H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

100 HARI SEBELUM KEMATIAAN...

Sama2 kita ambik iktibar... Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil
Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu
disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain
kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...

Walaupun orang yang hadir itu
merintih... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu
dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu
Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa
meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk
dan sujud.... Dapat
membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah
dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian
Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu
diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah
dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam
baqa'! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu
disedarkan.. ... Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah
kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang
tinggal... Bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja
kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan
langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti! Lalu menjadi segumpal darah! Lalu
menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu
insan yang mempunyai erti.... Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai
itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi
Allah mengangkatmu ke suatu mercu... Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera
akhirat! Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'... Dengan penuh rela dan
bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'... Jalan kemenangan
akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang
jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .... Guna kembali ke pangkuan
Tuhan! Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera.... Isteri,
kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi
tak mencecah sejadah di dunia!!! " Saling
berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan
soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.

TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati
mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........

credit to : Adjanga66

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang