H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Tadi pegi hospital besar KL. Melawat Pakmok. Bawak Dina skali. Hari ni Dina cute sgt. Dia gelak2. I sakat2 dia. Kak Yah sakat2 dia.

Lepas g hospital, kitorg g kampung baru lak. Pegi rumah mak cik yam. (aku sebut nme diorg, bukannya korg kenal pown! haha) Husband dia sakit. Tapi dah keluaar hospoital dah. I ngn Kak Yah makan dengan laju@berseleranya.. Dah lapar. nak wat cne? Cucur udang Mak Cik Yam tu aku sental dulu. hahaha. sedap wey. satu cucur, satu ekor udang. besar lak tu udang dia. perghh.

Balik dari Umah mak cik yam, kitorg g karaoke kat Ampang Park. Karaoke lagi? Ya! haha. kak yah plak nk lepas gian. bawak dina. Dina pnye la excited! haha. kelakar je tgk dia joget2 time kak yah nyanyi. lagu Dokter Cinta plak tu. isk. Oh ya. Ada sorg staff kat situ kawan sekolah I. heee :D I tak ingt nama dia. tapi I ingt rupa dia. Kitorg xde la rapat sangat since I penegak "keadilan" and dia pulak penumbang "keadilan"... Masa sekolah dulu I mmg blacklist la manusia2 yg ske broke the rules nih... hahaha... bila dah habis sekolah ni rasa macam nak berbaik lak ngn mamat tu... lalalalala. Tak sempat pun nak sembang2. Pastu, Time diorg nyanyi, I bwak Dina pegi beli air. (spt biasa, I tak nyanyi) Masa kat kedai tu la Dina buat cerita. Ayoyo.

Syiqa: Dina, jalan la. Penat la dukung Dina.
Dina : *&/?&^% ( aku x faham ape dina ckp sbnrnya. dia membebel sensorg)
Syiqa: Haa. Jalan.. jalan.. tak mo masuk situ. sini la.. (tarik tgn Dina)
Dina: Nak!!! ( dengan muka yang tersenyum kegembiraan, dia tekapkan tgn kat peti air tu.)
Syiqa: No no no... Air Dina kat sini... (dukung dina and bukak peti yang ade air soya ngn asam jawa)
Dina: Nak! (aku pun bg la dina pegang satu botol air)
Syiqa: Dah. bayar kat abang. (Dina amek duit kat tangan aku and hulurkan kat cashier tu) Ok. Cakap terima kasih.
Dina: (senyum2)
Syiqa: dah dah dah. jalan la. penat!
Dina: *&/?&^%
Syiqa: eyh. mana kasut Dina? (sambil tgk kaki Dina and tinjau balik dalam kedai) bertuah punya budak! tercicir kat dalam la! (gelak gila2; abes terbantut niat aku nak control cun! ceis!)

Ahaaaaa.. Btw, last song tadi I nyanyi! haha. akhirnya! Setelah sekian lama menemani family g karaoke, baru tadi I berani nak menyanyi! lalalalala :-" Rasa macam nak nyanyi lagi la! =D

balik daripada karaoke, kitorg (mama, eena ngn I) lepak kat Restoran Haji Tapah plak. Memula kitorg sembang2 cam biasa. then tetiba tu ade la 2 susuk tubuh milik perempuan melayu dan kemungkinan besar beragama Islam. x cukup kain ngn beberapa org jejaka dtg. duduk blakang meja kitorg je. Minah 2 org tu pkai baju, masyaALLAH! sorg pkai baju putih(bukan baju, selayaknya panggil daun pisang yg dijahit jd "pakaian") dengan skirt pendek yg sangat jarang. mama kata dia pakai G-string. nauzubillah! baik bogel je! pastu sekor lagi pakai macam kain lilit patung kat kedai2 kain tu ngn skirt pendek jugak. kalau pendek mcm Scha selalu pakai tu boleh diterima lagi. ni pendek sungguh. selak sikit dah bleh nmpk lebat ke x bulu dia. Dah la pakai gtu, hisap rokok plak. Nauzubillah. Moga2 kitorg adik beradik dijauhkan dari jadi macam tu. Moga2 doa mama di makbulkan Allah; yg mana kami 2 beradik x terjebak. Mungkin itulah hikmahnya kenapa Allah kurniakan kami 2 beradik ngn badan yg besar dan sihat ni.

Bila mak ngah ngn kak yah sampai, kitorg bertambah rancak la berbual@bergosip. yg jadi bahan gosip adalah nenek I. hahaha . Ampun ye mak! gosip pnye gosip, my auntie bukak cerita. dia kata tadi masa kat tmpt karaoke tu dia nmpk ade org melayu (dlm 3-4 org) order arak 2 jag! masyaALLAH. Mmg la perkara macam tu dah menular dalam Malaysia ni. tapi, tak sangka plak berlaku depan mata. I ni bukan baik sgt. tapi agak rimas dan takut jugak! Mudah2han org2 kesygan I tak terjebak ngn benda2 macam tu. For me, kalau nak berhibur dengan berkaraoke tu tak salah, as long as tak dicemari ngn benda2 yg merosakkan akal, tubuh badan@kesihatan dan susur galur keturunan. *Sejak bila aku jadi ustazah?*

P/S: Dah jumpa tempat nak karaoke kat Wangsa Walk. huhu..

gambar ni masa pegi zoo hari tu. tadi tak amek gambar Dina pun :D

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang