H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Mula2, aku nak mintak maaf. bahasa aku agak kasar sikit utk post kali ni. Sebabnya, aku bengang. Aku wat review ni dengan cara aku sendiri. Kalau ko tak paham, ko punya pasal. Ko tak rugi sesen pun klau ko mengundurkan diri dari blog nih. tapi, klau u olls tinggalkan panggung sekerat jalan, u olls rugi. Mahal beb tiket dia ;)

Kitorg pergi tengok Lagenda Budak Setan (LBS) kat TGV Wangsa Walk. Movie start pukul 9.20 PM, ktorg smpai je mmg ngam2 movie start. Fuh =.=' (FYI, tiket LBS ni aku beli sehari sblmnya. Semangat, kan? )

Sebelum masuk panggung, aku nih mmg mengharapkan sesuatu yg menakjubkan akan berlaku. Sebab, aku jarang membazirkan duit mama ngn ayah dengan tengok cerita melayu yang entah apa-apa. Aku lebih rela download je movie melayu dari bayar RM13 utk tengok adegan yg buatkan aku geli sorg2 kat kerusi panggung tuh. *Ape? Korg nak panggil aku pengkhianat org Melayu? Cakapla. aku tak heran. Yg producer ngn pengarah khianat kepercayaan penonton spe suruh? Korg nak cakap aku lingkupkan business org Melayu? huh. cakapla. aku tak dengar. Sebabnya, producer filem sendiri yg menghampehkan karya filem Melayu. Betul tak? *

Haaa. kan aku dah merepek! Aku nak bg komen sikit pasal cerita ni..

Masuk panggung, ktorg cari seat dgn gagahnya sbb, dengan harapan dapat tengok cerita Melayu yg membuatkan ktorg terkenang2. Tapi, dari start smpai la habis, ade je benda yg tak kena. Ok. mari aku komen sikit:

1) Ade ke org minum air coke dengan lemah gemalai and tanpa disedari dia tercekik cicak? Cicak tu besar dek non oi. Tak ke cicak tu memerlukan daya yg besar utk meloloskan diri dari ruang hirup air tin tu? dah tu, xkan la cik adik yg minum air coke tu tak pelik, tgk ape benda yg tergetik-getik nak keluar dari tin? Kalau ye pun nak letak cicak, letak la dalam gelas ke, ape ke. Huh.

2) bahasa dialog yg digunakan sgtla ke 'novel' an. "Jangan bersedih"<--- kau ingt aku tgh baca novel ke? Agak geleman la aku disitu. Ok fine. KOrg ckp diorg tu memartabatkan bahasa Melayu? Ok ok ok. aku surrender. korg menang. tapi bleh plak ckp "mesti kasyah frust kan?" <---- knp tak guna 'kecewa' je? =.='

3) Ade ke fakulti yg bg dana kat student yg bermasalah? Ok. takpe peluang kedua, kan? Go on. (serius. aku takde masalah dgn isu nih)

4) Teknik flashback sgt pening kepala. Ntah dari mana dtg ribut taufan, tiba2 ade scene "ayu nak wajah baru". Aku konfius tau x? Aku ingtkan yg flashback tu mmg betul2 berlaku setahun selepas kemalangan tu. Sebabnya, aku dok pening fikir "Sape plak Amelia ni?"(aku faham la ko nk wat flashback, tp tak kena tmpt la. Pening aku seketika. nasib baik ade mama kat sebelah. tlg terjemahkan sikit2 scene dlm cerita tu. Aku rasa satu panggung berterima kasih la kat mama sbb tlg jelaskan.)

5) aku tak paham sebab ape mak ayu tu baik lagi ngn si Azmi tuh. dah terang2 ank dia bercerai ngn Azmi lepas Azmi terajang dia and dia excident sbb lari dari Azmi. *tahniah la kat Que Haidar sbb berjaya lakonkan watak si panas baran dgn baik. No wonder la Shahir terkejut masa Que baling botol dalam Akademi Fantasia ari tuh*

6) haaa. aku suka ending dia. Sbb, sad ending story. (dah lama aku cari cerita filem Melayu yg sad ending story.) lalalalalala. Ayu meninggal tanpa dapat ingat semula kenangan manis antara dia dengan Kasyah. Tapi dia dpt kenangan yg baru dan sama, cuma dgn wajah berbeza. (aku rasa yg kenangan lama lebih best sbb original. bukan dibuat-buat) Pastu, dia meninggal lepas lahirkan anak Kasyah. *korg tak rasa tragis ke? hehehe. I Like...*

Haaa. satu lagi. aku nak tnye, kepada penonton2 yg masuk 50 minit selepas wayang start, korg paham ke jalan cerita? aku rasa korg bleh agak, kan? Alaa. biasala. cerita klise. =) *sayang duit mama RM52*

LBS ngn Prince Of Persia, best lagi Prince Of Persia ;P *malas nak crite psl prince of persia sbb PoP memuaskan hati*

*Tengok. aku dah lupa ape lagi nak tulis. membebel panjang jela2 punya pasal. grrr*

P/S: Ko ingat ko diva ke sampai ko nak pegi perasaan tahap dewa tu?

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

1 Love notes:

"Aku rasa satu panggung berterima kasih la kat mama sbb tlg jelaskan."

TERIMA KASIH MAMA SEBAB JADI MICROPHONE! hahah :)


Btw, terbaik lah ayat kau! smeua yang kau listkan, memang ada dalam kepala otak aku! HAHA :)

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang