H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"


Kurang 1 jam dari sekarang, kalendar 2009 akan berakhir. tiada lagi tercatat nombor 2009 pada kalendar yang akan datang. 2009 telah pergi, pergi meninggalkan kita semua buat selamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang akan di iktiraf sebagai sejarah. Saya akui, sepanjang tahun 2009 ini, pelbagai onak dan duri telah kita lalui.

Saya tak mahu menyentuh tentang kenangan dan pengalaman orang lan. Cukuplah sekadar mengenang dan meninggalkan sejarah itu di sini. Di blog kesayangan saya ini. Jika satu hari nanti saya merindui kenangan sepanjang tahun 2009, blog inilah yang akan menceritakan semula sejarah saya. Rasanya macam baru lagi saya ucapkan selamat tahun baru 2009, selamat tinggal 2008 yg penuh cerita suka duka.

Semasa mengucapkan selamat tinggal tahun 2008 dahulu saya berada di KFC Taman Melawati. Menyelesaikan tugas bersama dengan 'dia'. Kami bergurau senda, walaupun kadangkala gurauan dia mengusik hati saya. Tapi sekarang, detik ini, saya kembali ke blog ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 di rumah yang menjadi tempat saya membesar dan berlindung sejak saya dilahirkan. Bukan lagi di tempat yang menyaksikan cinta dalam hati ini bercambah, dan seterusnya dimusnahkan tanpa belas kasihan. Tambah satu lagi tahun yang penuh suka duka dan menambahkan pengalaman dalam lembaran hidup seorang gadis yang bernama Fatin Nur'asyiqah Rahmat.

Tahun 2009 bermula dengan kisah cinta yang penuh kisah duka dan banyak membazirkan air mata saya. Sepanjang tahun, kisah itu tak pernah berakhir, sekadar surut. Kemudian, kembali bergelora dan menghentam hidup saya. Kesedihan dan kelukaan saya di balas dengan keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, saya memperoleh lesen memandu (Sesuatu yang memang saya idamkan sejak dari bangku sekolah lagi), saya diterima masuk ke UiTM dan ditawarkan jurusan yang menjadi keutamaan saya, dan memperoleh keputusan yang agak cemerlang walaupun tidaklah secemerlang Ainaa Kamal & Ayie... Tapi, cukuplah untuk menggembirakan ibu dan ayah saya, cukuplah untuk memulakan langkah bagi memperoleh anugerah Naib Canselor (Tingginya impian. tapi, tidak salahkan kalau itu target saya.. kalau itu impian saya? Kenapa orang lain boleh buat? Kenapa tidak saya?)

Kalau itulah ganjaran atas segala kesedihan yang saya alami, saya redha. Mungkin, kalau saya memperoleh cinta dari seorang lelaki yang saya harapkan itu, adakah saya mampu melompat kegembiraan tatkala melihat keputusan peperiksaan semester pertama saya? mungkinkah saya memiliki apa yang saya miliki hari ini?

Saya memiliki keluarga yang hebat, ibu bapa yang memahami kehendak saya, ibu bapa yang sentiasa cuba memenuhi kehendak saya. Adik yang sentiasa memahami perasaan saya walaupun kadangkala saya salah faham dengan niat adik saya, walaupun saya sering kali memarahi adik saya. Nenek yang sering mengambil berat tentang saya walaupun pada zahirnya saya menganggap itu sebagai gangguan.

Saya memiliki apa yang saya inginkan. Tapi, saya tidak memiliki cinta yang saya harapkan. Saya sering berfikir sendiri, kenapa nasib saya tidak seperti kawan-kawan saya? Mereka memiliki segalanya. tapi, mungkin saya silap. Mungkin mereka juga tidak memperoleh apa yang mereka harapkan, tetapi saya memiliki apa yg mereka harapkan itu.

Sepanjang 2009 saya mula belajar melakukan perkara-perkara yang negatif. Kerana saya dipengaruhi oleh rasa kecewa lantaran gagal memiliki cinta seorang lelaki. Saya mula pandai menyakiti hati orang lain. Saya mula pandai menjatuhkan maruah orang lain. Saya gembira dan puas hati apabila saya berjaya menyakiti hati orang, saya tersenyum apabila orang itu sedang marah. Semua itu disebabkan perasaan benci dan marah.

Tapi, saya terlupa. Saya sebenarnya memiliki sekeping hati yang Allah kurniakan untuk menyayangi semua orang. Saya tidak boleh pilih kasih. Saya tidak boleh berikan hati saya itu kepada seorang lelaki yang tidak pernah peduli tentang saya, dia tak pernah ambil berat tentang saya, dia juga mungkin tak pernah mendoakan saya, tak pernah mengingati saya, tak pernah terdetik dalam hatinya untuk menggembirakan saya, tak pernah cuba menghadiahkan sesuatu pada saya sempena ulang tahun kelahiran saya. Tak pernah! Cuma saya seorang yang cuba lakukan itu semua demi menggembirakan dia. Saya tidak berniat untuk mengungkit, tetapi sekadar alasan untuk menyedapkan hati demi menjaga hati sendiri agar tidak terus terluka. Tapi, dalam masa yang sama, saya tetap berdegil dan menyatakan saya cintakan dia dan mengharapkan dia. "Allah closes one door, but he opens another door" Ainaa & Tasha, mungkin betul apa yang korang cakapkan =)

Oh ya. 2009 juga menyaksikan betapa Allah sayangkan kami sekeluarga. Allah kurniakan rezeki kepada kami. Terlalu banyak rezeki yang Allah kurniakan. Kesihatan yang sempurna, roh kami yang masih berada dalam jasad kami, kewarasan akal dan sebagainya.

2009 menyaksikan perpecahan yg semakin ketara dalam keluarga besar kami. di sebelah pihak A, sepupu-sepupu saya melancarkan perang dingin pada keluarga makcik2 diorg. yg sebelah pihak B pulak sepupu-sepupu saya bercerai-berai. Semua ini sebagai ujian. oh. selain tu, ada sepupu dari pihak B yang melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Disembar yang lalu. Tahniah. Semoga tabah menjalani liku-liku hidup berumahtangga dan fikirkan sebaik2nya setiap keputusan yang hendak dibuat. <-- mama & ayah yg pesan! =)

Sebentar lagi 2010 akan menjelma dan 2009 akan mengucapkan selamat tinggal. 2009 tidak akan saya lupakan. Kerana, 2009 banyak menyimpan rahsia saya.

2010 akan bermula dengan menyaksikan usia saya bertambah satu lagi angka pada minggu hadapan. Semakin dewasa, semakin banyak tekanan dan cabaran yang perlu saya hadapi. Semoga saya tidak tergelincir dari landasan lagi. Semoga tiada lagi kisah "lauk mencari pinggan" yang menjadi hiasan blog kesayangan saya ini. Banyak impian dan harapan saya untuk tahun 2010 ini. Saya berharap semoga majoriti impian dan harapan saya bakal menjadi kenyataan =) Saya tidak mengharapkan semuanya menjadi realiti, kerana saya sedar akan kemampuan saya. Saya akan cuba mencapai sebanyak mungkin impian saya.

Selamat Tinggal 2009 yang penuh kisah duka, selamat datang 2010 yang menjanjikan bahagia =)

Semoga 2010 akan melakar lebih banyak kejayaan dan cerita gembira, seterusnya menenggelamkan cerita kegagalan dan duka sebagai hiasan diari hidup kita..

Semoga kau sentiasa bahagia dengan setiap pilihan dan keputusan yang kau buat
Aku mohon, jangan cuba padamkan ingatan kau tentang aku.
Kerana, aku sendiri tak akan cuba memadamkan setiap kenangan tentang kau.
Aku redha andai masa yang membawa pergi kenangan itu
Aku doakan semoga kau berjaya dalam hidup dan memperoleh kebahagiaan yang kau harapkan


P/S: Selamat Tahun Baru, Sayang.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang