary schOol~ hehehe...kasut lak, baru je beli hari tuh...sO, awal tahun ni juz prepare utk yuran PIBG je la...

Hari Rabu or Khamis ni nk g amek buku teks~ hehehe...bagus gak kerajaan bagi pinjaman buku teks ni...lagipun, hari Khamis ni, saya perlu edarkan majalah sekolah, PENA...hurm...maybe bz ckit la hari tu...tp, xpe la...antara tugas terakhir sy sebagai ketua editor sebelum diserahkan kepada ketua editor yang baru.. hurm..siape ye ketua editor yang baru ye?? hahaha...saya tau...tapi, rahsia..tunggu je la...hurm.. tak sabar rasanya nak tengok majalah PENA tu...macammane la rupanya ye???

hurmm...rasenye, sampai sini je la saya membebel...lain kali sambung lagi...buat semua pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan 2008, tekadkan azam dan tunaikan janji yang telah dikotakan...Belajar bersungguh-sungguh..(walaupun rasa malas nk pergi sekolah,tapi, saya akan berpegang pada janji dan cita-cita saya..) Buat pelajar yang bercinta, jangan abaikan pelajaran..terutamya yang bakal menduduki PMR dan SPM utk tahun 2008... jangan hampakan harapan ibu bapa dan cita-cita sendiri...Mudah-mudahan cita-cita u all dalam pelajaran akan tercapai dan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa...Selamat kembali ke sekolah!!!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Setiap kali balik ke kampung atau ke rumah saudara-mara yang menetap di Seremban dan Melaka, pasti kami sekeluarga akan menghadapi kesesakan jalan raya yang sangat teruk... Jika sebelum ini, perjalanan hanya mengambil masa setu jam setengah hingga dua jam, tetapi, sejak kebelaknagn ini mengambil masa selama tiga jam setengah! Sampai sakit punggung saya! (malu untuk mengaku, tapi, itulah yang terjadi!!!) Walaupun bukan saya yang memandu, saya pula yang berasa rimas dan bosan apabila melihat sikap pemandu yang lain mencelah-celah di ruang kosong antara kenderaan. Pantang sahaja ada jarak, pasti, mereka akan menyelit! Kita bukan beri jarak tu untuk mereka menyelit, tapi, sebagai langkah keselamatan jika berlaku kemalangan..!!! tahulah kereta mereka tu besar-besar belaka...Mercedes Benz,Honda dan sbgnya, tapi, hormat lah orang lain juga...Walaupun kami ni cuma mampu gunakan kereta buatan Proton (Persona)! Lagipun, bukankah kos untuk pembaikan kereta mereka amat tinggi?? Jadi, tak perlu la nak dedahkan diri kepada kemalangan...Saya sebenarnya sudah bosan untuk bergerak ke bandar dengan menaiki kereta sendiri (mama atau ayah la yang bawa...saya tak miliki lesen lagi...hehehe~)Sebab, sana sini kesesakan lalu lintas berlaku..Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat, menjadi berjam-jam lamanya... Yang hairannya, di lebuh raya juga boleh sesak teruk! Apa gunanya ada lebuh raya jika terpaksa menempuh kesesakan yang teruk? Entahlah...Saya yang belum mempunyai lesen ini pun sudah bosan dengan kesesakan yang sering berlaku, apatah lagi mereka yang terpaksa menempuh kesesakan 2 kali sehari (waktu pagi ketika menuju ke tempat kerja dan waktu petang ketika pulang ke rumah dari tempat kerja)...Agaknya, mereka sudah lali...Alah bisa, tegal biasa...Mungkin ada yang menyarankan agar saya menggunakan kenderaan awam sahaja...Tapi, keadaannya sama sahaja...Terpaksa bersesak-sesak, berebut-rebut,menanti kenderaan awam yang entah bila akan muncul...Itulah lumrah hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur agaknya...

Buat pemandu di luar sana...Ikutlah lorong anda sewaktu tersekat dalam kesesakan jalan raya...Janganlah terlalu ikutkan perasaan...Semua orang ada perasaan...Tapi, cubalah kawal...Kalau anda rasa anda letih, penat, orang lain pun letih, dan penat juga,kan??? Orang lain juga tersekat dalam kesesakan yang sama juga...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Bosan betul~! selalu buat hal~ aku rase macam nak campak aje komputer ni kat dalam sungai~ Tapi, lagilah bodOh klau aku campak~hehehe~ Nak buat macam mane??aku memang bebetul bosan dengan komputer ni..sebab...hari tuh, x sampai 3 bulan aku hantar format, dia wat hal balik...dalam setahun ade lah 3 kali aku hantar kedai untuk format komputer ni balik..sekali format, rm60...mane x stress?? bosan ~bOsan~bOsan~ Ape lagi aku nk ckp kat mak n ayah aku supaya diorg belikan kOmputer or laptOp baru?? aku dah letih pujuk diOrg~ aku x reti dah nk ckp ape~ Biarlah masa yang menentukan~ Cuma, aku ni agak kurang sabar biler komputer ni buat hal~ Jangan nanti, bila aku dah hilang sabar, cpu ntah ke mane, mOnitar ntah kemane, mOuse ntah kemane~ segale isi perut aku operate nnt~ stress ni~!! Kalau mcm ni la gamaknye, aku kene carik boy friend tauke kedai kOmputer or big bos hp ke..acer ke..compaq ker...hahahahaha~ baru senang hidup aku...Alamak~ teringat lak kate-kate cikgu Anwar bebaru nih(4.12.07)...mase tu kitOrg bersembang la psl Kak Farah yg nk jd pengantin baru 29.12.07 ni...Tetiba boleh pulak keluar cerita pasal aku...Ceritanyer begini(aku cerita ckit jer la..malas lak nk taip bebnyk~)...aku ckp kat kak Farah "Tu la..org suruh g hOneymOon, tak maw.." Pastu, Kak Farah ckp "Abes tu, klau x pegi hOneymOon xleyh dpt ank ke?"aku lak g usik dia balik~"Kalau g hOneymOon lebih cOncentrate... :P" pastu, Kak Farah gelak la...Yang cikgu Anwar tuh aku xprasan lak reaksi dia..sebab, mase tu aku membelakangkan diOrg cOz aku g amik cheezy wedges...Pastu, tup-tup, aku dngr cikgu Anwar ckp "Awak la kahwin..Lepas SPM klau result teruk, kawin..." Aku gelak la...aku ckp "mne bOleh!" Pastu, cikgu Anwar kate "Kawin ngn org kaya~" hahahaha~ ade ke ptOt?? Aku amin kan jer la... Ish~ kan best klau dpt kawen ngn tauke kedai kOmputer or big bos acer,compaq or hp~bOleyh dpt free~ekekeke~ish~ sengal btOl~! :P wOkey la..aku pOwn dah ngantok ni~ jam dah menunjukkan kOl 3.25 pagi..Jap g aku ade kelas~ kOl 9 lak tuh~ adOi... mcm mne ni??agaga~

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Usia masih muda...Wajahnya memang mudah bertukar cerita...Apabila cerita gembira, dia tertawa..Berterus-terang adalah sikap gadis itu jika tidak memuaskan hatinya...Dia seorang gadis yang biasa...Gadis remaja biasa...Dia tidak istimewa..Tidak dipandang istimewa oleh insan yang terlalu istimewa dihatinya..namun, dia tidak peduli...Dia tetap mengasihi insan istimewa tersebut... Gadis itu sememangya kelihatan gembira dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ingin mendekati dirinya...Namun, disebalik kemesraan itu, insan disekelilingnya tidak langsung dapat menduga isi hatinya...Hanya teman yang dipercayai mengetahui cerita sebenar..Luka dihatinya bukanlah berpunca dari insan lain...Namun, dari insan yang melahirkan dia ke dunia yang penuh fana ini...Hatinya sering dilukai..Dia seolah-olah sudah berputus asa. Dia benar-benar tertekan...Tambahan pula, di tuduh tanpa diberi peluang membela diri...Hatinya ikhlas untuk menuntut ilmu dari guru-guru tuisyen...Namun, dituduh hanya ingin merebut hati sang kumbang...Memang benar hatinya telah terpaut, namun, tidak terlintas difikirannya untuk menghampakan impian yang menggunung tinggi...Jiwanya tidak lagi seceria dulu...Wajahnya yang dihiasi dengan senyuman hanyalah sebagai menutup kecewa dihati dan mencari sedikit bahagia untuk menjadi hiasan jiwanya... Dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa kecewa yang bermaharajalela dan rasa dendam yang mula bercambah...Kadangkala, bisikan syaitan hampir-hampir mempengaruhi hati gadis yang terluka itu...Pelbagai jalan yang terpesong mula terbayang di fikiran gadis itu... Ya Tuhan~!! Kau berilah ketenangan dihati gadis itu... Janganlah kau jauhkan "kekuatan" yang dimilikinya itu..KAU pinjamkanlah "kekuatan" itu walau tidak menjadi miliknya...KAU kembalikanlah kebahagiaan yang pernah dikecapi oleh gadis itu...KAU hapuskanlah derita,dendam,kekecewaan dari hati gadis itu...Janganlah kau benarkan pembohongan terus berlaku terhadap gadis itu...Kau berilah balasan yang setimpal terhadap insan yang telah melukakan dan mengecewakan hati gadis itu...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang