H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Ok. Disebabkan insiden baru2 ni yang membuatkan aku hampir sakit jiwa (lebih sakit jiwa dari masa kes dengan zali dulu), aku nak share satu kisah motivasi yang aku pernah baca satu ketika dulu. Aku lupa dari mana sumbernya, tapi aku masih ingat kisah tu sampai hari ni... ceritanya macam nih.

Seorang ayah menasihati dan membantu si anak untuk mengatasi sikap panas barannya. Si ayah berpesan, setiap kali si anak selesai memarahi orang yang berada di sekelilingnya, si anak mesti memanah pada pintu kayu yang melindungi rumah kediaman mereka.

Si anak mengikut nasihat si ayah; setiap kali beliau selesai memarahi org di sekelilingnya, dia akan memanah pada pintu kayu tersebut demi melepaskan kemarahan yang membuak-buak di dadanya.

Lama kelamaan, si anak dapat mengawal kemarahan dan sikap panas barannya itu. Akhirnya, si anak tidak lagi perlu memanah pada pintu kayu tersebut. Semakin hari, tiada lagi panah baru yang tertanam pada pintu kayu tersebut.

Satu hari, si anak bertemu dengan si ayah untuk memaklumkan bahawa dia tidak lagi panas baran. Si ayah tersenyum dan membawa si anak ke pintu kayu itu. Setelah benar-benar yakin bahawa si anak tidak lagi seorang yang panas baran, si ayah mengarahkan si anak untuk mencabut semula anak panah yang tertanam pada pintu kayu itu.

Si ayah berkata "pintu kayu ini ibarat hati seorang manusia. Apabila kamu sedang marah, kamu akan memanah ke arah pintu ini; sama seperti kamu telah menusuk hati orang yang berada di sekeliling kamu. Apabila kamu tidak lagi marah pada mereka, kamu akan memohon maaf kepada mereka; sama seperti kamu mencabut semula anak panah itu. Walaupun tidak ada lagi anak panah yang tertinggal pada pintu kayu itu, tetapi KESANNYA tetap ada"

P/S: Dah 3 hari rasanya tak nampak "ABANG MAT"... Rindu la pulak!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

1 Love notes:

WAHHHHHH! dah lame ye x update blog. =]

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang