H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

If You Really Love Something Set It Free.
If It Comes Back It's Yours, If Not It Wasn't Meant To Be

Ok. Tadi pegi jogging. Pastu, main badminton macam orang gila... Gelak je lebih... Dah tu, mengilai pulak tu kan? Tengah sedap2 main badminton, budak2 tadika tu ade latihan kebakaran la pulak.. kelakar sungguh tengok cikgu2 tadika tu main alat pemadam kebakaran tu.. (wah! ayat kamus, ok!); teringt fire extinguisher kat KFC tu! cikgu tu "main2" ngn benda alah tu sampai terpancut2 isi dia.. Abang bomba tu boleh pulak main lompat2 kat situ.. muahahahaha... Balik jogging, kami pegi minum kat NZ. Tapi, kali ni ade Hasmira even minah tu tgh sedap tido time kitorg jogging. tapi, bila time makan, dia mmg ade! muahaha.. discuss2 pasal plan nak pegi Sunway next week. Lepas makan2, kami pegi carrefour.. seperti biasa, kami pegi carrefour tu atas alasan yang langsung tak munasabah.. kami pegi semata-mata nak main game! Muahahahah.... Main game tak ingt dunia.. Masa main Daytona, nenekanda pulak telefon. grrrr.. nak suruh beli ayam goreng. alahai. kan dah kalah? ni jwb telefon punya psl la.. klau tak, mesti tempat ke-2 tu dah dalam genggaman... lepas main daytona sekali, kami main kali ke-2 pulak. kali ke-2 pun aku kalah jugak! Huwaaaa!!!.. Lepas main daytona kali ke-2 tu, kami main game ape ntah. yg kena baling bola kat target tu. Lenguh tangan aku wey! lepas main baling2 bola kat target tu, kami main game bola keranjang tu. Muhahaha.. mcm org gila lagi! dah puas main bola tu, kami jd askar pulak. muahahaha... I dah naik pangkat and dapat medal... tapi, mati la pulak! takpe. at least, I mati yg second last... muahahaha.. then, aina ngn smira main ketuk2 buaya punya mainan tu.. ban pulak main game yg dpt lolipop tu. hahaha. kelakar la. Hang out ngn diorg mmg best. asyik ketawa je... terlupa pulak yg aku ni pernah berjanji ngn zali nak keluar hari ni.. (khamis, 30 april) sampai hati dia.. dia lupa kut yg kitorg ade janji. ops. aku ade la ingtkan dia. tp, dia diam je. tp, mlm td dia ade reply sms aku "aku keje r....Esok" ouh. xpe la zali. semoga kau bahagia.. aku dah bahagia ngn kawan2 aku ni.. thank you my dearest friend! Aina, kalau kau pegi Egypt nnt, lama la aku tak jumpa kau, kan? =(

P/S: Masa kat NZ, ade cerita breaking news! nanti I upload gambar yang tergempar tu. muahaha.. bukan gambar skandal seks yer! harap maklum! x)

UPDATED: Ni la dia cerita breaking news tu.. wakakka.. Biar la kami je yg tau kenapa gambar ni jadi topik beaking news! wakakaka...


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Nasihat Akid:

syiqa...
menangis?
no no.air mata perempuan mahal.takkan sebab laki,anda biar air mata anda jatuh.

be strong.

jodoh tu pasti ada,dimana mana.cuma sekarang bukan masa yang betul betul sesuai.akan datang pasti lebih baik.

all the best ntk kehidupan anda.
senyum selalu :D


P/S: Ainaa, anda sangat bertuah! :-*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

petikan lirik lagu "Tuhan beri aku cinta"



"Hi there! I know that i'm disturbing you, it's just that can I ask you a favour? Can we be friends like before? I really miss the old Zali that I met 4 months ago. Whteva it is, I miss u"

Damn! I hate it when I have to do this! Aku tak boleh terima bila dia dengan mudahnya bg jawapan yang macam tu. Aku lebih rela dia mendiamkan diri; sebab?? Ntah. Aku sendiri tak tau! Yang aku tau, aku sgt sakit hati bila terpaksa jadi hipokrit mcm tu.

Ban, aku tau kali ni kau cakap sungguh2. Aku tau kau mmg ikhlas@bebetul maksudkan ape yg kau cakap. Aku tak pernah tengok kau se'serius' tu. Ya, Aku mmg bodoh! kalau tak, takkan kawan aku sendiri cakap kat aku macam tu,kan?

Aku boleh terima bila kau cakap "Tu la kau. sapa suruh syg mamat Indon tu. Padan muka!"..

Aku mmg mengaku aku tersentak bila kau cakap; "Daripada kau keluar ngn Mamat Indon tu, baik kau keluar pegi Sunway ngn kitorg"

Ena (Aina)
, aku sedar, dunia ni ada hukum karma. Kalau tak, takkan kau cakap "cika, kau dah 'murtad' Malaysia eyh? Kau dah berpaling tadah kat Indon tu. kembali la ke jalan yang benar"

Ya, sememangnya kawan2 aku tau macam mana aku tak suka kan org2 Indonesia yg dtg Malaysia ni sebab aku rasa diorg tu perosak rumah tangga org dan suka ambil kesempatan.
(Berdasarkan pengalaman2 aku dgn mereka2 yg pernah muncul dalam family aku...) Aku mmg degil. Tengok, ape dah jadi sekarang? hati sendiri yang sakit, kan?

*Entry kali ni mmg khas utk membuka pekung di dada sendiri. tak pe. aku mmg dah tak malu lagi. sejak aku kenal zali tu, mmg muka aku ni muka tak malu. muka tembok.*

P/S: Thanks Ena dan Ban! Korg dah buatkan aku rasa lega. Walaupun tak lega sepenuhnya, at least korg dah hentikan air mata aku ni untuk seketika :)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I rasa la kan...
Kadang-kala kita perlu pendamkan perasaan sebenar kita daripada pengetahuan orang lain; kendatipun daripada orang yang paling dekat dengan kita.
Sebab..
Mereka tak mungkin faham apa yang kita rasa; walaupun mereka mengaku mereka faham...

Orang cakap...
Tidur adalah terapi yang terbaik untuk mengubat kekecewaan selepas air mata...
Tapi, macam mana nak tidur kalau fikiran asyik teringatkan orang yang kecewakan kita?
Macam mana nak tidur kalau air mata sentiasa menjadi peneman?
Macam mana nak tidur kalau sms2 & kata2 si dia sentiasa menghantui?

Mengapa dia yang ku cinta...
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
***
Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Petikan lirik "Teratai layu di tasik madu"

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

6. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ( Ini yang sedang aku buat!)

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(Always!)

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan sama ada kamu masih single dan lebih bahaya lagi jika kamu sudah berpunya. (Ini kerja orang yang macam Zali tu!)

12. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.

13. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya; "kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal."

14. Bila setiap kali gambar kelas/majalah keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

15. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

16. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

17. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

18. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

19. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

20. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

21. Senjata wanita adalah airmata.

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau tak berminat dengan wanita tersebut, jangan bagi signal yang boleh buatkan mereka salah faham!

23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/S: I amek ni dari blog Ainaa... So, ade yang I tak berkenan sikit, I edit la. kalau nak tengok yang asal, pegi tengok kat blog dia yer~

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I AM DYING...

FULL STOP!


*Entry Ahmad Akid membuatkan I sedar bukan I sorang yang rasa apa yang I sedang rasa sekarang. Cuma bezanya, orang yang Akid maksudkan tak de la rasa macam nak bunuh diri sendiri.*

Gambar ni di cilok dari blog Akid jugak. Kebetulan sama ngn my story, I kebas la..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Petang semalam, I pegi KFC Taman Melawati tu.. Saje je nak jumpa Zali. Pastu, I nak suruh dia pilih course ape yang dia nak blaja nanti. But then, beliau sangat mengecewakan I.. Beliau tak sungguh2! What a loser! Wat penat aku je.. Aku yang sungguh2 nak suruh kau belajar, kau leyh main2.. Ape yg buatkan I frust sgt, Abu Zar tu leyh lak gelak2 and cakap "Jali tak mau belajar la.." Ceis! I love you, Zali. So, I want you to be a person that I can be proud of.

*Nak bluetooth lagu kat HP sir Bob, tapi x lepas la plak. I tak reti nak set up setting bluetooth kat laptop ayah ni...*

Abu dan Zali
*Zali ni tak fotogenik, so, I x mau letak gambar dia yang clear tu.. Sebab nanti ade yg kutuk dia... muahahahaha... *

Lepas lepak2 kat KFC tu, kami bergerak ke BSN pulak. Saja lepak2... Pastu, Zali tanya I "Kenapa kau jealous ngn Ara ari tu?" then, I diam je. Zali cakap "Cerita je la.." *mne leyh cerita!* Yang "Bestnya", Faisal; staff baru tu leyh tanya I soalan cepu mas...

Faisal: Apsal kau berhenti kerja?
Syiqa: Sebab mamat ni la... ( sambil pukul peha zali )
Faisal: Apsal pulak? (sambil pandang zali)
Syiqa: Sebab dia la!
Faisal: Abes tu, ape yg kau buat dok rumah?
Syiqa: Tanam lemak!
Faisal: kalau kau tak berhenti pun kau boleh tanam lemak. Tengok la makanan KFC mcm mne..
Syiqa: tak de la. sebenarnya aku jaga anak kat umah...
Faisal: Anak Zali eh?
Syiqa: tak la. Aku mne leyh jd mak anak2 dia. Ika tu je mak anak2 dia...
* Do you know? When I said about this statement, it hurt me so much!*

P/S: kau kata kau dah clash ngn minah tu? kau tipu aku, kan?? =((

Lepas lepak2 ngn mereka tu, I ikut my family pegi beli kasut skola Eena. Kat Bata tu I dapat bodek mama sepasang selipar colour pink! Muaaha.. cute! RM20 sepasang.. :P Lepas beli kasut dan selipar tu, kami anak beranak pegi la makan kat "The Ship"; kampung Baru.. Nak celebrate birthday mama... *I tak ingt nama sebenar restoran tu. tapi, kami panggil restoran tu "The Ship"*

Ade la beberapa insiden kat restoran tu yang buatkan I gelak gila2 macam nak guling2 jugak kat restoran tu. klau nak tau ape dia, pegi la baca kisah pasal peristiwa tu kat Blog Eena...

By the way, Happy Birthday mama! I ngn Eena kongsi duit belikan mama sepasang earing dari KENJI... I suka brand tu sebab ade whole life warranty utk pearl dia.. Ainaa yg kenalkan produk tu kat kitorg! muahahaha.. thanks darling! :-*

*tapi yang "bestnya",ayah yang sibuk amek gambar ngn earing tu ngn mama. muaahaha....*

Mama and Ayah...

My Dinner.. Habis diet I seminggu.. Penat je jogging seminggu tau!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


BEST WOMAN WIN!
BEAR THAT IN MIND, Dear !


P/S: Never underestimate the power of an extremely pissed off woman!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..



Dear Zali,

There are tonnes of fishes in the sea,
but you're the only one for me.


Seperti biasa... I akan keluar rumah pukul 8.00 pagi untuk pergi jogging. Sebelum keluar, I nak check si tiqa tu dah siap ke belum. Rupanya, dia baru bangun. Bagus! Ban pulak I ingtkan dia dah sampai dulu dari I sebab ari ni I lambat sikit keluar rumah... I keluar dalam kol 8.10 minit pagi.. hehehe... Bila I sampai kat padang tu, beliau xde lagi. lebih kurang kol 8.30 beliau call I. Baru nak keluar rumah rupanya! Lagi bagus! Beliau suruh I tunggu mereka.. I pun tunggu la mereka; walaupun masa tu dah nak balik sebab Abang F nak muncul dah.. Last2, bila I tunggu diorg, diorg tak datang pun. bleh lak dia sms I "kitorg nak b breakfast. nk ikut?" muahaha... bagus kawan2! Aku dah lambat nak usha Abang F, korg pulak boleh offer aku g breakfast? ye! "Seronok"! Bila I lalu tempat Abang F parking kereta tu, I tengok kereta kancil merah dgn nombor pendaftran "WKX 7***" tu dah xde.. (terpaksa sensored sbb nnt korg kejar keta tu! muahahahahah) hancur hatiku... =((

Lepas tu, I pegi la lalu depan Sekolah Memandu yang Abang F bertugas tu. Sebab nak pegi giant.. nak beli jem. I tngk dia dah xde kat situ. Cepat betul dia blah! then, I terus pegi beli jem tu. Murah je. Giant punya brand. RM2.99=RM3.00! balik dari beli jem, I lalu lagi depan sekolah memandu tu.. ye la.. nak balik umah,kan? kena la lalu depan sekolah memandu tu. Kalau tak, I kena pusing jalan jauh! Skali tu, mak cik Ina tu panggil I. Then, dia bagi la lesen I tu.. syahdu sungguh I tengok tarikh sah lesen I tu.. 21/4/2009-20/7/2009! Huwaaaaa.... Ini bermakna, I kena tunggu seawal-awalnya 20/5/2009 utk pegi test JPJ!!! Mummy!!! Nak lesen! =((

*Kurang asam punya JPJ.. Kenapa diorg kuatkuasakan "lesen kena matang sebulan" dulu baru boleh pegi test? banyak songel la korg ni! menyusahkan hidup aku je. dah la pegawai2 JPJ tu semuanya kekwat2 belaka. Aku manderem korg sume baru tau.. nanti aku suruh bomoh tu bodoh2kan korg, nak? tngk! sebab korg, aku dah jadi syirik! grrrrrr*

P/S: Malam tadi I call Zali. Masa I mintak zali tlg kirimkan salam kat Sir Bob, I dengar Sir bob cakap "hah? Fatin? " Muahaha.. I miss you guys! but, of course la I lebih rindukan Zali dari korg! Muahahaha...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dear Zali,
When I miss you,
sometimes I listen to music...
or look at pictures of you,
not to remind me of you...
but to make me
feel as if I'm with you...
It makes me forget the distance and capture you.



Tepat jam 7.32 pagi (klau x silap), Ban call I. Tanya pegi jogging kul brape. Then, bersiap-siap. Pukul 8.10 Ban sampai depan rumah. Kemudian, amek Helmi kat 7-Eleven. Bila sampai depan rumah Tiqa, rumah tu berkunci lagi. I bagi salam, main "cak-cak" ngn parents tiqa, masuk bilik tiqa dan tengok tiqa masih berdengkur dengan mukanya yang bertepek ngn krim jerawat. Muahahaha... Time tu dah 8.20! Tu yg best! Muahahahaha... Sampai kat padang di Wangsa Siaga lebih kurang jam 8.35. Hebat kan kami? Org lain dah nak balik, kami baru sampai! hahahaha.. Dah tu, kami ber-4 pulak tu. Kelakar sungguh kami punya perangai tadi. hahahaha... Lepas lari2 main2 kat trek tu, kami pegi makan kat NZ Curry House. (First time I pegi NZ yg kat bahagian atas tu!) Memang "berguna" la kan kami jogging tadi; sebab makan roti canai telur dan milo ais!

*Semakin ramai yang temankan aku jogging sekarang ni.. Lepas ni boleh la aku buat rombongan pegi taman tu! Ok, guys?; ni tandanya aku disayangi mereka sebab mereka tak mau aku jogging sensorg dan membahayakan diri sendiri, kan korg???*

P/S: I don't care what you have done to me. I love you still!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Mohamad Sazali Sesi Burhan, I created and dedicated this poem for you... I Love You!


THE LAST LETTER

Last night I cried...

I was thinking about you...

I dialed your number…

But no one answer your phone...

Now I realize how much You hate me...


Oh dear,

I’ll change myself,

All You have to do is just stay here with me; wait and see...

I won’t blame You if anything bad happen to me...

I just want you to know,

That you hurt me badly!


I wish You good night because I wanted You to be the last person that I think of before I died in my sleep,

I wish You good morning because I wanted You to know that I’m alive and willing to love u with every breath that I take,

I will always make a fool of myself by loving you…


Oh dear,

Hear my words,

Someday you’ll realize...

You used to have me,

And you hurt me,

The one who loves you so much...

and read my lips,

you’ll never get me back!


Written By: Fatin Nur'asyiqah

Edited By: Natasha Athirah


P/S: Dr. Nur Hanina, anda bangga tak dengan saya?

Dato' Seri Ainaa K, saya degil; tak dengar cakap anda. Saya terima akibatnya. Maafkan saya!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Another Year

I’m wishing you another year
Of laughter, joy and fun,
Surprises, love and happiness,
And when your birthday’s done,
I hope you feel deep in your heart,
As your birthdays come and go,
How very much you mean to me,
More than you can know.

By Joanna Fuchs


P/S: Anda sudah lapan belas tahun. Boleh tengok cerita hantu. Pegi panggung jom!
Saya sayang anda.

Saya tau anda tak suka tengok hantu. Takpe. Lain kali yer? ;))
Doa anda special hari ini.
Terima kasih kerana doakan saya malam tadi!
:-*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dear Zali,

If I never met you, I wouldn't like you. If I didn't like you I wouldn't love you.
If I didn't love you I wouldn't miss you, but I did, I do and I will.




Hari ni takde jodoh nak jumpa Abang F...
( Gelaran Cikgu F telah diupgrade menjadi ABANG F...)
Sedih hatiku..
Hari ni daku yang lambat...
Beliau beredar dulu..
Sedih bila balik jog tengok kereta merah tu dah takde lagi..
Selamat Jalan, Abang F!
Kenang daku dalam tugasmu!

P/S: mama dah bising sebab asyik pegi jog sorg2. mama nak belikan aku penyembur lada tu.. Ni semua gara2 penyangak yg masuk umah neighbour aku la! Ceis! tak pasal2 pagi2 buta aku dah kena bebel.. Geram punya pasal, Aku keluar umah senyap2 pagi tadi. xde "bye bye" pun..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dear Zali,
If dreaming is the only way to be with you,
then I'll never open my eyes.


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Muahaha... Hari ni I g tengok wayang ngn Aina Farhana (Ena).
Sebagai peneman, I ajak Eena ( My sis ) ngn Aina ajak Hasmira.
Kami tak sangka cerita tu begitu..
sebab, ari tu tengok The Unborn, xde la seram sgt...
Kali ni, cerita Thailand ni dah menggugat keamanan hidupku..
(mmg dah agak yang cerita Thai mmg macam lahanat seramnya..)
Masa beli tiket I nmpk banyak lagi seat yg available..
Mak aih! mati kami!
sebabnya, time tu dah 3.30... movie start kol 3.45
Masuk panggung, kami ingt kami org pertama sampai dan I dgn celuparnya cakap "takde org. mati kita"
Rupanya, dah ade org yg sampai dulu.. ( x jadi mati)
Movie start je, pop corn dah bertukar tangan. sume takut pop corn tu di bazirkan..
Ade la beberapa couple yg dok sibuk berpeluk@berusap2an dalam panggung...
kami berfikiran liberal..
kami biarkan..
kami gelakkan mereka...
I dengan langsinya cakap "aku dengar dia menjerit je aku dah takut! lagi takut dari tngk cerita ni"..
dengar tak dengar, nasib korg! Muahahaha...
Takmo buat review pasal cerita tu..
nnt tak seram dah utk korg yg x tngk lagi cerita tu..
klau gatal jugak tangan tu nak tau ape sebenarnya cerita COMING SOON ni, tengok website dia ye...


P/S: jangan pegi ngn pakwe korg. Kalau tak, org depan korg akan cakap macam ape yg I cakap.. muahahahaha.... I tak kutuk diorg, I cuma gelakkan diorg sebab style diorg menjerit kat pakwe diorg sgt kelakar, ok!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


When you are in love and you get hurt, it’s like a cut...
it will heal, but there will always be a scar.

Mak Cik Ina ( MI ) : Cikgu F angin satu badan hari ni!
Syiqa : Haaa?? Kenapa pulak? *terkejut gila. sebab, cikgu F tu penyabar orgnya..*
MI : Rumah dia tak ada air. Dia kena pergi rumah mak mertua dia untuk mandi.
Syiqa : Hahaha...Kenapa tak ada air pulak?
MI : Dia kan duduk condoMANIAM, pihak pengurusan tak bagitau yg tak ada air. angin dia. Isteri dia nak siap pergi kerja lagi. Pagi2 lagi dia dah call mak cik; "Kak Ina, hari ni saya lambat sikit ye. Rumah takde air".
Syiqa : Isteri dia kerja ape, mak cik? *korek..korek..korek..*
MI : Tak tahu la mak cik. Kerja kerajaan ke ape ntah. pagi2 lagi nak kena keluar rumah.

P/S: Patut la pagi tadi tak nampak beliau! Muahahaha... Pergi cari bilik mandi rupanya! *Cikgu, kan ade sungai kat tempat parking lot tempat biasa tu?*=P


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


What do you do when the only one
that can make you stop crying,
is the person who made you cry?

Hari ni I bangun lambat. around 7.30. bangun je terus dpt "note" dari eena. dia suruh I call my aunty and bgtau stock dadih dah habis. (Adik I jadi ejen aunty I; jual dadih.. nyummyyyy... *promote ckit*)

Lepas siap2 nak pegi jog, mama sound I sebab I jog jauh. Walhal, I tak rasa jauh pun.. Maybe sebab I dah biasa jalan kaki kut. Muahaha. Kat taman tempat jog tu I jumpa Ezzaree lagi. I tegur dia. Rupanya, dia mmg lepak ctu lepas hantar adik dia g skola.. *baiknya abang!*

Hari ni I jog lama ckit sebab ade mood yang baik because ade mp3! muahahaha. I lalu tempat Cikgu F akan muncul; tapi xde jugak! Walhal masa tu dah kol 8.50. Kereta yg Cikgu L guna dah xde. Tapi, kereta yg Cikgu F guna ade lagi. Maknanya, Cikgu F tak sampai lagi@tak mengajar hari ni. Isk. Melepas lagi! muahahahahahaa.. sabar je la.. Btw, I bukan syok kat cikgu F tu. Saje je nak buat isu.. agaga.. Hatiku milik "Z" bukan nama sebenar! Muahahaha.. I love you!

P/S: Kaki dah lenguh2.. macam mana ni??


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..



Q : Ko g ngn sape blak bru ek. bgus ar da ad blak.
A : Once I give my heart to sum1, it's hard 4 me to take it back.. :-*


Akhirnya I dapat jugak beli MP3 sendiri! Muahahaha... semalam I tuntut janji ayah untuk bawak kitorg keluar jalan.. So, I ajak ayah pegi low yat.. I budget RM50 dah kebawah. But, come on! jangan harap la ye nak dpt harga tu time2 mcm ni.. Disebabkan I dah x sabar, I beli jugak la. Harga untuk MP3 tanpa radio, tanpa voice recorder, tanpa loud speaker; yang paling rendah RM59. Pergh! So, I decide nak amek mp3 yang ada semua yg I nyatakan kat atas tu. harga dia RM79.. Duit sendiri. sangat geram sebab xde sponsor. Makin bankrup! nak kawen macam mana? =((


P/S: I miss you terribly!
*Zali tak kenal budak sekolah yg I cerita kat "Malang" tu.. :) So, budak tu bukan lambai kat Zali la! hehe..*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..



"Dye bkn cntk sgat...ak ske tgok prangai dye... dye spotink... ske rndh dri low prfile la owg ckp kn..." - 17.4.2009; 8:51PM


Hari ni kan I plan nak pegi jog lambat ckit sbb nk jumpa Cikgu F,kan? Semalam I kunci jam kol 7.00 pagi. Pastu, pagi tadi jam tu berbunyi. Tapi, I tutup; sedap sangat tido dalam air-cond kat bilik mama ngn ayah. Pastu, I terjaga kol 8.15!! Huwaaaa.... Melepas! Nak jog ape time tu? matahari dah tersenyum riang dah! So, I decide nak pegi cucuk duit kat ATM and pegi beli breakfast... Muahaha...

I saja la lalu depan skola memandu tu. Ingtkan dapat la kacau2 dia kat situ. Skali tu, I nmpk Cikgu L je yg ada... Itu pun dia baru sampai.. *cikgu L tu nak buat apa.. dah la mulut laser. muahahaha....*

Lepas I balik dari jumpa ATM Machine tu, I lalu lagi depan skola tu. actually, mmg I kena lalu pun sebab tu je jalan yg dekat... I nampak kereta kancil colour gold sampai. Huwaaaa... tu kereta cikgu lain! Bukan Cikgu F!

Hari ni tak jumpa Cikgu F. Misi terbengkalai! Cuba lagi! Muahaha.

Lepas balik jog, I keluar breakfast wiith my family kat warung yang tepi sungai kat blakang umah ni. Au5 kut. Masa makan2 kat ctu la I nampak kereta kancil merah tu tersadai kat parking lot tu. Muahahaha...

Balik rumah dah tengah hari. I dipaksa masak hari ni! I masak sup ikan merah ngn sambal ikan kembong+ikan semilang. agaga. Tengah sibuk2 masak, Miss Azura call. Invite I main catur bistari kat KFC Melawati tu. I call member2 sume. tapi, diorg busy! Huwaa.. Last2, tiqa ngn smira je yg join. Muahaha. Jumpa Zali! OMG! I miss his smile... his joke...; every single thing about him! =((

Masa main catur tu, I sangat tension sebab I nampak Zali lalu lalang.. Huwaaa... Btw, game tu agak best klau yg main tu semua kawan2 I. Sebab, lebih enjoy and xyah nak control2. Tapi, dalam table tu ade la 3 org budak sekola yg 2 drpdnya sgt OVER dan I sangat menyampah ngn budak yang pakai baju penagwas tu sebab beliau agak poyo. Kat tiqa ngn Smira dia panggil akak. Tapi, I? Dia panggil nama je??? Cilaka! Masa I nak beli Ice Lemon tea tu (sebelum game), dia ngn kawan dia 2 org beratur depan I. Pastu, Zali keluar dari pintu staff tu. Then, salah sorg drpd 2 org budak sekolah tu mcm lambai tgn ala2 model gtu. Opsss. Masa tu jugak Zali senyum. Do they know each other? minah tu lambai kat kawan dia ke kat zali? *kawan dia sorg lagi tu beratur kat lane sebelah je.* -sighhhhhhh-

P/S: Hari ni cikgu F cuti kut. Sebab, I nampak kereta yg dia guna utk mengajar tu tersadai kat lot parking tu... Muahahaha.. Bad luck!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ainaa bg award ni! myahahaha... Thanks yunk! :-*

Syarat-syarat menerima award ni:

1. Pastikan jantina anda adalah perempuan.

2. Copy badge sebagai award anda.

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan.

4. Pass kan award ini kepada girlfriends anda.


1) syurga bawah tapak kaki perempuan... (ibu=perempuan,kan?kan?)
2) Boleh hug n kisses sesama kawan perempuan tanpa kena tangkap ngan JAIS =P
3) Ada macam2 fesyen untuk perempuan pakai!
4) boleh kahwin ngan sorang je lelaki at one time(x payah susah2 nk pikir "malam ni turn suami yg mna ye?")
5) Sentiasa didahulukan sbb "ladies first!"
6) boleh tutup jerawat ngn make up!
7) Bulan akan datang melawat tiap2 sebulan sekali... x)

award ni dihadiahkan kepada:
1)Natash
2)KSDewi
3)Raudhah
4)Ainina
5)Naquiyah
6)Nadirah
7)Eena
8)hanina

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Dear Zali,
You hurt me more than I deserve,
how can you be so cruel?
I love you more than you deserve,
why am I such a fool?

Hari ni semangat gila bangun pagi! berjoging! Muahahaha... Tapi, yg spoil nye, minah bengong tu spoilkan mood I! sape yg terasa tu, harap maklum!! You annoyed me so much! Go die!

Berjoging sehingga ke kawasan yg aku pun lupa namanya. tengah best2 joging, terserempak ngn Ezzaree melepak kat pondok. Wah! dari kau melepak tu, baik ko join aku jog! agaga...

Hajat dihati nak tunggu sampai Cikgu F muncul, tapi macam malas je sebab dia lambat lagi la nk muncul. beliau akan muncul around 8.30 pg mcam tu. Walhal masa I dah nak balik tu awal lagi; baru kol 7.36 pg! Huwaaaaaa.... Sejam lagi! So, I pun decide untuk balik jugak that time sebab kaki dah melecet.. (Pakai kasut baru beli semalam. Kaki x serasi lagi ngn kasut tu!) sampai umah ngam2 kol 8.00 pagi! adeih! *xpe la cikgu. Esok saya keluar jog lambat ckit ye. nanti bleh kita wish "Good Morning" kat each other, kan?*

P/S: Post pasal "surat kesyukuran" & aktiviti I semalam I akan update nanti ye. I sgt mengantuk dan takde mood nak update post2 tu. Nak tido dulu! Muahahaha...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dear Zali,
Cause I love you and I miss you,
hearing your voice is the closest thing to touching you…

Semalam I chat ngn Afif Am. Pastu, I promise nak belanja dia. lepas discuss serba sikit, I suruh Afif amek I kat umah.. Muahahaha... masa kitorg nak keluar simpang kat Bahtera Camar tu, kitorg terserempak ngn ban. Ngeng. Tau la korg semangt nak bawak aku keluar jenjalan! agaga... Lepas makan2 kat McD yg kat highway hulu kelang tu, Afif ajak main boling.. ban suruh ajak tiqah & smira n afif nak ajak ainil. Then, lepas call mereka ber3, hanya ainil ngn tiqa je yg positive. Si smira tu keje la pulak! ban amek tiqa and hantar makanan adik I kat umah; Afif amek ainil...

Kemudian, kami sesat nak carik parking kat Ampang Point tu! muahahahaha... Ban nak parking basement, tu yg sesat. I mne biasa masuk basement tu! muahahaha.. naseb la... Kami main boling macam orang gila.. ( I je yg main mcm org gila... perasan model! muahahahaha.... ) I malas cerita banyak. So, tunjuk gambar je la...



sebelum main boling.. Ni kat Branded Outlet Store;B.O.S... Nampak sgt x bayar lagi.. muahahaha...

Afif... Excited nampak??? ;;)

"Strike... Strike.. Strike..."(Ainil berdoa dalam hati..)

Score board...
F- FNA ( Fatin Nur'asyiqah)
A- AA (Afif Amrudin)
A- AH (Ainil Huda)

P/S: Sorry Ban. Sebab aku ngn Tiqa, ko kena grounded! Really sorry! =((

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

14 April 2009



I will always love him.. I just won't love the way he treated me...

Memang betul la orang cakap... Perempuan ni, kalau x bekerja mmg takde keje lain yang dia akan buat; selain BERGOSIP! wakakaka. Sekarang ni I dah tergolong dalam golongan perempuan2 yg tak bekerja yg jd internet bergerak.. Nak tau sebab ape?

Alkisahnya macam ni...
Masa I tgh on9 tengah hari tadi, I dapat call dari Miss Azura. Dia bgtau I yg cek I utk bulan 3 (yg paling last) dah smpai. So, I pegi la amek. Lepas pegi amek cek tu, I pegi RHB bank kat giant sbb nak bank-in kan check tu. (I potong queue je since my mom keje kat bank tu) pastu, I nak balik dah. then, I terserempak ngn Atiqah n Afif M. I join Tiqah ngn Afif. Afif beli shampoo and Tiqah beli roti. Lepas beli belah kat giant tu,I ngn tiqah pegi carik keje. Wawawa.. sampai bila nak menganggur, kan??? tengah sibuk isi borang, hujan la pulak! Isk. Lepas Isi borang, I ngn tiqah pegi berteduh kat Sekolah memandu Cekap tu. Agaga.

Punya la lama bergosip ngn mak cik Ina tu.. muahahaha.. Mcam2 gosip keluar.. Antara yg menjadi mangsa gosip adalah Cikgu lan, IMKEDA dan Cikgu F.. muahahaha.. Rupanya ramai yg suka cikgu F ajar diorg.. I lupa la ape lagi yg kitorg gosip. Nanti bila I ingt, I update eyh?

*best betul I. Asyik dapat cikgu yg mendpt sambutan je.. dari zaman skola lagi... Dulu mse skola, cikgu anwar. skrang ni cikgu F pulak!*

tgh best sembang2, Nur Farida Dinisya pulak yg datang.. muahaha. ape lagi? jadi mangsa jugak la dia.. ngeh ngeh ngeh.. Shhhhh~

P/S: I miss him... I dah cuba lupakan dia and I kutuk dia kat diri I sendiri supaya I dapat lupakan dia. But, everytime I think of him, I realise I love him so much; No matter how much he hurt me!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

13 April 2009

Announcement:
Peminat Junid mengganas kembali!!!


One day you will seek love
and be sorry that you threw mine away.


*Ainaa tagged I. So, kena la buat :P *

Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Suka... Sebab, I boleh luahkan perasaan dan I tahu ramai orang akan tahu ape yang I rasa...

Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
  1. Ainaa
  2. Eena
  3. Kartika Sri Dewi
  4. Cikgu Noor
  5. Orang2 yg ada dalam "My blogmates" list; yg update blog mereka
Anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?
Ya..ya.. dan orang itu adalah orang yang sentiasa cuba buatkan I tersenyum x)

Taken or single?
Single, Of Course! (apa punya soalan ni? Bodoh betul!)

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
Oh! So many time! Please look in the sky and count the stars. Ok?

Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5.
  1. Sentiasa berusaha untuk buatkan I tersenyum dengan ikhlas dan dengan bahagianya (ada lagi ke lelaki macam ni?)
  2. Sweet ( x handsome pun xpe)
  3. Gentleman
  4. Suka cari duit
  5. Yg lebih tepat, mcm cikgu Anwar tu! Ok,people???
Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
As Soon As Possible!!! (hujung tahun 2009 boleh?)

Nak berapa anak?
Bergantung pada gaji Encik Suami I nanti... Kalau boleh, nak samakan dengan jumlah kawan2 I yang jadi doktor. Sebab, biar diorg merasa sambut anak I sorang satu...



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


12 April 2009


Kadangkala kebenaran itu lebih baik disembunyikan kerana ada antara kebenaran itu amat menyakitkan...


Aku dapat tahu satu kebenaran yang aku cari-cari selama ni...
Selama ni aku sangka aku sangat pentingkan@perlukan kebenaran itu..
Tapi baru aku sedar..
Kebenaran yang aku cari itu adalah sesuatu yang menyakitkan...

Khabarnya dia sudah melafazkan akad..
Akad yang membuktikan bahawa dia memiliki sebuah mahligai...
Mahligai itu telah dihiasi oleh seorang cahaya mata..
Bukti kebahagiaan si pemiliknya..

Aku telah di asuh bahawa...
Aku tidak dilahirkan untuk hidup sebagai pohon jelatang..
Apatah lagi dihalaman sebuah mahligai indah...
Jika ditakdirkan aku menjadi pohon jelatang...
Biarlah aku tumbuh di tanah yang gersang...
Agar aku menjadi layu...
Tidak lagi berdaya untuk melahirkan pucuk-pucuk baru...

P/S: Cikgu F, maafkan saya!

*Kad kahwin I yg I dah edarkan tu terpaksa dibatalkan. Tak jadi kahwin. Nina... sorry! tugas kau utk sambut ank ke-7 aku terpaksa di tunda lagi. Aku lmbt lagi kahwin. Ainaa... awk menang. Kita tak kahwin kut tahun ni *

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

10 April 2009

I beli perfume baru! Yey! Actually, perfume tu dah lama release dah. Cuma i je baru nak beli.. wakakkaa. I rasa, korg semua dah tahu pasal Far Away dari avon, kan? So, tu la perfumenya. Klau promosi biasa, harga perfume tu RM59.00.. tapi, ni promosi yg 5 hari tu. So, i dpt sebotol perfume far away yg sama dengan harga RM38.00 ;;)

*makin bertambah koleksi perfume.. walhal yg dah sedia ada ni macam tak berusik pun...*

P/S: I nak perfume Little Black Dress dari Avon tu! RM69.90! Huwaaaa... Cikgu F sayang.. Belikan untuk Syiqa boleh?? Boleh sembur time kita nak pegi dating nanti! :-*
Masa I dalam perjalanan balik dari upacara pengebumian arwah Tok Ndek, kawan sekelas@musuh ketat I masa Form 5 dulu missed call hp I. Bila I call balik, dia x jawab. Then, dia text I. hehehe. Dulu mmg la I menyampah betul ngn dia. Tapi, sebelum SPM ari tu dah berbaik dah.. :D So, skrang ni dah ok la.. Then, dia mintak my photo. I ckp, amek je la kat my profile kat myspace,facebook or blog ni. Hehehe... Suka hati kau la nak buat ape, Fatin Amira... -.-'

P/S: Org kata, jgn terlalu menyayangi kerana perasaan sayang itu akn bertukar jadi benci... Jangan pula terlalu membenci kerana perasaan benci itu akan bertukar menjadi sayang... Kenyataan ni dah berlaku pada I. So, sayangilah orang di sekeliling anda secara berpada-pada... :)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

10 April 2009

Semalam, waktu I leka online, telefon rumah I berbunyi. Seperti biasa, I mmg menyampah nak jawab phone tu sbb I tau, panggilan tu BUKAN untuk I. So, I buat bangang je bila phone tu bunyi. Adik I jawab phone tu. Then, dia masuk bilik I. Dia cakap "Syiqa, Tok Ndek dah meninggal" Bila I dengar je berita tu, I pun melompat dari katil. Mujur tak tergolek. Innalillahiwainnailahirajiun... Kita datang dari Allah, kepada Allah kita kembali...

Sebenarnya arwah Tok Ndek ni dah 11 tahun menderita sakit leukimia. (Kalau tak silap la.. My mom yg ckp gtu) Hujung tahun lepas, rumah tangga arwah berkecai angkara orang ketiga. Tinggallah arwah bersama 2 org anak lelaki. (arwah ada 3 org anak. namun, seorang anak arwah dah meninggal tahun lepas; klau x silap I) Arwah koma sejak 3 minggu lepas. Sebenarnya menurut doktor, jantung arwah telah berhenti berdenyut. Namun, para doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa arwah. Sejak itulah arwah koma. Kami kaum keluarga arwah redha dengan pemergian arwah memandangkan terlalu banyak penderitaan yang arwah tanggung sepanjang hayat arwah.

Ketika detik-detik akhir hayat arwah, arwah sering jugak telefon nenek I. Arwah selalu telefon pada waktu2 yg tetap iaitu sekitar 12 tgh hari-1 ptg. Arwah agak rapat dengan nenek I; kakak sulung arwah. Selepas ni kurang seorang pemanggil tetap rumah I ni.

So, pagi tadi kitorg satu family ( except my dad; my dad kena kerja. ) pegi la melawat jenazah kat umahnya di Greenwood, Gombak. Kitorg tunggu sampai selesai upacara pengebumian. Arwah dikebumikan selepas solat Jumaat. Proses pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah.

Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-NYA dan tergolong dalam kalangan org2 soleh.

P/S: Nama sebenar arwah Tok ndek adalah Mohd Lani Bin Hassan, adik kepada nenek I.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

9 April 2009

Alhamdulillah.. Akhirnya, dapat jugak cek I yg bulan Februari tu.. A million thanks to Miss Ana yg "cari" balik cek I tu. Thank you so much.. Btw, harap2 untuk gaji bulan 3 ari tu I tak payah la nak "berperang" untuk dapatkan cek tu nanti yer ;)

*Ainaa, nak pergi ronggeng tak sabtu ni? Tapi, kita nak set date untuk dating ngn Cikgu F dulu Dah rindu tahap gaban dah ni... agaga... *

* You don't deserve me. Full Stop!*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

9 April 2009


Allah temukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar untuk mencari orang yang betul sebagai pasangan kita. Jangan menangis andai DIA temukan anda dengan seseorang dan tidak takdirkan anda dengan orang itu untuk bersama; kerana ada orang lain yang lebih hebat untuk anda! *peringatan untuk diri sendiri*


Bukan niat untuk mengata, apatah lagi menderhaka. Tapi, sekadar meluahkan perasaan je.. Agar dendam tak berbuku dalam hati aku yang dah mmg keruh ni...

Beliau kata aku bodoh, A yg aku dapat masa SPM ari tu campak tong sampah aje la... Ouh. mmg aku gembira bila dengar beliau kata begitu.. Ya. AKu tahu. AKu mmg bodoh. Kalau aku cerdik, takkan Kimia aku dapat 7D,kan? Bukan salah guru2 aku pun; salah sendiri... Guru2 aku semuanya hebat2 belaka...

Tapi, beliau amek semua laptop yang ada dalam umah ni. Kononnya nak rampas la.. Tapi, beliau terlupa sesuatu... Amek laptop, tak amek modem internet; sedangkan komputer yg besar gedabak ni bukanlah sebodoh aku.. Isk. Walaupun komputer ni dah tua dan lembab macam kura-kura, tapi masih elok dan boleh digunakan.. Kalau tidak, masakan I dapat meluahkan perasaan kat sini,kan? Aduh! Kalau aku jadi beliau, aku jadi malu sendiri.. *sigh*

Beliau turut mengagungkan kawan2 aku yg dapat 10 A. Mangsa beliau adalah Natasha. Maaf Tasha, bukan niat I nak mengata u. Cuma, sebagai eviden je. Beliau kata "Nanti esok2 kalau kau kahwin, tak reti masak;salahkan aku jugak.Natasha tu dapat 10A, mak dia tak bagi kerja pun. Suruh duduk rumah; belajar memasak. Kau ni bukan aku tak ajar, aku ajar. Tapi, ________" *Aku sendiri tak sanggup nak taip.* Sedangkan, biar kami berdua (I ngn tasha) je tahu yang Tasha pun sama je 2x5 ngn I. Duk melepak kat rumah. Nak blaja masak, hmphhh... Cuma, bezanya, Tasha tu ajar adik2 dia and jaga adik2 dia kat rumah. I ni nak ajar adik I? Tak payah la. Adik I dah dihantar ke tuisyen. Cikgu dia semua hebat2 jugak; sama mcm cikgu2 I dulu. Takkan I nak jaga adik I kut. Dia dah besar panjang. Lagipun, kalau kena jugak jaga adik I tu, bukan susah sangat nak jaga dia. Dia balik sekolah, dia makan. lepas tu tidur smpai petang; waktu pegi tuisyen dia bangun la. Adik I cerdik orangnya; tak bodoh macam kakak dia ni! *Cikgu Anwar pun cakap adik I lagi pandai dari I* - memang I "tak" kecik hati sebenarnya... (sarcastic,kan?)

Ouh. Tak sabar rasanya nak pergi belajar jauh-jauh. Kalau tak dapat tawaran dari mana2 universiti, nampaknya I kena la cari alternatif lain... Misalnya, berkahwin? Idea yang hebat. Mangsa untuk digoda dah ada. *Bertuah Hanina dapat belajar jauh2*


P/S: Ouh Cikgu F, saya rindu anda. Bila kita nak "dating" lagi ye? Saya rasa macam nak marah je kat KFC sbb saya tak dapat cek saya lagi. Kalau tak, dah tentu saya dapat dating ngn cikgu,kan? Tak sabar rasanya nak jumpa cikgu lagi! =)




SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I miss you, I love you.. But you hurt me. What should I do? Hate you?
* I will walk away and pretending that I've never meet you *

Wah! title I macam biasa.. Kontot.. tapi, bila bab isinya pulak, sensasi! ye kawan2.. itu la Fatin Nur'asyiqah atau nama glamournya Syiqa Rahmat. btw, this post I dpt ilham dari sesi chatting ngn Cik Kartika Sri Dewi; atau nama rasmi beliau ialah Atiqah Zainundin.

sebenarnya, xde la ape sgtpun post kali ni. I just nak announce kat u all yg I nak letak gmbr Mr sumber Inspirasi I kat blog I ni. walaupun xdpt izin secara rasmi dari beliau, I letak je la. Nanti bila dah kantoi and dia marah, I tanggalkan la balik gambar tu.. kih kih kih...

Btw, I tak mo blurkan gambar beliau ni. I nak kasik cun.. supaya org tau sapekah insan mulia yang gilakan duit, tapi TIDAK KEDEKUT dan sangat baik hati yang mana beliau banyak memberi nasihat dan galakkan (perli-an sebenarnya!) kat I sehingga I terbukak pintu hati untuk belajar sebelum SPM ari tu...

* Beliau ni dalam diam2 suka jugak korek rahsia orang.. tapi, bila orang nak korek rahsia dia, dia cabut lari pegi kedai mamak Dharbar kat Melawati tu atau dia matikan talian handphone dia.. Sangat la "adil",kan? *

What ever it is, I lurve U la uncle! Cikgu la 'uncle' terbest!

Copyright reserved, ok! =)
*Sis KSDewi, ni bukan gmbr blur tau. Gmbr ni soften*

P/S: Cikgu, jangan kembang kempis pulak hidung tu yer.. x)

Cubit manja: Nak letak gambar cikgu Jufree, tapi nanti Ainaa ban I pulak =P

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Wah! Dah 2 hari x update blog! Lamanya! agaga. Actually, semalam I nak update my blog dah. But, internet pulak buat hal. Isk. Frust betul. Sepanjang hari tak boleh online. -.-' But, hari ni dah ok! Yey! Btw, hari ni I nak story pasal kes gaji bulan Februari I yang tak dapat2 lagi tu.

Nak dijadikan cerita, petang semalam I tertido tau. Around 4.45 mcm tu. then, bila I bangun dalam kol 7, I check my phone. Wah! Ada satu missed call! Rupa-rupanya Miss Ana, KFC Melawati punya Restaurant Manager call I. I call la dia balik.

Syiqa: Hello Miss.

Miss Ana :
Hello. siapa ni?

Syiqa:
Fatin ni.

Miss Ana :
Ha Fatin! Miss nak tanya ni. Kau tau je la miss ni macam mana,kan? Betul ke kau tak dapat lagi cek kau tu? Miss bukan apa. Miss dah check kat HQ. Diorg ckp, diorg dah currier 13 haribulan hari tu. Miss dah tanya berapa cek kau tu. Kalau tak silap miss, RM744.18. (If i'm not mistaken la.. but, belas2 hari bulan la...)

Syiqa :
Betul Miss. Saya tak dapat lagi.

Miss Ana :
Kenapa kau tak call miss terus? Ini pun nasib baik mak kau tanya miss ari tu. Kalau tak, miss mmg tak tau yg kau tak dapat lagi gaji kau.

Syiqa :
Saya dah tanya Miss Azura ngn Sir Bob ari tu. Diorg kata x smpai lagi. Saya ingatkan diorg dah tanya miss.

Miss Ana :
Ye la. napa kau tak call miss terus? Kau tau la Miss Azura tu asyik lupa je. Miss dah tanya dia. dia kata dia terlupa.

Syiqa :
Saya call office sebab saya tak mo la call hp miss. Nanti tak rasmi pulak

Miss Ana :
Office? Store la. Kalau kau bagitau miss awal2, boleh miss check kan. Ye la. Miss pun risau la. Ni gaji orang. Tak pe la. Nanti miss check kan lagi. Kau cakap kat mak kau, sabar sekejap la eyh.

Syiqa:
Err. sebenarnya, saya yang suruh mama tanya kat miss. Sebab, saya nk guna duit tu bayar lesen

Miss Ana :
Kau buat apa sekarang ni?


Syiqa: Takde buat ape la. Online je la.

Miss Ana :
Tu la.. berhenti... Kalau keje, kena marah2 pun dapat jugak gaji.. Kau tak nak keje balik ke?


Syiqa:
Err.. Tengok dulu la miss


Miss Ana :
Zali ada kat situ. Tak nak keje?


Syiqa :
apa kena mengena ngan zali pulak?


Miss Ana :
Kalau kau nak keje, datang jumpa miss. Miss tak de staff dah ni. Si Iera tu dah berhenti dah. Dia blah macam tu je..


Syiqa : oh. Iera dah berhenti? Maybe sebab kes Ezzaree tu kot. lagipun, dia sendiri cakap kat saya yang dia maybe keje tak lama.

Miss Ana : Ada tak kawan2 kau yg nk keje?

Syiqa :
tak tau la plak. Nanti saya tanyakan..
(walhal naquiyah tu mmg nak cari keje pun!)

Miss Ana :
Mak kau dah balik ke ni?

Syiqa :
Belum.

Miss Ana :
Minus point la kau ni..


wakakakaka.. gaji aku tu tak lepas pown nk bayar lesen sebenarnya.. Lesen tu RM 770. But, Since ade la beberapa potongan yg I dapat, so, kira cukup la tu :p

Btw, macam bosan la pulak duduk rumah. Tapi, bila fikir2 balik, takkan nak keje balik kot. Dah macam jilat ludah sendiri pun ada.. (Btw, ari tu I berhenti cara elok yer... I bagi notis tau!) Tapi, rindu la plak kat Zali tu.. Macam mana ni? Nak keje balik ke tak payah???

I MISS YOU...

Bila I tanya Ainaa...

Syiqa : Ainaa. awak rse kita nk keje balik ke?
Ainaa : Kita rasa tak yah la. Sebab apa, Zali dah baca blog awak. Lepas tu, awak tak tau ape yg Norma dah tau. Nanti diorg buli awak macam mana?

Haah la.. Ni yang I sayang Ainaa ni.. betul cakap awak, Ainaa.. Apa kata kalau kita berdua pegi tanya cikgu Anwar, dia ade keje ringan2 utk kita berdua tak? (tukang taip nota pun ringan jugak, ape!) wakakakakka... Giler meroyan!


P/S: Nisa nak amik "tuition" ngn cikgu memandu dari skola memandu Cekap tu. Wish U all the best, Nisa!
*jangan ngorat
Cikgu F kita tu yer!*


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

"To love someone is to have the courage to walk away and to let go him; whom wishes to be free, no matter how it hurts. On the course of love, people must teach their hearts to be brave enough to let go when they realized that things are not meant to be after all."

Tadi I chat ngn Liling Si pemalas tu kat YM. Masa tgh chat tu dia tanya I:

Liling: ko kapel dgn zali toh kah?
Syiqa Puteri sepi: hahahahaha
Syiqa Puteri sepi: ape cerita ni?
Syiqa Puteri sepi: ko kate aku couple ngn zali
Syiqa Puteri sepi: ape cerita ko ni?
Liling: asta
Liling: ko neh
Liling: ko jwb aja
Liling: habis cerita
Liling: mau kasi pening2 org lak
Liling: zali toh bf ko kah?
Syiqa Puteri sepi: zali?
Syiqa Puteri sepi: bukan bf aku la
Liling: jadi?
Liling: ko minat dia?
Syiqa Puteri sepi: ye la
Liling: aik?
Liling: jadi-
Liling: asal kamu nda kapel?
Liling: dia pun tau kan?
Syiqa Puteri sepi: =((
Liling: ketara gila d blog ko
Liling: mcm kamu kapel
Syiqa Puteri sepi: wakakakaka.. mne la aku tau
Syiqa Puteri sepi: dia nk makwe yg slim kot
Liling: dia tau kan?
Syiqa Puteri sepi: tau ape?
Liling: yg ko suka dia?
Syiqa Puteri sepi: Tau la. -.-'

P/S: Wey Liling.. "best" betul soalan kau! Sedih aku tau tak bila kau tanya aku gitu.. =((


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

P/S: Terkedu sekejap...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

P/S: You're not getting older, but, You're getting more matured each and every year!
-xoxo-

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..



P/S: No matter what, I will always be by your side...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang