H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"


Pagi tadi pegi jog. Sampai kat Restoran Syed around 8.30 am...

Nampak Abang F baru sampai. dia park kereta dia sebelah kereta merah Imkeda tu. Dia pakai baju warna kuning hari ni.. I tegur dia. Monyok je muka dia hari ni! Isk. xde mood langsung nak tengok! =D *Manja, baju kuning yg dia pakai td ke yg kau kata dia handsome tu??*

I story kat Eena ngn Smira.. nak tau ape diorg pnye jwpn yg first class tu? "Bergaduh ngn bini dia la tu!" ape la korg ni! x baik tau! =P

Yg I pulak.. dah 4 hari tak nampak Abang A... wek wek wek.. Abang A ni jejaka terbaru yg berjaya menarik perhatian cik syiqa yg merenyam nih! selama ni Abg A tu mmg dah lama muncul. Cuma, baru skrg dia berjaya keluarkan aura yg berjaya menarik attention I... =D I investigate kat sumber yg boleh dipercayai.. menurut informer a.k.a "personal assistant" I tu, Abg A cuti smpai hari rabu nanti.. OMG! lama nya! Dari hari rabu(27 mei 2009) hari tu lagi.. =(

P/S:
nak mintak tolong Abang F untuk mengesan "Zali"... kui kui kui.. nantikan kemunculan Zali versi terkini ok! :-*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ha... kepada yg kepala penuh air sbb bil tertunggak tu, korg sahih pikir yg bukan2 kan? wek =p

actually, semalam I ade call Wany ngn Manja.. :D kitorg borak2 pasal Abang F ler.. hehehehe..

*Angau la plak aku nih!*


Petikan conversation ngn Wany...
Syiqa: Kita ingt dia ajar kita. Dia cakap "clutch tu kena lepas perlahan. Kena BELAI dia..."

Wany: hahaha. Dia tak cakap macam tu pun dengan kita. Mungkin dia tengok kita ni serius kut time blaja tu. Dengan awak dia open, sebab awak pun jenis tak kisah.

Syiqa: hahaha. Kita macam suka la kat dia. Kita ni mana boleh cakap tak suka. nnt kita suka. Nak tau tak? masa first day kita blaja ngn dia, kita ade ckp "Macam rempit la pulak cikgu aku ni. tak mungkin aku suka kat dia nnt..." tup tup.. bam! ("gedebuk" lebih sesuai kut.. sebab jatuh sayang kan?)

Wany: hahaha. awak tu biasa la.. memang macam tu!

Petikan conversation ngn Manja...
Manja: tak ade ape pun. macam biasa je. Cuma hari tu dia pakai baju kuning terang tu dia nampak handsome ckit la. Sikit je.. aku tak suka la kat dia.. hehehe

Syiqa: hahaha. dia sweet la..

Manja: aku masa blaja ngn dia pun tak banyak cakap sangat ngn dia. Aku tak boleh concentrate klau asyik sembang je. Aku cuma tanya2 dia pasal driving je.. Aku takde la sembang2 hal family ngn dia. Kau cakap2 pasal ayah kau tak bagi bawak kereta. aku takde, aku cakap ape yg pasal memandu je la..

P/S: dah 5 hari tak pegi jogging. Rindu la kat Abang F! =((

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ayat I gramatis tak? wakakaka.. actually, semalam I pegi ikut my cousin ngn my auntie pegi Taman Melawati sebb my cousin nak pegi beli brg utk exhibition kat Brazil nnt. kitorg pegi ACE je. kan ACE tu sebelah KFC je? So, kenangan lama pun bertandang kembali..

I miss them so much! =((

*merindu pada yang tak sudi...*

P/S: Masih ada sisa... Bisa bercambah semula jika dibaja... =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Sabtu, 23 Mei 2009

Pagi pegi kerja. hati ni rasa sayu sgt sbb tak dpt pegi jogging =((

petang lepas balik kerja, i sms eena. tanya dia kat mana. then, dia ckp dia ada kat hospital ngn mama & ayah sbb melawat kawan ayah & mama. then, I ckp kat eena "kalau nak keluar mana2 mlm ni, bgtau tau! aku nak ikut!"

then, tak lama pastu, eena call. suruh siap. Yey!

Kitorg pegi jusco au2. I beli beg TROPICANA LIFE ngn sandal SCHOLL... pastu, lepas shopping2, kitorg pegi makan kat A&W.. weee =D

I sebenarnya nak minum air float tu je. but then, Eena ngn ayah lak makan2 sekali. pfhh.. Tapi, I tak makan la. I minum je. Ayah order cheese burger ngn eena order ape ntah.. tapi, rupa dia mcm twister kat KFC tu...;;)

yg bestnya... JENG JENG JENG...

Dalam cheese burger ayah tu cuma ada sepasang roti (ats & bawah) ngn SEKEPING CHEESE sahaja.. mana dagingnya? ntah la. sendiri mau ingt! tapi, I ni kan cerdik, I pegi la tnye MOD diorg.. tup2 budak2 back up tu kena gelak sakan sbb lupe letak daging dalam burger!

wakakaka.. padan muka! rindu kat buah hati ke smpai lupa letak daging? kalau la kami ni lurus bendul, maunya mkn roti ngn cheese je ayah aku tu!

P/S: Teringat kat Zali. Aku jadi rindu kat dia! =((

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Jumaat, 22 Mei 2009

I pegi jumpa Mr. Physics Man tu. Before I pegi titian cahaya tu, I sms dia dulu... ngeh ngeh ngeh...

ade la beberapa perkara yg kitaorg sembang.

syiqa: Cikgu, ni kad jemputan saya. Saya nak kahwin... (sambil hulur sampul putih kat dia..)

Mr. PM: Awak nak kahwin??? (muka yg monyok terus senyum macam tak percaya yg I nak kahwin dah; tapi percaya jugak!)

syiqa: haah! (sambil tersenyum tngk Mr. PM terkial2 keluarkan isi sampul surat tu.. ( jeng jeng jeng)

Mr. PM: (sembang2 ngn kak zam)

syiqa: ala cikgu ni! nak keluarkan benda tu pun tak lepas. bak sini la saya keluarkan! (sambil rampas sampul putih tu...*gila tak senonoh,kan?*)

Mr.PM: (sambut isi sampul and bukak kertas hiijau yang berlipat tu and.... senyum dgn muka yg cute! hahahahaha)

Syiqa: baca la! jgn tak baca. saya amek kat klinik hari tu!

kemudian, Mr. PM bersembang ngn Kak Zam, I continue sembang2 ngn Kak Siti. Then, tangan I gatal nak menconteng. Then...

Syiqa: Bak sini kertas tu. (Sambil tarik kertas hijau tu dari bawah siku Mr PM. Ye la, Mr PM tindih kertas tu ngn siku dia...)

Mr. PM: (tengok je kertas hijau tu kena rampas sekali lagi...) *carik ilham kut!*

Syiqa: Saya nak tulis nama cikgu kat semua muka surat ni! (menconteng nama Mr PM kat kertas hijau tu.. sambil diperhatikan oleh Kak Syikin ngn Kak Siti yang mungkin nak tau ape bendanya kertas hijau tu... )

Mr PM: Itu bukan smoking la.. Tapi LUNG EXERCISE!

Syiqa: kah kah kah (gelak macam org tak pernah ketawa...)

Mr PM: (ketawa) Pernah dengar lung exercise tak?

wakakakaka.... sabar je la... ade je alasan Mr Physics Man nak kenakan org balik, ok!

*KERTAS HIJAU yg dimaksudkan adalah Flyer untuk berhenti merokok....*


Tak lama pastu, I tegur Cikgu Jufree pulak. Masa tu cikgu Jufree tengah sibuk ngn note dia..

Syiqa: Hye cikgu! Cikgu sihat?

C.J: Sihat. Alhamdulillah. Awak dapat sambung study apa?

Syiqa: cuba teka!

C.J: mascom?

Syiqa: tak.. (sambil muncung ckit)

C.J: Public Admin?

Syiqa: bukan! (muncung panjang ckit)

C.J: Ha.. Ni mesti IT?

Syiqa: Tak la!

Mr. PM: ACCOUNTING!

Syiqa: yey! (clap my hand)

C.J: Oh. Accounting? bagus jugak tu. dapat kat mana? Shah Alam?

Syiqa: tak la. Shah Alam tu utk program khas! Diploma yg khas tu.

Mr. PM: PPP! saya dapat tu dulu!

Syiqa: saya dapat kat Lendu, Alor Gajah, Melaka.

C.J: haa. situ asrama selalu tak ade air. selalu la awk tak mandi nnt.

Syiqa: Haaa?? Cikgu biar betul! Takpe. Kampung sy dekat je ngn UiTM tu, jalan kaki pun blh smpai. So, klau xde air, saya balik kampung la!

Syiqa: Eh Mana cikgu tau ha? (sambil pandang Mr. PM)

Mr. PM: because I force you... (berckp sambil dagu kat lengan, lengan ats meja... so, tak clear ape yg dia cakap)

Syiqa: Haaaa?

Mr. PM: (angkat kepala) Sebab saya paksa awak amek Accounting!

Syiqa: (terdiam) ala.. sebenarnya saya dah bgtau cikgu kan hari tu!

Mr. PM: (Angguk)

hehe...

Mr. PM: Jangan kahwin kalau awak takde duit RM50,000. dalam akaun.. at least rumah yg awk beli tu nanti dah bayar 40%..


AMBOI AMBOI AMBOI... banyak nye syarat kalau nak kahwin?

klau mcm tu, maunya saya jadi ANDARTU! hish! mana boleh!

P/S: Kerinduan melanda!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Khamis & Jumaat ; 21Mei & 22 Mei 2009

I dapat keje part time.. Jadi pembantu butik kat AVON giant Taman Permata.. =D sementara je. Memula I dapat offer untuk keje sebulan ngn akak Yati tu. Tapi, bila fikir2 balik, mcm lama sgt la plak. I nak gak lepak2 balik kat umah sebelum masuk UiTM Next month =D So, I plan nak berhenti lepas kak Shila masuk keje... hehehehe... Ni rancangan awal je. Kena tunggu jawapan kak shila la sama ada dia nak ke tak keje situ..

hari khamis I keje kira stock je. Then, start hari jumaat baru bebetul keje layan customer. Ngeee =D Disebabkan I ni tak reti apa2 lagi, I tengok and tolong la ape yg I tau buat..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Rabu, 20 Mei 2009

Kami; Syiqa, Tasha, Tiqa, Teya, Smira, Raja, Helmi, Aiman pegi makan2 kat McD Highway Hulu Kelang tu.. Ngeeee.. Kitorg lepak2 sebab Tasha nak enroll kat UIA next week. Sob sob sob.. knp la aku ni lmbt sgt nak pegi enroll?? =((

syiqa & Helmi

Smira
Aiman & Teya

Raja& Tasha

Lepas makan2, kitorg pegi Jusco Au2 plak. sbb tiqa nak carik baju. Lepas tiqa carik baju, kitorg pegi main game plak. wehuuu.. seronok siut main game, especially game "DOWNHILL BIKERS" wakakaka.. seronok siot.. termengah2 aku main.. klau nak tau ape game tu, pegi la main sendiri! kat bahagian baju baby tu tau.. =))

Helmi & Raja menunggang kuda... =D

Helmi & Smira memukul gendang

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Syiqa: Hye Cikgu! Selamat pagi!

Abg F: Hye! Lari la.. asyik jalan je..

Syiqa: dah lari dah! Eh. nak lari la nih..(sambil buat2 lari)

Abg F: (Ketawa)

P/S: Aku terfikir sendiri. Apakah dia maksudkan "pergi lari dari hidup aku. jgn kau dekat ke dalam hidup aku. "

*Ada payung pink, kasut budak... Dua benda tu aku nampak dalam bonet kereta Proton Saga Hitam dia tu... kalau tak silap aku ler...
=)) *


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ni cerita giler yang bodoh! wakakakaka.. Bahan untuk entry kali ni adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan untuk hilangkan tension. harap pihak yang terlibat tak saman aku! =P

Alkisahnya... Hasmira Aizreen, Atiqah Yazam, Natasha Athirah, Hanina dan 'Asyiqah telah berkumpul dalam mesej kat facebook tu. Kitorg2 je yg ade dalam mesej tu.. Ni kira Conference kat facebook la.. Then, atas alasan tertentu, 'Asyiqah secara tak sengaja telah membuka satu topik yang agak bengong. Justeru, ni adalah ceritanya...

Fatin Nur 'Asyiqah: wahhh.. skandal! =P

Hasmira Aizreen
: hahah scandal :D

Natasha Athirah
: hahah scandal :D

Nur Hanina
: haha aku repot kt aspa...haaaaaa xD

Hasmira Aizreen :eh jgn, aspa cinta sejati tiqa

Atiqah Yazam : omg mane korg tau
pls la bg tau aspa rahsia yg terpendam terbuku dihati ku selama ini..
amat ketat untuk ku lafazkan kpdnya.. aha =)

Hasmira Aizreen: abesla ko, ku nk copy pastu post kasi org baca HAHAHAHA *evil laugh

Atiqah Yazam :derr tu yang aku suka lah thaks aw sume.. =p

Nur Hanina :haha smira jgn lupe. pastikan ASPA BACE.mesti die terharu ouh

Natasha Athirah :aspa n tiqa...sitting on a tree. k i s s i n g..xD

Fatin Nur 'Asyiqah :wakakakaka...

aspa cinta hati tiqa rupenya!

;;)

smira, meh aku tlg post kat blog aku!

=D

SKANDAL!

btw, tasha!

u r totally rite!

They're K. I. S. S. I. N. G!!! OMG!!!!!!!


P/S: Ni memang gila. Maafkan aku! =D
aku lupa sebenarnya ape yg aku nak tulis kat section "P/S" ni.. isk!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Wah.. Eena dah practice utk take over bilik tidur I tu.. Semalam dia dah pandai kemas bilik tu cantik-cantik. Selama ni dia buat tak peduli je ngn bilik tu since I selalu ingatkan dia:

"THIS IS MY ROOM. I CAN DO WHATEVER I WANT! AND YOU..PLEASE SHUT UP!"
So, disebabkan I akan pergi belajar kat Lendu, Alor Gajah,Melaka tu utk 3 tahun, dia la yg akan take over utk jaga bilik tu.

Dear Syaereena,
Dah tak sabar-sabar ke??? Aku tak berambus lagi ko dah take over bilik tu???

P/S: Bilik dalam hati aku ni dah kosong balik. Sapa nak tolong cari penghuni yang baru??


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

AKHIRNYA!
AKU NAMPAK DIA!
DIA SENYUM DAN TEGUR AKU!


P/S: Hidup tak selalunya indah. Menyayangi hak orang tidak seindah yang disangkakan! =)


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Masa On the way nak pergi kenduri rumah mak cik Nandong, (kat seremban), kitorg berhenti kat hentian Nilai... pastu, I pegi beli buah yg dah potong2 tu sbb I nampak ade sorg mamat makan buah tu dgn berselera. Masa nak masuk kereta balik, ade la makcik ni nak keluar kereta. husband dia parking kereta sebelah kereta kitorg. pastu, rapat laks tu... Then, masa I nak masuk kereta tu, pintu kereta kitorg tu terkena la sikti side mirror dia. pastu, I tersengih2 je la masa masuk dalam kereta. Pastu, bila makcik tu bukak pintu kereta dia, dia macam balas dendam pulak kat I. Dia bukak pintu and terkena pintu kereta kitorg smpai mama cakap "apsal kereta kita bergoyang?" wakakaka.. marah ke mak cik sampai macam tu sekali balas dendam? hahaha.. I rasa je dia balas dendam, sbb, lepas I masuk kereta, I pusing kepala tngk reaksi mak cik tu.. ye la.. kan pintu kereta kitorg terkena side mirror dia.. time tu I nampak mulut mak cik tu terkumat-kamit... =P

P/S: Andaian I je yg mak cik tu balas dendam.. Eena kata, mak cik tu tak balas dendam pun! wakakaka.... =P

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Hari ni, 16 Mei... Sambutan apa hari ni? Hari Guru! Semua jasa yang cikgu2 semua curahkan untuk saya, takkan saya lupakan. sebab cikgu2 semua, saya tau mengira,membaca dan menulis! hehehe.. Cikgu2 semua dah membantu saya untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Cikgu2 jugak dah ajar saya macam mana nak nilai orang yang hipokrit... =D

Buat teacher2 skola tadika; walaupun saya tak ingat dah nama teacher semua, saya masih ingt betapa baiknya teacher2 semua layan saya ;)

buat cikgu2 skola rendah; cikgu ahadi & cikgu Jana, saya teringin sgt nak jumpa cikgu lagi! Ustaz Wan, anda adalah pengajaran untuk saya... Cikgu Zalina, terima kasih sbb ajar saya math dgn penuih kesabaran sampai saya jadi antara org yg dpt markah tertinggi math... =)

Buat cikgu2 skola menengah; cikgu2 semua bnyk mengajar saya untuk jadi seorang gadis remaja yang boleh berfikir. saya mmg degil. tapi, dari sudut hati saya, saya tahu yg cikgu semua nak yg terbaik untuk saya.

Cikgu2 tuisyen PMR & SPM; cikgu semua mmg best! Mmg kelakar,sporting,bnyk idea utk mengajar... Selain cikgu2 sekolah saya, Cikgu2 semua dah banyak bantu saya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM...

buat cikgu driving saya: Terima kasih sebab sabar ajar saya yang suka main2@gelak kuat2 and tak serius time blaja drive and suka adjust kapet kaki even time tu tgh drive.. pastu, terima kasih jugak sebab tak pernah marah saya, tak pernah sindir saya, tak pernah tinggikan suara@ tengking2 kat saya... (mungkin cikgu ada marah kat saya, tapi cikgu tak tunjuk....) terima kasih! semoga berbahagia sentiasa... Terima kasih sbb jadi sumber semangat saya untuk pergi jogging =D

Cikgu Anwar, anda adalah 'uncle' terbaik yg pernah sy jumpa.. hahaha.. anda sumber inspirasi saya, anda pembakar semangat saya... semoga cikgu dapat capai apa yg cikgu nak tu secepat mungkin supaya cepat sikit kahwin!

kalau nak kira, mmg tak ternilai jasa2 yang cikgu semua dah curahkan...


Teaching is the profession that teaches all the other professions...
saya dah tak tau nak cakap apa. cuma, apa yang mampu saya ucapkan,

SELAMAT HARI GURU!
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA! =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ni entry untuk Jumaat, 15 Mei 2009

hahaha. tajuk entry kali ni macam ape jer, kan? actually, maksud title tu adalah:

Kentucky Fried Chicken Melawati VS Damai Service Hospital Melawati

Persamaan:
KFC ngn DSH ade staff yang bernama NORMA...

Perbezaan:
Norma kat KFC
tu menjalang dan menyundal selain mulutnya sangat menyakitkan hati!...
Norma kat DSH
tu nurse yang baik, peramah dan penyabar...

Korg dah dapat motif entry kali ni? kalau dapat, bagus! kalau tak dapat, pegi mampos! wakakakaka....

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

ni post untuk hari Khamis, 14 Mei 2009

Hari khamis ari tu, I, ngn mama nak pegi Melaka sebab nak berubat batu karang mama tu. Pastu, mama ajak la kawan dia, Uncle B. I ingtkan kitorg bertiga je, rupanya, Uncle B tu BAWAK ANAK BINI DIA! KALAU ANAK DIA SORG JE DIA BAWAK TAKPE JUGAK. NI SAMPAI 3 ORANG! WTF! I sakit hati sangat. kalau setakat dia bawak wife dia tak pe jugak. I mmg 100% tak kisah. Ni siap bawak anak2 dia. Kalau mama I bawak kereta AVANZA takpe jugak. Ni PERSONA jer. korg bleh kira sendiri brape orang dalam satu kereta tu. I, Mama, Bini Uncle B, Uncle B, 3 org anak diorg! 7 orang dalam satu kereta! Korg bleh bayangkan betapa naik anginnya aku masa tu! Ni bukan kali pertama, ok! hari tu pun kes mcm ni jugak. tapi hari tu kitorg pegi Temerloh sbb nak amek barang ayah.

yang bestnya, kalau dia mmg nak ikut kitorg pegi berubat tu, xpe jugak! Ni ade misi tersendiri. NAK AMEK KESEMPATAN! Dia sebenarnya nak balik kampung bini dia kat ayer keroh and nak pegi buat gigi palsu tu. Yang jadi korbannya, mama la. Mama nyaris2 tak sempat jumpa orang yg nak ubatkan mama tu. Korg bleh bayangkan tak betapa sakitnya hati aku ni??? Licik tak diorg? Nak jimat duit minyak! Dah tu, anak2 dia siap bleh ponteng sekolah lagi. So, kesimpulannya, diorg mmg dah rancang nak gunakan plan mama nak berubat kat melaka tu untuk kepentingan diorg! Eiii! Sakitnya hati aku ni! berbulu je aku tngk!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Semalam lebih kurang dalam pukul 6.30, I ngn Eena pegi giant. sebab, mama nak beli barang dapur. so, kitorg ni mengekor je la.. Then, masa sampai giant tu, kitorg pegi Gurdian. beli barang Eena. Eena pegi toilet plak. adus. so, I beli air and duduk la minum. sekali tu, I ternampak 3 org lelaki yg pakai baju KFC. I tersentap la. sebab, diorg tu ialah Azrul, Abu ngn Zali si IC Merah tu.. I nak approach diorg; especially Azrul. pastu, bila zali nampak I je, dia terus lari masuk toilet. pigidah. bajet hot. terus tak jadi nak approach diorg. terus xde selera. I buat2 hantar sms kat eena and buat2 xlayan je abu ngn azrul. walhal time tu Azrul dah tegur I "eyh. fatin!" then, I juz cakap "oh. hye!"

P/S: Yang patah akan tumbuh semula; yang hilang akan berganti!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ok. Seperti yg I dah bgtau semlm, pagi ni I ade date ngn abang F tu kan? then, pagi tadi I bangun dengan bersemangatnya sebab tak sabar-sabar nak pegi jumpa Abang F tu.. lebih kurang pukul 8.55 pagi mama pegi la hantar I kat office CEKAP tu. masa nak pusing pegi office tu, kitorg lalu la depan restoran Haji Anuar tu. masa tu, I nampak kereta kancil merah tu ada kat depan office tu. but, bila I bebetul sampai depan office, kereta tu dah takde kat parking dia. then, bila i pusing je kepala tengok arah jalan, I nampak kereta merah tu dah blah. laju lak tu! isk! Bila mak cik Ina nampak I je, dia cakap "Laaa.. Cikgu F baru je pegi rumah syiqa! buat apa datang sini? cikgu dah tau rumah!" wakakaka.. salah faham la =P then, mama pun hantar la I balik rumah balik.. hehehe. sorry yer. Elok sampai rumah je, Abang F tu dah parking depan rumah. hehehe. maaf yer. salah faham. Bila Abang F tu nampak I, dia terus duduk kat seat penumpang;sebelah driver. then, Bila I masuk kereta je, I tegur dia:

Syiqa: good morning. sorry eyh!
Abg F: ok. xpe.
Syiqa: Cikgu tak nak tengok lesen saya ke? *sambil pasang seat belt*
Abg F: tak payah. simpan la lesen tu. nak tngk kad belajar.
Syiqa: Kad belajar? oh. Ok *keluarkan kad belajar colour hijau*
Abg F: Ni kelas pertama, kan?
Syiqa: haah. eyh, kenapa saya duduk sini? saya tak reti bawak kereta la..
Abg F: *tersengih*Awk hari-hari pegi joging eyh? saya selalu nampak awak.
Syiqa: Ha? nampak saya? *buat2 terkejut walhal hati dah berbunga dah...
Abg F: Ye la. awak jalan kat lembah keramat tu...
Syiqa: Nampak saya ke? saya tak perasan pun
Abg F: Saya selalu dalam kereta. awk mana perasan..

Moral of the story: Aku pegi jogging hari2 sebab nak usha abang F tu.. last2, dia yg ter-usha aku hari-hari.. adus! kuciwa hatiku! Aku ingtkan aku yg nak skodeng dia, last2 dia yang ter-skodeng aku! Huwaaaa... so, dia muak dah tengok muka aku ni. Aku je yg tak jumpa2 dia lagi.. takdir penentu segalanya! =((

Masa isi petrol kat Esso Bukit Antarabangsa tu, Abang F suruh i bukak tangki petrol tu. I pun dgn confidentnya tarik la benda alah yg kat tepi seat tu. Skali tu bunyi dia bukak tu kuat gila. then, I pusing belakang, I tnye abang F "dah ke?" skali tu dia ketawa and jerit "bonet!" I pun gelak terbahak-bahak la kat situ... then, abang F cakap "bukak pintu, tengok kat bawah tu. yg kecik..." kelakar la. hari ni I asyik ketawa je. hari ni bnyk jugak kitorg sembang2. Abang F tu jenis yg melayan je bila I start nak sembang2 ngn dia... sudahnya, mulut I ni tak reti diam bila Abang F tu duk dalam kereta....

Pastu, part yang paling bestnya pasal bawak kereta hari ni, I asyik mati enjin! yes. kat semua check point dalam litar tu I dah experience mati enjin. so, I perlu amek kelas lagi kut pasni! wakaka...

kat bukit tu mati jugak enjin. ade la dlm 2-3 kali.. kat parking banyak kali.. kat 3-point-turn sekali mati enjin! atas jalan raya pulak; lepas traffic light je, kereta asyik berhenjut jer! what da...????? OMG! dah 2 bulan x bawak kereta. tu la jadinya. tapi yang bestnya, kat jalan raya la. hehehe. mcm dah expert je =P seronok bawak kat jalan raya.. hahahhaa... bawak dalam litar mcm F**k.. =( xpe la. janji dapat jumpa Abang F kesyganku.. wakakaka :-x
P/S: Umur Abang F sebaya Awang Zullizan tu. takde la tua sangat. tak smpai pun 10 tahun beza umur kitorg... Kenapa la I lambat sangat jumpa Abang F ni. Kalau jumpa awal2, bleh ngorat dia. skrg ni nak ngorat dah tak leh dah.. sebab, dah kahwin! =P btw, member Abang F yg pkai baju hijau tadi pun sweet jugak! hehehehe.. nak kenal buleyh? ;;)

Abang F, bosan la.. sakit pinggang la plak..

Ok babe. let me kiss you, ok!

Oh Abang F.. Di mana dikau??

I hate speed limit... Bleh tak klau aku rosakkan meter ni?

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Esok ade date ngn ABANG F! yey! Doakan syiqa yer... Dah lama sangat nak jumpa dia...

P/S: Korang jangan mengadu kat wife dia pulak yg syiqa nak pegi date ngn dia esok tau! Erm.. korang nak tau ke kitorg nak pegi date kat mne and pukul berapa? esok pagi, 12 Mei 2009; 9pg-11pg;IMKEDA au3... ;;)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Akhirnya! perpisahan itu berlaku juga! Apa nak buat, semua org ada cita-cita. So, kawan2 aku dah ramai yang memulakan langkah untuk kejar cita-cita mereka... Tinggal aku yg menghitung hari untuk menggapai cita-citaku.. *walaupun course ni aku tak berapa minat, tp, dah "org tersayang" yg pilihkan, I buat juga la.* Ainaa marah bila aku amek keputusan untuk ikut je cakap "org tersayang" tu.. Tapi, dia lah sumber inspirasi aku.. Bila orang tanya, "kau minat ke?" atau "kau boleh ke bawak subject tu?".. jawapan aku adalah "YA" dan "BOLEH, Insya-Allah".. sedangkan, hanya Allah je yang tau betapa serba salahnya aku waktu aku menuturkan jawapan tu.. Aku amek risiko atas sesuatu yang aku sendiri tak tau apakah risikonya. Aku memperjudikan masa depan aku. Tak pe. mama dan ayah restu. Dengan restu mama dan ayah, Insya-Allah. Aku akan kuat.. =)

*Ni dah start merapu. actually entry kali ni aku nak post gmbr kawan2 yang dah pegi matriks.. kalau ada yang tertinggal, aku minta maaf. ingtkan aku yer, aku ni mmg pelupa! macam la korg tak tau perangai kawan korg yang bernama 'ASYIQAH ni,kan? ;;)*

P/S: Tahniah Ainaa.. Awak mmg hebat. Awak banyak pilihan. Choose wisely, ok! :-*

Amir (Matriks Terengganu) & Ban (Matriks N9). Nina pegi Egypt. Syiqa? UiTM je..



Nisa (Matriks Melaka)

Aina (Matriks Melaka)

Rais..(Matriks N9)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Breaking News! Petang semalam I SMS babygirl Sazali tu. I tnye dia, dia dpt course ape and dapat kat campus mne? yer la. ari tu mse I call dia, dia tak check lagi dapat IPTA mana. So, bila dia bgtau I, I tak cam sgt yg...

DIA DAPAT COURSE DAN KAMPUS YANG SAMA DENGAN NADIRAH!!!!

OMG! terkejut I ok! nad la yg perasan.. hehehehe.. thank you nad! muahahahaha... nasib baik kita chat semalam kan, Nad? nasib baik aku bagitau kau pasal info terkini tu kan Nad? kalau tak, mesti aku tak perasan yg dia sama course ngn ko =P hehehe... *Aku dah jadi makin jahat! terima la hakikat ni...*


P/S: Aku confuse.. Hatiku nak pergi je Larkin tu.. tapi, Kak Lela dah bersusah payah pulak tolong mama I supaya tukarkan I ke UiTM Lendu, Melaka... pergi je la mana-mana... asalkan cepat habis belajar, cepat boleh kahwin! *sigh*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Cuaca sekarang ni panas, kan? so, I decide nak potong rambut. Sabtu lepas, 9 Mei 2009 I potong rambut kat salon yg kat taman permata tu. I ade hair stylist favourite kat situ. Akak tu org sabah. I tak suka tauke kedai tu yg potong rambut I. nnt nampak mcm pelik je. macam rambut org asli =P apapun, I suka my new hair walaupun xde la jauh beza fesyen lama ngn baru sebab, fesyennya tetap sama. yang bezanya, dulu panjang, skrg ni pendek... =D

P/S: Wahai manusia sekalian, bumi sekarang dah makin panas! Aku ni pulak asyik nak naik angin je sejak dua menjak ni... jangan salahkan aku.. badan aku panas, aku jadi tak selesa...


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


OMG! Sudah la hari Khamis malam ari tu telefon rumah rosak. But, internet ok ok aje. But, since semlm, ahad; 10 Mei, Internet pulak buat hal. dah la orang nak accept tawaran UiTM ni. isk! Kejap ok, kejap tak ok. tensi! Nasib baik dalam ketidaktentuan line internet tu, sempat jugak I accept tawaran dari UiTM ngn print ape2 dokumen yang patut.

P/S: Internet ni pun tau naik angin tau. Ni semua gara-gara cuaca yang panas ni...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Hari Khamis, 7 Mei 2009...

Lebih kurang pukul 9.15 malam, kitorg bertolak pegi Jusco Au2 sebab nak beli A&W float.. nyummyyy... dah alang2 pegi jusco tu, mama nak pegi survey recorder utk I guna masa kat UiTM nnt.. mama yg nak belikan.. I amek je la =P

*masa I post entry ni, I teringin sangat nak minum float ni. kan best klau A&W ade kat depan rumah je!*

Masa nak pegi bahagian elektrik tu, mama ngn ayah terserempak ngn kak ayu, pak anjang ngn mak anjang.. pastu ade adam ngn aman ngn anak pak anjang yg perempuan tu. *maaf. tak tau nama!*

then, pak anjang bgtau ayah yang that time abang wan ngn partner dia buat majlis pembukaan utk franchise Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. OMG! macam tak percaya je. ayah dah merajuk dah. sebabnya, abang wan x jemput kami pun walhal rumah kitorg dekat sgt. diaorg duk permata 5, kitorg dok permata9. then, bila pak anjang dah bgtau abang wan yg kitorg ade kat jusco tu, baru ler abang wan tepuk dahi. katanya terlupa. aish.. ape2 je la..

Apapun, All the best ok! :)

P/S: Syiqa pun nak buat business sendiri jugak! sebab tu la syiqa amek risiko untuk amek accountancy.. :D
*ade kne ngena ke???*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Semalam I ngn tiqa plan nak pegi jalan2 area permata ni je. Then, I decide nak pegi umah dia. Bila dah sampai umah dia, Tiqah(NAY) tanya I:

NAY: Nak pegi jalan mana ni wey?
Syiqa: Ntah. Suka hati kau la
NAY: la. mne nak pegi ni?
Syiqa: Mana aku tau, aku ikut kau je. kita dok fikir2 nak pegi mana, skali kita pegi Jusco sat g.
NAY: ha. pegi Jusco la.
Syiqa: Ok je. naik bas?
NAY: ade ke bas nak pegi sana? Aku nak pegi jusco AU2 tu. dah lama tak pegi kot.
Syiqa: Ouh. ok je. nak pegi naik ape?
NAY: ntah.
Syiqa: Abes tu?
NAY: haaa! EDAT!

disebabkan kakak tiqa yg Edat tu baik hati, beliau dan kekasih hati beliau telah bermurah hati menghantar kitorg berdua ke jusco AU 2. di jusco, kami beli selipar dan I beli purse dan tiqa beli baju.. muahahaha... pokai aku.. I abes RM40. sebab:

RM20...

RM10.. Bonita :)

lagi RM10 I beli float kat A&W.. hehehehe... Actually, harga selipar tu RM29.90. Pastu, mamat yg keje kat TL tu kata dia kenal I. Dia sekali tuisyen ngn I kat Titian Cahaya Masa Form 3 dulu.. wakakka. Nasib la kau. Aku tak kenal kau pun.. Ala.. macam la aku tak tau, kau tegur aku sbb ade Tiqah tu kan? Cuba klau aku tak dtg ngn tiqah.. sure kau buat bangang je,kan??? kan?? kan??? Apapun, terima kasih la sebab bagi pinjam kad ahli TL kau tu.. hehehehe.. dapat jugak kitorg diskaun 30%.. wek wek wek =P

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I dah dapat surat tawaran dari UiTM.. ngeeee :D Dapat course yg Cikgu Anwar suruh buat tu.. Alhamdulillah.. :)

SURAT
TAWARAN
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi Mara

40450, Shah Alam Selangor, Malaysia
Tel: (603)5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my




FATIN NUR'ASYIQAH BINTI RAHMAT
NO _ _,JLN AU 5D/2B,
OFF JLN PERMATA 9, TMN CEMPAKA
53300, HULU KELANG
WP K Lumpur
No Pelajar: 2009433618
No Kad Pengenalan: 910104-_ _-_ _ _ _




Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (AC110) Sepenuh Masa


DIPLOMA PERAKAUNAN


PERAKAUNAN

Kampus: J3 - UiTM Kampus Larkin
Semester: JULAI 2009





Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: UITM KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU LOT PTB 18804 HS(D) 164867,

JALAN HEMAN,KG. AMAN LARKIN, JOHOR BAHRU


Tarikh: 27/6/2009

Masa: 8:30AM - 4:30PM


P/S: I know I will miss you. Tapi, ini sahaja jalan yang aku ada untuk aku buktikan yang aku lebih hebat dari dia. Memang dari fizikal, dia hebat. Tapi, aku ada spirit yang mungkin tak ada pada dia. :)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Manusia mmg ade pelbagai ragam; antaranya hanya pandang org2 yg ade kuasa dan pangkat aje... Nak tau kenapa I ckp mcm ni?

Alkisahnya..

tadi my dad suruh I pegi tukar duit Rm50. then, I pegi la kat salah sebuah kedai alat tulis kat Taman Permata tu. Kakak tu ckp dia ade duit RM10 tu, tp nnt x cukup pulak untuk diorg guna. xpe la. I faham. Then, I pegi la restoran sebelah kedai alat tulis tu. Memula tauke tu cakap takde. then, bila dia nampak I pegi kat my dad and ckp "tak de duit tukar la ayah!", tauke restoran tu terus ckp "eyh. ade ade ade. nanti saya tengok. saya tak kenal tadi" *pak cik tu maksudkan yang dia tak tau yg I ni anak ayah I*

Frankly speaking, my dad xde la berpangkat tinggi sangat pun. my dad bukanlah wakil rakyat, Menteri Tertinggi lagi la bukan!... Tapi, my dad ade la sedikit kuasa nak luluskan beberapa perkara terpencil berkaitan ngn Imigresen. And now, my dad berada di "kerusi" yang tinggi sedikit dari Ketua Pejabat Imigresen yg mana pernah di sandangnya selama 5 tahun.

So, you all boleh la fikir sendiri betapa org yang tak ade apa2 kepentingan dilayan, kan? My dad pernah cakap:

"kalau ayah dah pencen nanti, agaknya org akan panggil ayah 'Pak Mat' je la... sekarang ni boleh la org panggil ayah 'Encik, Tuan, Bos'..."


P/S: Diskriminasi!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Siang td I terkejut bila dengar lagu :

"kau gadisku yang cantik... cuba lihat aku di sini.." I terkejut la. takkan Eena ni pegi tuisyen tak bawak hp kut? (since hp Eena pnye message alert lagu puspa tu...) then, I berkejar la kat arah bunyi lagu tu.. La... HP aku rupanya! I pelik la. spe yg tukar ringtone tu.. Bila I sampai kat my hp tu je, lagu tu berhenti. Eh. tak sabar betul org yg call ni! Then, bila I tngk screen tu dia tulis:
KFC Sazali *I terlupa yang I set lagu tu untuk call dari nombor Zali...dia tak pernah call I. so, mcm pelik la bila dgnr ringtone tu*
OMG! Ni sejak bila mamat sorg ni rajin call aku ni? Selalunya, credit aku yang abes call dia. Selalunya, asyik icon out going call je yg ade kat sebelah nama dia kat my "calls" list. kali ni "missed called" icon la pulak! Isk. Buang tebiat ke mas? *ajuk longat indon. hanya org terdekat je faham knp!* then, I call dia balik...

Syiqa : weyh. apehal call?
Zali: tak de. aku salah call. aku nak call member aku td. tersalah call kau.
Syiqa: oi. kau tak save nombor aku ke? takkan dalam banyak2 nama dlm list tu, salah tekan nombor aku pulak?
Zali: Aku salah tekan. ingt kawan aku tadi. ok la. aku nak cepat ni!

Nota @ soalan penting: AKU NI BUKAN KAWAN KAU KE ZALI???

P/S: Dah 3 minggu jogging ni. takde pulak terserempak ngn Abang F tu. yang Afif tu pulak dah berapa kali terserempak ngn Abang F tu.. Isk. sedih sungguh hatiku... =((
*tak sabar nak tunggu 6 Mei. Boleh booking date untuk test JPJ! yey! harap2 la mak Cik Ina bagi I booking date test tu... Kalau tak, terseksa batinku... pssttt.. tak sabar nak prgi dating ngn Abang F tu sebenarnya! hehe...*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Tadi, kami pegi 1 Utama semata-mata nak tengok wayang dan makan KFC.. muahahaha.. hebat kan? pastu, Ainil main game sampai habis RM20.. OMG! rajinnya! I main RM2 sahaja :P Punya la seronok main game, tengok wayang, makan2, kami pun balik la rumah. Ban emo ngn Hasmira. tapi, ban ngn Aina hantar Ainil pegi Istana Budaya. Aku ngn Hasmira naik kereta Hilmi. Suzuki Swift..OMG! Helmi drive 100-110 km/j pun I tak terasa yang Helmi tengah drive laju. Rasa macam 60km/j, ok! tak tau la sebab I ni dah ketagih dengan kelajuan or mmg kereta Mak Helmi tu mmg sangat selesa.. muahahaha.. I sampai rumah pukul 6.30. Then, Mak Aina call. Tanya pasal Aina ngn Ainil. I bgtau je la ape yg betul. *Sejak bila aku ni jadi informer kepada ibu2 kwn2 aku ni? xpe la. aku buat benda betul. bagi info pada yang berhak!* But then, Aina kena grounded. OMG! Aina tak boleh keluar rumah sampai la tarikh pendaftaran untuk Matrikulasi 11 Mei ni. Alahai. Sorry Aina. Aku harap, aku bukanlah penyebabnya... Kami amek gambar dengan banyaknya. Tapi, semua gambar tu dlm HP Ban. isk. sedih!

Mencari cinta... =P

Biarlah aku pergi.
Aku akan kembali jika takdir mengizinkan...
*Geli la bijak!*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Mereka "laki-bini" ada satu habit yang sangat menjengkelkan. Sama-sama tak reti jawab telefon. *sigh*.. abaikan je la isu tu sebab that "baby girl" pun dah jawab phone. Cuma "baby boy" nya pulak yg x jawab. agaknya sebab sibuk kerja kut. Muahaha. Ape2 je la. yang aku tau, Mat Jali tu kata aku ni mengada and manja. muahaha. aku kisah lagi?

Aku ni sebenarnya agak musykil la jugak kan bila "baby girl" tu tak jawab phone after berbelas@berpuluh kali aku call dia. Aku rasa la kan, that girl komplot ngn zali dulu kot baru dia nak jawab phone tu. Hurm. apa-apa je la. Nak kena panggil Ainaa.. nak mintak Ainaa tolong analisis sikit "baby girl" tu...

(perhatian: Aku takkan berhenti call orang kalau aku mmg nak sgt ckp ngn dia. Tapi, korg jgn buat perangai macam zali and "baby girl" dia ni sebab aku cepat hangin satu badan klau aku call korg, korg x reti nak jawab phone)

Aku sebenarnya nak je tergelak sakan bila "baby girl" cakap yang dia ada kat Kem PLKN kat Jempol, pastu ade la lagi data pasal akademik dia. "Baby girl" tu macam terkejut je bila aku cakap "err.. you got 7 A's for your SPM, right?"

*Cop...cop...cop.. I did notice sumthing! Jempol? OMG! Zali, jangan cakap kat aku yang masa kes kau ponteng kerja hari tu sebab kau pergi jumpa dia! Sebab, masa tu kau cakap pakcik kau sakit kat Negeri Sembilan, kan? kan? kan? How dare you!*

What ever la.. Ape yang penting, I hope I can treat her nicely because Zali love her. Opsss.. Ye ke? Macam mana kalau teori Ainaa tu betul? Muahaha..

P/S: Aku akan apply ape yang Cikgu Anwar ajar tu.. Thank you, "Uncle" Anwar! hehe..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Puan Noor dah upload gambar2 pelajar SPM 2008 yang tuisyen kat Titian Cahaya yang dapat good result...

1) Gambar2 pelajar
2) Keputusan peperiksaan SPM2008

P/S: Ini baru permulaan,OK! Aku akan buktikan aku lebih hebat dari dia!


*Kau faham bahasa Melayu, tak? Aku tak ada apa-apa dgn Mr. Physics Man tu. yang kau sibuk nak tuduh aku ade scandal ngn dia tu apesal ha?*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


"Kau ni API DALAM SEKAM"

Cakap la ape yang kau nak cakap. aku tak peduli. Yang aku tau, kau tu LOSER!
Semakin banyak rahsia yang akan terungkai.
Ape yang penting, JUJUR dan IKHLAS!
Jangan bercakap tentang PERCAYA kalau kau tu PENIPU!
Jangan bercakap tentang "FACE-TO-FACE" kalau kau tu HIPOKRIT!
Apa yang aku tahu, aku akan buktikan yang AKU LEBIH HEBAT daripada gadis yang kau banggakan sangat tu!
Apa yang kau perlu ingat, AKU BUKAN SELEMAH DAN SEMANJA yang kau fikirkan!

P/S: Hati aku dah makin tawar. Jangan cuba nak berikan harapan palsu lagi. Aku dah letih!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


I don't need anyone to take advantage
of my weaknesses or my strengths,
I need someone who will appreciate
me for everything that I am.


Seperti biasa, I bangun nak pegi jogging.. tapi, hari ni kena buat keje ckit. Kena jemur baju yg I basuh semalam. mama tak sihat, so, I kena take over keje tu.. time tgh sidai baju tu, mama ajak pegi Melawati; nak bayar duit kereta. balik Melawati, nampak pulak Sir Bob kat traffic light. Muhahaha.. ape2 je la. then, pegi giant; beli cheese ngn biskut...pegi tapah; beli surat khabar... balik rumah, sambung sidai kain. lepas sidai kain, pegi jog. walhal time tu dah 8.45 pagi! grrr.. nasib ari ni Abang F tu takde... beliau cuti.. muahahaha...

Pegi padang tu ikut jalan short cut, walhal mama tak bagi sebab bahaya. Kali ni I degil; sebab dah lambat! janji pukul 8 pagi, ok! sampai2 je Ban nak balik. Ban touching pasal kes sunway. But, life must goes on, kan? I, Smira, Aina ngn Afif main badminton. Kami main mcm org gila lagi. asyik ketawa je. Hari ni I baru sedar yg Afif tu boleh kahwin 2 sebab beliau adil.. kami main badminton 2 lawan 1. I ngn Smira, Afif sorg. Aina tukang tengok sebab dia penat. Afif mmg adil. Dia bagi bulu tangkis tu gilir2 kat kitorg.. (ayat kamus ye!).. korg jgn bgtau Hafizah tu pulak yg I kata Afif ni boleh kahwin 2. mau mati aku nnt wey!

lepas main badminton mcm org gila, kitorg buat keje gila lagi. Kitorg baring kat court badminton tu! kiri sekali Afif, sebelah Afif Aina, sebelah Aina Smira, sebelah Smira is Syiqa... muahahahaha.. bengong betul! time tengah baring2 tu la kitorg perasan yg dust dalam udara ni sebenarnya sangat cantik. Sebab, time tengah baring tu kan kitorg menghadap awan. pastu, cahaya matahari kan dari atas langit tu. so, dust tu terkena pancaran matahari (ayat kamus lagi!) ... sebab tu la dust tu semua nmpk cantik sgt. dia nampak mcm berkelip2... I'm so excited bile tengok dust tu macam tu.

P/S: Ni la kelebihan hang out ngn kawan-kawan; berbanding hang out ngn kekasih.. sebab, bila hang out ngn kengkawan, kitorg bebas jadi diri sendiri. Boleh baring2 suka hati kitorg je.. kalau hang out ngn kekasih, sure org ingat kita buat maksiat, kan? pastu, kena control2 depan kekasih kita tu.. supaya tak kantoi siapa diri kita yang sebenar! muahahaha

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang