H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

walaupun harga kos utk buat cheese cake agak mahal, tp sgt puas sbb kena ngn taste ktorg and tak payah bakar. as simple as ABC =)


Resepi Oreo Cheese cake

Oreo crust
320 g oreo cookies crumbs - without cream ( I tumbuk biskut tu dalam lesung bagi hancur and halus)
3-4 tablespoon melted butter

cara2 buat crust;
1) campurkan cookies crumbs dan butter. Kacau sehingga sebati
2) Curahkan dalam loyang, tekan sampai mampat. masukkan dalam peti ais sementara nak bancuh filling.

Filling
250 g whipping cream ( I malas beli yang kotak besar tu, so I beli je yg kotak kecik tu. tp dalam kotak tu ade 200g je)
750 g philadelphia cream cheese
190 g castor sugar
24 pcs oreo cookies (hancur kan. ramas2 je pun boleh)
12 mini oreo cookies (deco purposes)

cara2 buat filling:
1) pukul whipping cream sampai 'stiff peaks'. Masukkan dalam peti ais.
2) pukul cream cheese sampai kembang@smooth, masuk castor sugar dan pukul sehingga sebati
3) ramas oreo cookies dan masuk dalam campuran cream cheese
4) masukkan whipping cream dalam campuran cream cheese
5) tuang campuran cream cheese dalam loyang yang dah ada oreo crust tadi dan ratakan.
6) hias dengan mini oreo cookies kalau suka.
7) tutup adunan tadi dan masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam.
( I cadangkan biarkan semalaman dalam peti sejuk atau sampai keras@filling tak melekat kat pisau pemotong kek)

selamat mencuba bagi yang berminat untuk mencuba. Jangan lupa kongsikan pengalaman u olls buat kek ni yer =)

P/S: tarikh: 21 mei 2010 (jumaat)

Ada org tu ada exam tau. tapi boleh pulak time dia jawab paper Sejarah tu dia terbayangkan Oreo Cheese cake yang I buat. hehehe. Besar ye penangan Oreo cheese cake tuh =.='

rupa dia buruk sikit sbb masa ni baru first time try resepi ni =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang