H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"


Kurang 1 jam dari sekarang, kalendar 2009 akan berakhir. tiada lagi tercatat nombor 2009 pada kalendar yang akan datang. 2009 telah pergi, pergi meninggalkan kita semua buat selamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang akan di iktiraf sebagai sejarah. Saya akui, sepanjang tahun 2009 ini, pelbagai onak dan duri telah kita lalui.

Saya tak mahu menyentuh tentang kenangan dan pengalaman orang lan. Cukuplah sekadar mengenang dan meninggalkan sejarah itu di sini. Di blog kesayangan saya ini. Jika satu hari nanti saya merindui kenangan sepanjang tahun 2009, blog inilah yang akan menceritakan semula sejarah saya. Rasanya macam baru lagi saya ucapkan selamat tahun baru 2009, selamat tinggal 2008 yg penuh cerita suka duka.

Semasa mengucapkan selamat tinggal tahun 2008 dahulu saya berada di KFC Taman Melawati. Menyelesaikan tugas bersama dengan 'dia'. Kami bergurau senda, walaupun kadangkala gurauan dia mengusik hati saya. Tapi sekarang, detik ini, saya kembali ke blog ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 di rumah yang menjadi tempat saya membesar dan berlindung sejak saya dilahirkan. Bukan lagi di tempat yang menyaksikan cinta dalam hati ini bercambah, dan seterusnya dimusnahkan tanpa belas kasihan. Tambah satu lagi tahun yang penuh suka duka dan menambahkan pengalaman dalam lembaran hidup seorang gadis yang bernama Fatin Nur'asyiqah Rahmat.

Tahun 2009 bermula dengan kisah cinta yang penuh kisah duka dan banyak membazirkan air mata saya. Sepanjang tahun, kisah itu tak pernah berakhir, sekadar surut. Kemudian, kembali bergelora dan menghentam hidup saya. Kesedihan dan kelukaan saya di balas dengan keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, saya memperoleh lesen memandu (Sesuatu yang memang saya idamkan sejak dari bangku sekolah lagi), saya diterima masuk ke UiTM dan ditawarkan jurusan yang menjadi keutamaan saya, dan memperoleh keputusan yang agak cemerlang walaupun tidaklah secemerlang Ainaa Kamal & Ayie... Tapi, cukuplah untuk menggembirakan ibu dan ayah saya, cukuplah untuk memulakan langkah bagi memperoleh anugerah Naib Canselor (Tingginya impian. tapi, tidak salahkan kalau itu target saya.. kalau itu impian saya? Kenapa orang lain boleh buat? Kenapa tidak saya?)

Kalau itulah ganjaran atas segala kesedihan yang saya alami, saya redha. Mungkin, kalau saya memperoleh cinta dari seorang lelaki yang saya harapkan itu, adakah saya mampu melompat kegembiraan tatkala melihat keputusan peperiksaan semester pertama saya? mungkinkah saya memiliki apa yang saya miliki hari ini?

Saya memiliki keluarga yang hebat, ibu bapa yang memahami kehendak saya, ibu bapa yang sentiasa cuba memenuhi kehendak saya. Adik yang sentiasa memahami perasaan saya walaupun kadangkala saya salah faham dengan niat adik saya, walaupun saya sering kali memarahi adik saya. Nenek yang sering mengambil berat tentang saya walaupun pada zahirnya saya menganggap itu sebagai gangguan.

Saya memiliki apa yang saya inginkan. Tapi, saya tidak memiliki cinta yang saya harapkan. Saya sering berfikir sendiri, kenapa nasib saya tidak seperti kawan-kawan saya? Mereka memiliki segalanya. tapi, mungkin saya silap. Mungkin mereka juga tidak memperoleh apa yang mereka harapkan, tetapi saya memiliki apa yg mereka harapkan itu.

Sepanjang 2009 saya mula belajar melakukan perkara-perkara yang negatif. Kerana saya dipengaruhi oleh rasa kecewa lantaran gagal memiliki cinta seorang lelaki. Saya mula pandai menyakiti hati orang lain. Saya mula pandai menjatuhkan maruah orang lain. Saya gembira dan puas hati apabila saya berjaya menyakiti hati orang, saya tersenyum apabila orang itu sedang marah. Semua itu disebabkan perasaan benci dan marah.

Tapi, saya terlupa. Saya sebenarnya memiliki sekeping hati yang Allah kurniakan untuk menyayangi semua orang. Saya tidak boleh pilih kasih. Saya tidak boleh berikan hati saya itu kepada seorang lelaki yang tidak pernah peduli tentang saya, dia tak pernah ambil berat tentang saya, dia juga mungkin tak pernah mendoakan saya, tak pernah mengingati saya, tak pernah terdetik dalam hatinya untuk menggembirakan saya, tak pernah cuba menghadiahkan sesuatu pada saya sempena ulang tahun kelahiran saya. Tak pernah! Cuma saya seorang yang cuba lakukan itu semua demi menggembirakan dia. Saya tidak berniat untuk mengungkit, tetapi sekadar alasan untuk menyedapkan hati demi menjaga hati sendiri agar tidak terus terluka. Tapi, dalam masa yang sama, saya tetap berdegil dan menyatakan saya cintakan dia dan mengharapkan dia. "Allah closes one door, but he opens another door" Ainaa & Tasha, mungkin betul apa yang korang cakapkan =)

Oh ya. 2009 juga menyaksikan betapa Allah sayangkan kami sekeluarga. Allah kurniakan rezeki kepada kami. Terlalu banyak rezeki yang Allah kurniakan. Kesihatan yang sempurna, roh kami yang masih berada dalam jasad kami, kewarasan akal dan sebagainya.

2009 menyaksikan perpecahan yg semakin ketara dalam keluarga besar kami. di sebelah pihak A, sepupu-sepupu saya melancarkan perang dingin pada keluarga makcik2 diorg. yg sebelah pihak B pulak sepupu-sepupu saya bercerai-berai. Semua ini sebagai ujian. oh. selain tu, ada sepupu dari pihak B yang melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Disembar yang lalu. Tahniah. Semoga tabah menjalani liku-liku hidup berumahtangga dan fikirkan sebaik2nya setiap keputusan yang hendak dibuat. <-- mama & ayah yg pesan! =)

Sebentar lagi 2010 akan menjelma dan 2009 akan mengucapkan selamat tinggal. 2009 tidak akan saya lupakan. Kerana, 2009 banyak menyimpan rahsia saya.

2010 akan bermula dengan menyaksikan usia saya bertambah satu lagi angka pada minggu hadapan. Semakin dewasa, semakin banyak tekanan dan cabaran yang perlu saya hadapi. Semoga saya tidak tergelincir dari landasan lagi. Semoga tiada lagi kisah "lauk mencari pinggan" yang menjadi hiasan blog kesayangan saya ini. Banyak impian dan harapan saya untuk tahun 2010 ini. Saya berharap semoga majoriti impian dan harapan saya bakal menjadi kenyataan =) Saya tidak mengharapkan semuanya menjadi realiti, kerana saya sedar akan kemampuan saya. Saya akan cuba mencapai sebanyak mungkin impian saya.

Selamat Tinggal 2009 yang penuh kisah duka, selamat datang 2010 yang menjanjikan bahagia =)

Semoga 2010 akan melakar lebih banyak kejayaan dan cerita gembira, seterusnya menenggelamkan cerita kegagalan dan duka sebagai hiasan diari hidup kita..

Semoga kau sentiasa bahagia dengan setiap pilihan dan keputusan yang kau buat
Aku mohon, jangan cuba padamkan ingatan kau tentang aku.
Kerana, aku sendiri tak akan cuba memadamkan setiap kenangan tentang kau.
Aku redha andai masa yang membawa pergi kenangan itu
Aku doakan semoga kau berjaya dalam hidup dan memperoleh kebahagiaan yang kau harapkan


P/S: Selamat Tahun Baru, Sayang.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Masa on9 Blogger ni, ada 3 comment yang I kena moderate. Huhu. Sangat terkejut dan gembira bila tengok si peng'komen' tu. huhuhu...

Thanks for visit my blog, Abang Hill! =)

P/S: Mari pergi Jusco. =)
Tapi bukan AEON AU2 ye. =(

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Whoaaa.. malam ni ade org tu tido dengan senyuman lebar! Huhu

Almaklum la.. dia dapat laptop baru, dapat MP3 baru, Nine Phyne Ballerz reply cmmnt dia. huhu...

Tahniah la. Jangan sombong2 ngn aku sudah la yer ;)

Penat kaki aku weyh jalan2 lowyat tu cari laptop utk minah tu. duh -.-'

P/S: Even if I said I don't love you anymore, that means I'm lying.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Tadi pegi klinik kat Taman Melawati, nak jumpa dengan doktor pakar kat situ. Erm. Lepas jumpa doktor, I cakap kat mama:


Syiqa: Mama, mesti bil ni Rm50-RM60, kan?
Mama: maunya. Dalam Rm200-RM300 tuh!
Syiqa: Isk. tak kan la.

Sekali tu, bila pegi kaunter and nak amek ubat I,

Pemb. Klinik: Syampoo ni pakai 2 minggu sekali, ubat ni sapu pagi, yang ni sapu malam, yang ni makan sehari sekali, yg ni pulak makan sehari sekali jugak. Semua sekali RM395.
Syiqa: Mama, doa mama dimakbulkan Allah. RM395.
Mama: MasyaAllah! Harga bil satu semester kau!
Pemb. Klinik: ubat ni mahal. Sebiji RM12. (sambil tunjuk pil yg warna pink+biru)
Syiqa: Ouh. Ok.

*Phewwww... mahal sungguh. mama siap bagi warning 'RM400 bil klinik kau. Jangan cakap mama tak hiraukan kau yer!' *

P/S: Takziah kepada keluarga roomate Danny yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh allahyarham Shaiful Akmal dicucuri rahmat Allah dan berada bersama roh orang-orang yang Solleh

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Tengah hari tadi balik Kampung Kelemak kat Alor Gajah. Hantar 2 beg baju, satu beg perfume, satu container kecil stok makanan, 2 kotak kecil aksesori, satu set speaker laptop...

lepas tu, I amek buku2 and file2 yang I tinggalkan kat kampung tu. Huhu. I amek study plan jgak sbb nak register subject. Huhu. Macam tak ramai je yg dah register subject utk group I. I tgk group DIA 2E ke 2F, dah ramai dah yg register; lebih kurang separuh dari max student. duh.

Banyak jugak barang nak bawak balik kampus. Oh ye. I dapat bilik and kolej yg sama mcm semester lepas. Alhamdulillah =)

27 Disember ni kawan2 yg baru nak masuk part 1 akan register. Next week turn kitorg plak. Sedihnya.. Tahun ni tahun pertama celebrate birthday tanpa keluarga di sisi. Nina, aku bakal merasai perasaaan ko =(

4 January semester baru akan START, 3 January cuti semester akan END.

Lepas balik kelemak, kitorg makan2 kat Alor Gajah. Makan cucur udang. then, pegi Kampung Tanjung Rimau Luar plak. tgk keadaan rumah kampung sebelah mama pulak. (Kelemak tu kampung sebelah ayah).. Mama plan nak buat rumah baru atas tanah rumah lama tu since rumah lama tu dah diwarisi sejak zaman moyang kitorg lagi. Whoaaa.. Lama betul! So, faham2 la dengan keuzuran rumah tu...Pastu, kitorg g Kampung Gadek, melawat Mak Cik Dara. Last skali pegi rumah Mak Cik Siti. Then, sampai KL je nenek Busu, Atok Busu, mak cik Yam, and pak cik makmur sekeluarga datang rumah. Mama punya la excited. Huhu. Ye la. Saudara yang lama dah tak jumpa. Actually baru2 ni kan kitorg pegi Singapore. Kan duduk rumah nenek Busu? Masa raya hari tu baru jumpa balik saudara2 sebelah arwah atuk sebelah mama =) Oh ya. Anak Mak Cik Yam handsome la ;) Awak, awak mmg peramah ye? Saya seronok ada dua pupu yang peramah and happy go lucky macam awk ;D


P/S: Will you remember the date?

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Dia dah semakin jauh...

Aku dah semakin letih berlari...

Kalau aku teruskan juga, bermakna aku hanya mengejar bayang-bayangnya...

Aku ingin bebas mengejar impian...

Tanpa di hantui oleh bayang-bayang cinta yang tak pernah mendekatiku...

P/S: Allah telah memakbulkan doaku.. DIA telah menjauhkan lelaki itu dari hidupku...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Semalam tengok AVATAR. My God! Lepas keluar panggung tu rasanya macam nak pegi lari kat kaunter tiket and beli tiket lagi. Duh. Apakan daya. (-.-)


Sebelum movie start:

Mama: Kak Long. Panggung berapa?
Syiqa: 12. (confident giler; sambil keluarkan tiket)
Eena: Mama, adik nak pergi tandas kejap.
Mama: Ok. Mama tunggu kat panggung.

*Bila sampai depan panggung 12*

"Nape tak ramai org? Avatar ni bukan ke box office? Bukan ke tadi dah nak habis tiket?" <--monolog dalaman dari dalam diri syiqa.

Mama: Eh. tak start lagi? (masa tu dah 5.20)
Syiqa: Alhamdulillah. tak start lagi. cari tempat duduk. (dalam hati --> "Eyh. tadi ade wing kerusi panggung. ni nape center je? Dah tu, nape lengang gila?"

Tak lama lepas tu, Eena sampai. Kitorg pun masuk la dalam panggung and cari tempat duduk. Skali tu, I pandang tiket balik.

Syiqa: Eyh. Ni panggung berapa? panggung 12, kan?
Eena: Haah. Npe?
Syiqa: SALAH PANGGUNG!! PANGGUNG 2 la! bukan 12!!
Mama: Agtaghfirullah!

*Masuk panggung 2 je (dah tentu2 la panggung 2 lebih besar dan lebih padat penontonnya) AVATAR dah start. Masa kitorg masuk tu Colonel Miles Quaritch tengah bagi kata-kata semangat kat anak2 buah dia utk masuk planet Pandora. Lepas tu Jake Sully tgk AVATAR dia. huhuhu.. sedih tak dapat tgk dari awal lagi. Pape pun, Parker (Giovanni Robishi) tu muka dia sebiji macam cikgu Anwar. Perangai degil tu pun sama jugak. lalalalala~

P/S: Abang Ejam suruh aku pakai baju anak mak cik Timah yg ada tulis "Aku buntu tanpa dia di sisi"

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ok. Sila tarik nafas panjang2 kalau anda berminat nak baca post ni. Kalau tak sanggup untuk baca post yg panjang lebar ni, sila close browser anda secepat mungkin.

Pagi Jumaat, 18 Disember, mama kejutkan kitorg awal2 pagi lagi. Ye la. nak bersiap and bertolak sebelum pukul 8. Last2, kol 8.30 baru nak bertolak dari rumah Mak Ngah since Kak Yah ngn abang Ejam tengah packing barang time kitorg sampai. Bila sampai kat R&R Seremban, kitorg berhenti utk breakfast. Burp. Lepas kenyang, kitorg teruskan perjalanan smpai Senai, Rumah Nenek Busu. Lepas lunch kat Umah Nenek Busu baru check in hotel seri malaysia Larkin. *Whoaaa... Daerah yg jadi tempat buangan I kalau mama tak tukarkan I ke UiTM Alor Gajah. Haha.

Petang baru bertolak masuk Singapore. Ok. Perenggan ni ada story yg panjang! Masa kitorg nak lepas checkpoint Imigresen malaysia, xde masalah sgt sbb ayah tunjukkan Authority card dia kat staff Imigresen tu. So, diorg x banyak songeh la. Opsss. Ayah tunjukkan kad kuasa dia bkn sbb nak berlagak ke apa. Tapi sbb dah itu peraturannya. Tapi, masa nak masuk Singapore, perghh. Gila babi la curiosity staff Imigresen dia. Dah la tanya macam2 soalan macam kitorg ni penjenayah, pastu tak percaya plak tengok muka I ngn adik I sama. Dia tanya nak pergi mana? buat apa? Pastu bila mama cakap nak pegi Beduk (Actually this is first time mama ngn ayah masuk Spore since the last time diorg pegi sana. About 26 years ago, man!) Pastu, IO tu tnye:

IO S'pore: "Why r u going there?"
mama: For holiday, and to visit our family.
IO S'pore: There is no hotel in Beduk. (IO tu wat muka pelik sbb tgk passport ktorg xde record masuk Spore lagi)
mama: Yes. But we stay at their house. actually we're convoying with that car, next to ur counter. Why not if u ask them?
IO Spore: Brother! This car is convoying with that car, where are they going?

Ok. I nak tanya korang yang dah biasa pegi oversea tu... Bila korang sampai kat mana2 border or airport mana2 negara, adakah pihak Imigresen diorg akan minta Mykad korang? Ade ke? Tak de kan? Diorg mintak passport je kan? Ni mamat Imigresen tu sibuk mintak IC kitorg. memula mama hulurkan IC I, Eena ngn mama punya jer. Pastu mamat tu mintak IC ayah plak. Ayah bengang la. Kitorg nak g holiday je, nak kayakan lagi negara korg yg dah kaya tu, pegi treat kitorg macam penjenayah tu ape pasal? Ade muka penjenayah ke kitorg ni? Ayah geram, ayah tunjuk la authority card dia.

Ayah: I'm immigration also...
IO S'pore: Oh. Sorry sir. really sorry. (menyusun sepuluh jari memohon maaf)

Lepas tengok kad ayah tu, baru dia tak banyak tanya. Dia cop passport kitorg, and bukak palang. Gosh. Dah tu, masa tunggu kereta mak ngah yg tak sudah2 lagi IO tu check passportnya, ada IO lain plak tegur kitorg. mama cakap la yg kitorg convoy and tunggu satu kereta lagi. pastu, IO tu mintak passport kitorg. My GOD! I hate this situation. Niat ktorg baik. Nak holiday je! camtu ke rakyat diorg di didik? Supaya sentiasa curiga ngn orang luar? Alahai.

Lepas smpai kat umah uncle Aris kat Bukit Panjang,kitorg siap2 utk pegi Orchard Road plak. Duh, penat siut! Kena naik bas plak. *Malam2 buta nak parking kereta pun kena bayar. Dengan passcard lg, ape la. isk! mana tak kaya S'pore tuh? * -.-'

I love you so much, girl! :-*

Dina with her "DADDY"

Wek. Busuk la ketiak kau, Encik Kuning!

Devil wears PRADA =D

Mari bergosip sambil bergambar! :D

Ok. Smile!

Lepas window shopping, kitorg gerak la nak balik pulak.
*Abg Ejam sorg je yg Shopping. yg lain window shopping je*


Nak beratur beli tiket tu, pergh! Ramai orang, beratur panjang. God! Tapi, Mak Cik Timah yg beli tiket. Kitorg berposing je. Huhu.. Perhatikan gelagat mama ngn ayah kat stesen MRT tu. :-s dari Orchard Station tu, kitorg kena meredah 16 stesen untuk sampai ke Stesen Choa Chu Kang. About 45 minutes gak la. Pheww... Ye la, kena lalu kat Newton, Novena, Toa Payoh, Braddell, Bishan, Ang Mo Kio, bla bla bla... Tapi, last minute Uncle Aris suruh turun kat Yew Tee Station. Nak makan. Duh. Kalau datang tadi naik bas 190, (dalam 20 minit dari Bukit Panjang ke Orchard Road). Dari Yew Tee, kitorg naik balik MRT utk ke Choa Chu Kang. Pastu, naik LRT plak sampai Pending Road. Ntah la. Lupa lak nme station tuh. Tapi, uncle Aris duduk kat Petir Road -.-' Ntah. I tak faham. Yang penting, bila sampai rumah je, sume terus melepet. Tido tak sedar2 sampai pagi esok. Yang bestnya Si Dina punya perangai la. Dia boleh berjalan dalam gelap tu pegi depan tandas and tinggalkan bantal busuk dia depan tandas. Walhal sume orang dah nak tidur. Kak Yah yg rajin layan dia malam tu. Last2 dia tidur jugak. Phewww...

Teka sendiri ape benda ni?
*Jakun tak aku? Kah kah kah! Macam la kat KL ni xde train!*

Whoaaa.. Love you guys a lot!

Beliau yang terlampau kecil. Aku normal je ye!! =D

Inilah ayahanda dan bondaku -.-'

Esoknya, kitorg pegi Sentosa Island pulak. $2 per head. Masuk2 je kitorg tgk pantai dia. Palawan beach. Pergh! Cun siot! Rasa cam nak terjun je dalam laut tu. Pastu, terserempak plak ngn patung2 "lucah"! hahaha. Kitorg ronda2 kat dalam Sentosa Island tu naik train, bas, ngn train mini tuh. Kitorg stop kat Imbiah Station, Amek gambar sume. Ingatkan nak naik Tiger Sky Tower. Tapi, tak jadi sebab hujan. Banyak la tak dapat naik. Kitorg nak naik cable car yg open tu. tak dapat jugak sbb hujan. Duh. xde rezeki. Oh yes! Kat Situ kan ade Universal Studio? Next year baru siap. Sape mau sponsor tiket? I nak pegi sangat Universal Studio tuh =( Huhu.. mama pesan, sem 2 ni kena simpan duit belanja sikit2. tak boleh boros2 kalau nak pegi S'pore lagi thn depan. Kalau ikutkan marah di hati, rasa macam malas@serik plak nak pegi S'pore tu. Tapi bila kenangkan ade Universal Studio tu, berkobar2 balik hati nih. Oh. satu lagi, hatiku sayu je bila kenangkan tandas2 di sana yang ada paip, tapi xde kepala paip. duh. kena amek tisu, basahkan and lap! Gosh! Jimat air ke? Terpaksa la I tahan sampai petang... Kalau dikumpulkan, maunya penuh satu botol air mineral 600 ml tu.. -.-' Senak perutku!


Budak kecik mintak kiss dari barney :-X

View kat Palawan Beach

Gmbr lucah yang cute. :D

Oh. "Kacaknya"!
*Dina takut!*

Dina with her Atok Mat

Nenek Su and Atok Mat Dina kat Imbiah Station, bergambar depan Merlion

Aku masih mengenang dan mencari Si Dia yang telah jauh pergi dari hidupku =(

Dina excited nak masuk. Tapi Nenek Ngah dia tak bagi. Hahaha...

Sebahagian kecil daripada Universal Studio

Petangnya pulak kitorg pegi Arab Street. Huhu. Makan2 and shopping2 sikit. Kitorg makan kat Restoran Zam Zam. Katanya, restoran ni punya murtabak sedap. Nampak sedap. Tapi, bila makan.. Pergh! Siap ada tulang ayam yang besar2 tu dalam murtabak. Tak paham aku style diorg makan murtabak! (-.-') tak pe la. kita pegi tempat orang, tengok and belajar budaya orang. betul x? Udah la tunggu nak dapat meja lama giler. Si tukang amek order plak agak macam palat cket. Bila makan plak, tak kena selera aku. Duh. nasib baik ada Dina. Dialah pengubat tension kitorg masa tu. Seriously, mse tu sume orang dah marah2.. Dina la tukang buat lawak. At the end, sume tak jadi marah :) Thanks Dina. I love you la! Oh. Yang tak boleh tahannya, Si Dina tu lapar jugak. Ade ke patut dia pegang nasi sisa orang and masukkan dalam mulut dia? Nasib baik sempat tarik tangan dia. Kesian kau yer Dina. Walaupun bila kau geram dengan aku, kau selalu picit pipi and mulutku yang gebu ni, tapi aku ni berjiwa lembut, sayang.. Asyik kesian je tgk muka kau, kau ade baca jampi je? huhuhu... *berjiwa lembut ke aku nih? hahahaha* Lepas makan2, kitorg pegi shopping plak. Huhu! Lepas shopping2, kitorg gerak la g Woodlands. Traffic Jammed! Biasa la. so, sabar je la yer. -.-'

Oh ya. lupa nak cerita. masa shopping souvenir kat Arab Street tu, Dina leka tau pilih@banding2kan souvenir kat situ. walhal, barang2 yg dia pilih tu sama je. tapi, kitorg syok tgk dia memilih tu. kui kui kui. Skali tu nenek ngah Dina tanya dia:

Nenek Ngah: Dina nak beli utk siapa? untuk Abah ke?
Dina: Abah! (sambil khusyuk tgk barang2 souvenir)

Wah. ingt jugak kau kat abah kau tu yer? ;) then, I plak nyampuk:

Syiqa:Haaa.. tu beli 5 for $10. satu utk abah, satu utk ibu, satu utk paksu, satu utk MAK LONG, satu utk PAKLONG!
Nenek Ngah: Ah. beli utk abah,ibu,paksu ngn pakcik (Adik kak shila) je. pak long ngn mak long tak payah!

Ayah berdiri depan Masjid Sultan =)

Kitorg shopping kain lace utk raya tahun depan! hahaha. Semangat, kan??

Depan Hard Rock Cafe kat Orchard Road..
Dekat sejam carik HRC ni! -.-'
(kitorg g HRC lepas pegi Arab Street)

Wah. Ape ni?!
*Buat-buat innocent!*

Sygku, tak perlu la nak naik Menara KL tu..
Kat Tepi highway Gombak tu pun aku bleh lafazkan "Aku Terima..." tuh!
=))

Bila sampai kat Kompleks untuk checkpoint, ayah cakap "Tgk Imigresen Malaysia ni. Mesra je.." Tapi tak lama lepas tu, ayah pulak yang jadi bahan kitorg. Hahaha. Nak tau pasal apa? Biarlah "Cerita P.Ramlee" dan "MP3" yg menjadi klu nya! kuang kuang kuang!

Esoknya(Ahad), lepas check out dari Hotel Seri Malaysia, kitorg singgah rumah Nenek Busu lagi. Lepas tu baru gerak pegi Ayer Hitam. Lalalala.. Dina dapat patung Barney dari nenek su dia. Lupa nak amek gambar patung tu. Syareena punya teddy bear je yg I dpt amek gambarnya.

Bear ni besar, OK! Huhu. Penuh katil aku wey!

Oh No! Misaki kissed me! *Blushing*

Bantal peluk mini yg aku beli. Aku tak tau nak bagi nama ape.
"Liey-Liey" bleh? hahahaha

satu eena punya, satu syiqa punya!

Satu kita punya, satu awak punya!

Satu kau punya, satu dia punya, satu mereka punya, satu kita punya, satu aku punya, satu saya punya!
:-"

Cuba teka, ni untuk siapa? ;)

Kesimpulannya,

Negative:
1) Staff Imigresen yang tak mesra dan agak sombong
2) Negara yang bersih, tapi agak tak pembersih
3) Main transportation is Public Transport (aku rasa la! Sbb, kalau diorg pakai kereta, parking nak kena bayar 24 hours, minyak mahal, undang2 jalan raya yang sangat ketat)
4) makanan2 yang aku rasa kat sana sume tak sedap!
5) Kos sara hidup mereka2 kat sana sangat tinggi.
6) Jalan raya yang sangat susah untuk di hafal =(

Positive:
1) Papan tanda keselamatan jalan raya yang jelas
2) Rakyatnya agak berdisiplin
3) Jalan raya yang bersih
4) Kemudahan awam di pusat pelancongan agak baik

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Ade 2 perkara berlaku hari ni.


Pertama, ada orang tu, bila kitorg datang je terus turun ke bawah. Kalau kau xnak mingle around ngn kitorg, baik kau cari alasan yg lebih baik. Ini nak pegi tandas? haha.. Ingat kitorg bodoh ke? Oh. Lupa. Kacang lupakan kulit mmg macam tu la sikapnya! Bila tak ada rasa berterima kasih, itu lah jadinya. Seorang cakap besar, seorang tukang laga. wahaha. complete! Ade aje yang tak kena! Nak bergaduh je. Apa yang tak puas hati sangat? Yang kakak bila jumpa je mesti larikan diri. wah! kau hebat ke nak larikan diri dari kami? yang adiknya pulak bila jumpa je, asyik cakap besar. Kalau kau hebat, kenapa kau kena tipu? Isk. Lain kali, jangan cakap besar!

Oh. lupa. ade pendatang dari Vietnam yang duduk sebelah katil Pak Mok tu. I pity him. Sbb, dia datg sini nak cari kerja. tapi ade brain infection plak. doktor suspect dia dpt infection dalam flight. nak balik ke Vietnam semula, berisiko. duh. macam2 penyakit ada. Dia nampak macam dalam awal 30-an kot. x pun lewat 20-an. Harap2 dia cepat sembuh. =)

Yang berita gembiranya pulak, Malaysia menang pingat emas untuk bola sepak di sukan sea kat Vietnam. Alhamdulillah. walaupun menang tipis, walaupun sekadar nasib, sekurang2nya dapat jugak tebus maruah Malaysia yang dah lama diperkotak-katikkan.

P/S: Selamat menyambut Maal Hijrah 1431.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Citernya camni. baru2 ni, ade la sorg mamat kat tagged add I. I approve je la. Bila dia hantar msg, I reply je la macam biasa. Skali tu, dia mintak nombor telefon I. I bg je la numb youth club tu. Numb tu x perlu ada pun sbnrnya sbb I dah ade satu line maxis which is mama yg bayar every month kat maxis centre ngn satu numb celcom;UOX. Tapi, atas alasan tertentu suatu ketika dulu (xde la lama sgt. around sept-okt je) I terpaksa beli numb youth club tu sbb takut mama ngn ayah trace numb yg I kerap call. (I'm an evil , right?)


Tapi, tak lama lepas tu, ada la perkara yg berlaku sampai I tak boleh dah call numb yg I call tiap2 malam sebelum tu. So, numb youth club tu juz terbiar gtu je la. I syg jugak ngn numb tu. sbbnya, tarikh luput dia lambat. haha. thn 2013 @ 2017 klau x silap. Jadi, numb tu still active smpai hari ni. Ok. sambung cerita. lepas mamat tu dpt numb I, dia pun asyik call ngn sms. skali tu dia ajak jumpa. My God! Ni la yg aku nak elakkan. *sape suruh carik pasal*

Tadi mamat tu call lagi. sebenarnya dari pagi lagi dia dah call. tp I buat bangang je. Sambung tido lagi best :P pastu, tgh hari dia call lagi. tp time tu I tgh drive. lagi la I buat bangang. Then, petang tu dia call lagi. Gosh! Last2, I suruh Eena yg jawab. I sebenarnya nak suruh dia cakap I tgh drive ke, tido ke, mandi ke, toilet ke.. *jwpn yg klise* Tapi, minah tu gatal menyamar jadi I. Lantak kau la!

Eena: Kenapa awak nak sgt jumpa saya?
Lelaki itu: Sebab awak kawan saya yg first kat tagged. sy mmg dah niat kawan pertama saya kat tagged, sy akn belanja dia mkn
Eena: Tapi saya makan banyak tau.
Lelaki itu: Tak pe.
Eena: nanti2 la saya fikirkan
Lelaki itu: Ala. nanti saya nak balik Sabah dah

P/S: Beraninya awak berniat macam tu.
Buatnya kawan pertama awak ni perogol, maunya hilang teruna awak nanti tau!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Guna Google Chrome ni macam best je.

Tadi download GC sbb hari ni Mozilla tak leh bukak Blogger. ntah la. tak tau apesal. hari tu xleyh bukak blog ainaa je. tp td homepage pown xleyh bkak. Try bukak blogger guna Internet Explorer plak, asyik hang, pastu error la. ape la. leceh btol. IE tu mcm dah corrupt je. benci! uninstall karang baru tau!

So, dpt Idea utk guna GC. So far, GC ni agak best la.

P/S: Rindu kat roti bakar Old Town.
Meleleh air liurku ini.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

You told my sister that I'm a Heart breaker?

You told her that I hurt you?

Am I?

Did I broke your heart?

Did I hurt you?

Are you crazy?

Love is giving someone the power to hurt you- John Albert Halili



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Oh. Kami mmg suka berhibur. Kami pergi karaoke kat Superstar Karaoke kat Wangsa Walk tadi. Best ouh melalak cam org tak penah melalak. muahaha. Btw, ade la sorg cik adik ni. tak jadi pegi. frust ok. rasa cam nak ketuk je kepala dia. dush!

Tapi, yang bestnya.. masa makan Hot N Roll hasil buatan tangan Bangla tu, I terserempak seseorang.

Syiqa: Eyh. Tu macam cikgu Anwar!
Eena & hasmira : Haah la. dia la!
Eena: Pegi la tegur dia! Kau nak jumpa dia, kan?

Dia naik escalator. Tapi rezeki I la kan.. sebabnya I nampak dia tengah tarik buku dari rak "Health" kat Popular. huhu.

Syiqa: beli buku stop smoking ke?
C.Anwar: Eyh. tak la. kejap eyh. saya nak bayar.
Syiqa: ok. Silakan. (pergi merayap dalam kedai tu cari mamat yg Eena ske Usha)

A few minutes later..

C.Anwar: bye!
Syiqa: Eyh. cikgu takde kelas ke?
C.Anwar: Ade. Malam nanti
Syiqa: tadi saya call, tak jawab eyh? ;)
C.Anwar: mana ada. tak de pun.
Syiqa: Ade la. pukul 3 lebih tadi/
C.Anwar: Ouh. Awk ke? Saya tgh work out kat gym tadi.
Hasmira: Kat Celebrity fitness?
C.Anwar: tak la. jauh. bkn kat sini.
Syiqa: beli ape?
C.Anwar: beli buku.
Syiqa: Sejak bila baca buku?
C.Anwar: saya mmg baca buku la. haha. ok la. byebye. saya nak balik baca buku!

With Zue. I like this photo :)

Oh. Kami mmg begini. Nakal sikit!

Us. Kami enjoy tadi!

Mari comolot! hahaha.

Tolong doakan supaya lelaki tua tak masuk meminang kami yer :D

Dewi Dewi?

Let's sing a song :D


P/S: Kan bagus kalau M.S macam cikgu Anwar tu. Sure mama ngn ayah tak marah =(

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang