H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

10 April 2009

Semalam, waktu I leka online, telefon rumah I berbunyi. Seperti biasa, I mmg menyampah nak jawab phone tu sbb I tau, panggilan tu BUKAN untuk I. So, I buat bangang je bila phone tu bunyi. Adik I jawab phone tu. Then, dia masuk bilik I. Dia cakap "Syiqa, Tok Ndek dah meninggal" Bila I dengar je berita tu, I pun melompat dari katil. Mujur tak tergolek. Innalillahiwainnailahirajiun... Kita datang dari Allah, kepada Allah kita kembali...

Sebenarnya arwah Tok Ndek ni dah 11 tahun menderita sakit leukimia. (Kalau tak silap la.. My mom yg ckp gtu) Hujung tahun lepas, rumah tangga arwah berkecai angkara orang ketiga. Tinggallah arwah bersama 2 org anak lelaki. (arwah ada 3 org anak. namun, seorang anak arwah dah meninggal tahun lepas; klau x silap I) Arwah koma sejak 3 minggu lepas. Sebenarnya menurut doktor, jantung arwah telah berhenti berdenyut. Namun, para doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa arwah. Sejak itulah arwah koma. Kami kaum keluarga arwah redha dengan pemergian arwah memandangkan terlalu banyak penderitaan yang arwah tanggung sepanjang hayat arwah.

Ketika detik-detik akhir hayat arwah, arwah sering jugak telefon nenek I. Arwah selalu telefon pada waktu2 yg tetap iaitu sekitar 12 tgh hari-1 ptg. Arwah agak rapat dengan nenek I; kakak sulung arwah. Selepas ni kurang seorang pemanggil tetap rumah I ni.

So, pagi tadi kitorg satu family ( except my dad; my dad kena kerja. ) pegi la melawat jenazah kat umahnya di Greenwood, Gombak. Kitorg tunggu sampai selesai upacara pengebumian. Arwah dikebumikan selepas solat Jumaat. Proses pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah.

Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-NYA dan tergolong dalam kalangan org2 soleh.

P/S: Nama sebenar arwah Tok ndek adalah Mohd Lani Bin Hassan, adik kepada nenek I.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

1 Love notes:

wey haiqal pun duduk greenwood.
hahaa

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang