H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

To all Aliff Aziz's fan yang view this post, I SUDAH upload gambar2 birthday bash Aliff kat KL ni..You all boleh view gambar-gambar & video tu kat sini. ENJOY! (psstt... x banyak gambar yang I bleh upload because I agak busy dengan SPM. So, after SPM, klau I free, I upload lagi,ok? Tak janji tau!)




Name / Nama: Md Aliff Bin Aziz

Date of Birth / Tarikh Lahir : 16 February 1991 (16 years old/ 16 tahun)

Zodiac / Bintang : Aquarius

Height / Ketinggian : 185 cm

Weight / Keberatan: 60 kg

Nationality / Kewarganegaraan : Singaporean

Occupation / Pekerjaan : Student / Pelajar

Schools / Sekolah :
Princess Elizabeth Primay School / Sekolah Rendah Princess Elizabeth
( 1998 - 2003 )
Zhenghua Secondary School / Sekolah Menengah Zhenghua
( 2004 - 2007 )

Performing Experience / Pengalaman Persembahan :
Winner of TKC Pop 80's & 90's contest by E-Ventions
Guest singer at Imran Ajmain's album launch, Dec 06
1st Runner Up, Teen Star by Southwest CDC
Winner, Anugerah 2007

Favourite Colours / Warna Kegemaran: White and Pink / Putih dan Merah Jambu


Short Biology Written By amalinaluvhym (In Malay Language)

Tanggal 16 Februari 1991, seorang bayi lelaki yang diberi nama Md Aliff Bin Aziz dilahirkan. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ketika Aliff berumur 3 tahun, dia dan keluarganya dengan gembiranya menyambut kehadiran 2 orang baru. Aliff telah mendapat 2 orang adik perempuan kembar yang diberi nama Nur Aisyah dan Nur Ain. Aliff menjalani kehidupannya seperti insan yang lain. Aliff dan kedua-dua adik perempuannya bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth. Kemudian, Aliff dan Aisyah beralih ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain pula bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Aliff dan Aisyah mempunyai minat yang sama iaitu menyanyi. Mereka suka menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh balai rakyat mahupun sekolah. Aisyah telah menjadi juara pertandingan nyanyian di sekolahnya dan dia digelar Zhenghua Idol. Aisyah bahkan lebih pandai menyanyi berbanding dengan Aliff. Aisyah pernah menjuarai peraduan adu bakat, Teen Star @ South West. Manakala Aliff pula mendapat tempat kedua. Ain mengaku bahawa dia tidak mempunyai minat yang sama dengan abang dan kembarnya. Ain lebih meminati bidang teknologi maklumat.

Apabila Aliff berusia 16 tahun, dia dengan beraninya tampil ke hadapan untuk memasuki pertandingan nyanyian yang popular, Anugerah 2007. Aliff bekerja keras untuk terus mara ke hadapan. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya. Dia telah tersingkir. Semua yang meminati aliff berasa kecewa, termasuk saya. Namun, ia belum berakhir. Aliff berjaya meneruskan perjalannya apabila dia berjaya dalam pusingan wildcard dan dia diberikan peluang kedua. Semangat peminat-peminat Aliff bangkit semula dan tidak putus-putus untuk mengundi dia. Aliff berlatih dengan lebih gigih dan berharap dia tidak akan mengecewakan peminatnya. Aliff bersaing dengan peserta-peserta hebat apabila dia berjaya ke pusingan akhir. Maiya, Roslan dan Nurrun yang lebih tua darpada Aliff mempunyai vokal yang mantap. Aliff pula merupakan peserta yang termuda. Namun, itu bukan alasan baginya untuk tidak terus berusaha.

Akhirnya, dengan usahanya dan sokongan yang tidak henti-henti daripada peminatnya, aliff berjaya merangkul gelaran sebagai juara Anugerah 2007. Aliff kemudian dikenali ramai. Aliff muncul di saluran MediaCorp TV12 Suria dalam rancangan Sinar Lebaran, Suria Segar, Manis Manja Hari Raya, Intai Raya, rancangan kanak-kanak; Khayalan dan yang terbaru; Rhapsodi Remix 2007. Pada tahun yang sama, Aliff telah berjaya mengeluarkan album sulungnya yang bertajuk Aliff pada akhir September 2007. Pada 16 Disember 2007 nanti, Aliff akan mempromosikan albumnya ke negara jiran, Malaysia.

Sekarang, nama Aliff melekat di bibir orang di Singapura mahupun di Malaysia. Jika kita betul-betul peminat setia Aliff, ke mana kita pergi, Aliff akan sentiasa berada di dalam ingatan kita.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Aliff Aziz Online

Catatan peribadi saya:

hurm...sebenarnya,pada awalnya saya tak berapa ambil kisah akan kemunculan Aliff Aziz...namun, lagu sayang sayang yang dinyanyikannya dengan gaya yang bersahaja telah membuatkan saya membuka mata... dia memang seorang yang mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar seorang artis...Aliff mempunyai wajah yang kacak dan 'sweet' selain suaranya yang mampu membuatkan ramai gadis tidak tidur lena.

Semoga Aliff mampu membahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan peranannya sebagai seorang pelajar agar dia lebih dikenali dan dihormati. Tiada perkara lain lagi yang saya mampu lakukan untuk Aliff selain mendoakan kejayaannya; baik di mana sahaja dia berada...Bahkan, saya juga berharap agar Aliff mempu menghadapi cabaran hidup sebagai seorang artis kerana pasti ada gosip liar yang menjengah...Semoga Aliff terus sukses...Saya akan terus menyokong Aliff...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

2 Love notes:

Wah peminat Aliff from Malaysia. Hehe.

u memang hemsen haha

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang