H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"


Tanggal 1 Rejab 1431 akan jatuh pada hari Ahad, 13 Jun 2010 (Minggu depan la kan?) So, I rasa macam nak share dengan u olls sume pasal kelebihan dan fadhilat bulan Rejab ni. Walaupun tak ada la banyak mana, tapi I harap kita semua ambil kesempatan utk kumpul pahala sebanyak mana yang boleh. Kita juga sepatutnya berasa bersyukur sebab kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi milik Allah ni, selain nikmat2 lain yg dikurniakan.

Antara Kelebihan bulan Rejab:

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Credit: IDEAS.THINK.SHARE

*Sebenarnya I tuliskan kelebihan2 puasa sunat, mengikut jumlah hari puasa. Tapi isinya ada dalam buku Amalan Mustajab REJAB, SYA'ABAN & RAMADHAN terbitan PENERBITAN SERIBU DINAR. tapi nanti tak pasal2 kena saman. So, I copy paste je la dari web tu.

P/S: Mudahan2 hajat kita semua dimakbulkan Allah =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

1 Love notes:

bulan rejab....
syaaban
n ramdhan.....
nak dekat da tue,...

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang