H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Syiqa, pergi kat cermin, tengok dalam cermin tu. Ulas sikit apa yang kau nmpk. Pastu, kau bandingkan dengan orang yang kau gilakan sangat tu. *syiqa pun berjalan menuju ke cermin*


Syiqa: ermmm... aku nampak seorang perempuan yang kulitnya hitam, muka dia bulat, hidung dia kembang, leher hampir tak nampak, pinggang takde shape, perut berlipat, lengan 3 kali lebih besar dari saiz biasa, peha dia besar, kaki dia pendek. Tapi, orang yang aku gilakan tu kulit dia putih, hidung & mata dia cantik sangat, bibir dia merah,(bila dia senyum, rasa macam nak luruh jantung.) badan dia sedap dipeluk (sangat sempurna shape dia), pastu kaki dia panjang; dia tinggi.. :-'(

P/S: Alangkah bagus jika kamu bisa untuk aku miliki... akan selalu ku pohon padaNYA agar ia menjadi kenyataan... - Ridhwan Nazmi (2010).


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Heh. kali ni bukan nak merepek ulas lagu yg Kenny Remy Martin nyanyi tuh. tapi nak membicarakan tentang kebetulan yang terlalu banyak berlaku dalam kisah cinta yg tak sudah2 nak bertepuk sebelah tangan aku ni. *kau mmg tak malu eh cerita benda2 macam ni syiqa?*

kalau sebelum ni, aku perasan yg isu ban ngn ajim tu ade persamaan, pastu kes Abu ngn Kak Zira ade persamaan, sekarang ni aku perasan yg Lan ngn Abg Anuar pun ada persamaan jugak.

Masa first time aku nampak Abg Anuar tu, aku rasa misai dia sama ngn ayah. teheee =D tp, lepas first time dia tegur aku hari tu, aku dapat rasa yg dia ada persamaan @ iras2 ngn seseorang. puas aku fikir, siapa orangnya.

Tapi kelmarin(rabu), lepas aku jumpa profile Abg Anuar kat Facebook, baru aku perasan. Lan ngn Abg Anuar mmg ada persamaan. Diorang ni macam kelam kabut sikit, peramah, gaya diorang bercakap pun lebih kurang sama. Cuma bezanya, Lan takde misai ngn Lan tak smart mcm Abg Anuar. hehehe. ;)

Muka pun ade iras sikit. tapi tak banyak. dalam 20% camtuh je. haihhh~ terlalu banyak kebetulan la.

P/S: Best pulak losyen ni. Sapa punya ni? Kak Long amek bawak balik Lendu boleh?! ;)

Ainaa, Azlan, Syiqa

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Arjuna...
Aku tak tau kenapa aku suka lagu ni.
Maybe sebab melody dia kot.
Lirik dia pulak 50-50 kena batang hidung aku..




Warkah...
Ida punya pasal aku mula bagi perhatian kat lagu ni.
Sian tak aku?
Apapun, warkah ni aku dedikasikan khas utk Abang Mad =)
Bosan tak?!



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

PG1: Assalamualaikum... awak ni NR ke?
Syiqa: Walaikumsalam... haah. saya NR.
Abg Mad: Dia RN. Takpe ni. Dia ni special.
Syiqa: *senyum lebar*

*ehem. special mcm mne ye, abg? ;) eh syiqa, stop la perasan2 ni boleh?!*


P/S: Amirah Haziqah, aku tak tau kenapa soalan kau tadi masih membelenggu kepala otak aku ni. =____='

P/S 2: Hazim Sazalli, thanks yer ikut aku pergi kenduri rumah pak cik aku tadi! Sayang kau lebih la~ ^3^


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

...that if you love someone you should let them go, but they never say what to do when they don’t come back... ;-'(

P/S: Macam mana aku nak siapkan 500 muffin utk wedding Kak Min sedangkan aku hanya ada 1 oven sahaja? =____='

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Tarikh: 19 OKTOBER 2010
Hari: Selasa
Masa: 1.45 PM-6.30PM
Lokasi: Sunway Pyramid
Aktiviti: Celebrate birthday Mohamad Azri Yusoff

-Mastermind with Birthday boy-

Muka letih kan? ahaa. ni sume muka sakit kaki.

Ayie, aku tak tau lak kawan ko ni sangat sporting! hehehe ;)

Ok. Mari kita main ice-skating! yeahaaa..

Hartz chicken buffet..

Korang jangan ingat aku teringin sangat kereta ni. Tapi sebenarnya aku MENYAMPAH ngn driver kereta ni sbb sangat kurang ajar! Aku penat2 beratur, dia suka hati bontot dia je nak potong line. If u seek ayu!

Tara... Sayang Baby V sebab dalam keadaan darurat minyak habis pown dia mampu berjalan lagi. hehehehe

ILY, girlfriend!

Hahaha. muka mintak ape ni ye rakan2?? Lu pikir la sendiri! hahaha

P/S: Terasa nak buat carrot cake pulak! yuummmmyy

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Sometimes, the smallest things take up the most room in a person's heart.

I have them in mine.

What about you?

by: Ainaa Kamal

P/S: Do you get it, my love?

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Hari tu masa pergi berhari raya kat rumah Helmi, aku ade amek banyak gambar jugak la dengan kawan2 masa sekolah dulu. Seronok la aku jumpa kawan2 lama. Sesi bergambar dengan MESRA pun tak terlepas la kan?


Lepas tu, ntah sape yg tag gambar kitorg kat GF mamat tuh. Isk. Ok. Fine. Aku tau motif orang tu. Nak tunjuk yg BF minah tu @ kawan aku tu pun ade jugak amek gambar dengan perempuan. Haaaa. Ok. Aku ade pegang tangan kawan aku tu? takde. Tapi minah tu? Peluk lengan kawan dia. Ok. Dia ada alasan. Nak terjatuh, kan? ahaa. Lupa pulak kat UiTM Alor Gajah tu banyak bukit, banyak tangga. tu yg nak terjatuh tu. *aku pun tak tau apesal aku emo sgt. ape dosa minah tu aku pun tak tau. mungkin aku masih bengang ngn dia kot bila aku tau yg dia sebenarnya suka kat kawan kpd bf dia tu dulu. tp tercouple pulak dgn bf dia skrg ni@kawan aku tu*

Apapun motif orang tu, aku gembira sebab ramai orang boleh kenal aku. Best, kan hidup dikenali orang nih? Tak payah susah2 nak kenalkan diri "Hai. Saya Syiqa. Saya dulu skola kat SMK Seri Keramat. Sekarang buat Diploma Perakaunan kat UiTM Alor Gajah. Takpe. Course saya tak glamour macam course cik adik tu. Masscomm kan popular? Semua budak2 masscomm kan hot2.. So, tak de la heran sangat dengan budak nerd yg membosankan dan tak reti bergaul ni kan? Yang takde la hot langsung ni"

takpe. aku tak kisah. semua orang tahu aku dengan kawan aku tu cuma kawan aje. Semua orang sedar fakta yg aku mmg suka amek gambar dekat2 dgn orang. ye la. aku kan gatal. miang. tak tau malu. fullstop.

P/S: Lepas ni aku nak amek gambar bercium pulak dengan suami orang. Baru puas hati aku kalau ade orang lain yg tag isteri orang tu kat gambar aku!


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




P/S: Faraheen, Jangan La Trauma Lagi Naik Kereta Dengan Aku.
Palang Tu Rilek Je Tengok Aku Hampir2 Nak Langgar Dia =D
(16.10.10)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Masa: 8.00 Malam
Tarikh: 15 Oktober 2010
Hari: Jumaat
Lokasi: Restoran Seri Kelemak (depan balai bomba) & Pos Utama unit keselamatan UiTM Alor Gajah, Melaka.

Aku bakal menghadapi peristiwa yg paling memalukan kalau Farah takde mse makan malam tuh. pffftt. ye la. sapa yg tak malu kalau dalam purse cuma ada RM5? order pulak nasi putih, tomyam campur, telur dadar ngn air epal. wakluh. makan mcm esok takde. aiyooo. eh. kejap. bukan salah mama ngn ayah sbb tak bagi duit yg mencukupi. bukan. bukan salah mereka. MAMA NGN AYAH DAH BAGI DUIT BELANJA YG TERLEBIH DARI CUKUP. RM150 SEMINGGU utk MAKAN sahaja. tapi... salah aku sendiri. Menonong keluar rumah sewa tanpa amek duit utk 'refill' purse yg kontang. ahaks. Syukur. Allah kurniakan kawan yg menjadi life saver waktu darurat. =) life saver, life saver pown, sempat jugak si farah ni menyakat aku. ade ke patut dia suruh aku keje amek order ngn cuci pinggan smpai cukup harga makanan? ceisssss~



Lepas makan, kitorg pergi balik umah sewa aku sebab nak amek duit sebab nak pergi family store, masjid tanah. nak beli barang2 sikit. macam2 jugak la aku beli. plan asal nak beli roti, jem, sabun mandi, tisu kereta ngn car fragrance je. tapi tetibe ade 2 paket kacang rempah (jajan) ngn satu paket shumi. (jelly). hahahaha. pastu bil smpai RM22.20. hah. ni yg aku malas nak pegi family store nih! lepas shopping2, kitorg pown gerak la balik ke UiTM. aku suruh Farah drive. maklum la. dah malam, mengantuk la mata aku. dapat pulak makan nasi 2 pinggan tadi. =___=' memula sume rilex jer. tapi bila sampai traffic light depan UiTM, masing2 gelabah cari kad pelajar masing2. Aku maintain cool sbb kad pelajar aku tergantung kat rear view mirror keta aku tuh. Bila masuk je pagar, aku nampak kak M. Farah berhentikan kereta. Aku bukak la tingkap belakang sekali(aku dok blakang, Bahah dok depan ngn Farah), sbb Kak M mmg kenal aku. So, aku nak la tegur dia. Belum sempat aku bukak mulut, dia dah tegur aku dulu. Lepas hai, hai ngn kak M, farah tunjukkan kad dia. Pastu Bahah pown tunjukkan kad dia skali. Kak M lepaskan masuk. Pastu aku dengar Bahah ketawa. Tetiba dia cakap "Aku tunjuk kad MAYBANK je kot!" BUNGUKS la kau Bahah! Kalau Kak M tau, mati aku. sahih dia ingat aku nak gunakan diorg je. ceissss~! tapi, ketahuilah bahawa saya takde niat nak mempergunakan abg2, kakak2 dan pakcik2 saya kat uitm tuh. saya syg mereka sesungguh hati saya. =) lagi pun, saya mmg takde masalah nak parking kereta di tmpt yg disediakan, pakai baju lengan panjang, pakai seluar longgar ngn gantung kad pelajar di leher ketika berada dalam kampus. sekian~.



P/S: Baru 71 jam tak jumpa, dah rindu... Iskk. Camner nih. Mama, K.Long nak balik Melaka esok boleh tak?. Kak Z, tolong jagakan Abang Mad saya elok2 eh? Saya sayang dia. So, akak jangan buli dia pulak sepanjang saya ber'holiday' yer..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

...seorang yang materialistik!


Aku tak pandang kereta yang menjalar. Aku tak peduli berapa ribu sen yg kau ada. Aku tak heran apa pangkat yg kau pegang. Aku cuma kisah pada peribadi kau, aku inginkan kasih sayang kau dan aku harapkan hubungan yang lebih dari seorang kawan. Itu aje.




P/S: Kau orang meng'ANJING' aku ye? takpe. esok lusa kau orang pulak yg akan di'ANJING'kan.

Dear KARMA, don't hesitate to greet them!
Do your job nicely, ok! ;)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.


Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.


Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan. Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.


Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.


Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.


Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain. Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.


Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.


Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!


Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat “tak boleh”, lut ke?


Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)


Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.


Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?


Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”


Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.


Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya.Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.


Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.


Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.


Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.:


credit: Ady Musank


P/S: The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Alkisahnya tadi aku pegi Kolej Jebat. Nak bluetooth gambar kat ajim. Pastu, disebabkan pika nak pegi kelas dah, aku hantar pika g kelas dulu. Aku tinggalkan HP kat ajim (oi pakcik. kau baca sms aku eh?) Pastu, aku suruh dia g kat pos utama.

Aku: pak cik sorang je?
pak cik Zaharin: Tak la. ngn kak Huzirah.
Aku: Mana dia?
Pak cik Zaharin: kat dalam. syiqa tunggu sapa?
Aku: Tunggu kawan.
Pak Cik Zaharin: nak pergi mana?
Aku: takde pegi mana. dia amek hp sy. saya amek kad matriks dia. hehehe =D (oh. silap. saya yg bg dia hp saya)

*****
So, masa tunggu ajim ngn kawan dia sampai, aku call la ajim. Pastuh.. jeng jeng jeng...

Abg Mad: Sika! (suka hati abg la nak panggil syiqa ape)
Aku: Haa?
Abg Mad: Tunggu sape?
Aku: Tunggu abang la. rindu.. (ok. tipu!) Tunggu kawan!

*****

Ajim: Nah! (sambil hulur HP aku)
Aku: Eh. klau ko nak kad kau, kiss aku dulu ;)
Ajim: Mana boleh. nnt abg mad marah aku.
Aku: Apsal plak?

*Nak mati ke kalau abg Mad dengar mintak kiss2 nih? Itsk. Taubat la syiqa!*
*****

Aku: *reverse kereta* Byebye!
Abg Mad: Ok. Bye!
Aku: eh. bye je?
Abg Mad: Habis tu?!
Aku: Tak de good night kiss ke?

*THE END*

P/S: Kak Zira, ajar la abg Mad buat Facebook. Boleh lepas rindu tgk gambar2 dia. Ahaks..


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..



OK. tak mau cerita banyak2. Juz nak upload gmbr and biarlah gambar yg ceritakan segalanya!

Location: Mahkota Parade, Melaka
Time: 5 PM-9PM
Date: 11 October 2010
Attendance: Hazim Sazalli, Syiqa Rahmat, Ikin, Ridhwan, Sara, Faraheen
Kesimpulannya: Saya sayang mereka!











SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Abang, syiqa hebat, kan?syiqa rasa tadi tu muka paling 'biasa' yg syiqa boleh buat. Tu la lakonan paling hebat yg pernah syiqa buat rasanya. Pandai kan syiqa berlakon seolah-olah syiqa nampak abang hanya sbg seorg PK je; bkn sbg seseorg yg istimewa. Abang tak payah cakap la. Abang mmg terror. Dari awal lagi abang dah berlakon macam tak ada apa2. Abang tak salah pun. Jadi tak ada apa yg syiqa nak maafkan =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I love you so much!
Thanks for raise me up.
Thanks for everything that you had given to me..

Thanks for the love..
Thanks for the money..
Thanks for the care..
Thanks for the car..
Thanks for everything!

I hope I won't break my promise..
I hope I won't disappoint you..
(Even though I did it once before...)
Ok. Correction.
I hope I won't disappoint you anymore..


"Ayah rela kak long gagal bercinta dari gagal mengejar harapan"
*Kak long akn jdkan kata2 ayah tu sbg pembakar semangat yer!*

I love you till death!
You are the greatest father ever!
Happy Birthday, Ayah!

P/S: Hari ni bertambah satu lagi anak buah aku. Baby baru ni sama birthday ngn Abang dia and atok sedara dia! Congrats Kak Ayu and Abang Pian!



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

2009: Kau tak boleh putus asa. Biasa ar. dia mmg mcm tu. tp ati dia baik kn.
2010: Dia mmg pemalu, Syiqah cuba selagi tak dapat. Jangan putus asa! Cuba Yer!!!!!

hasilnya?
dua-dua negatif.. Dah mmg takdir aku kot.
Atau, mungkin ni sumpahan ke?
*terpengaruh ngn manga Jepun*

Kenapa tahun ni berlaku lagi peristiwa yg same macam thn2 yg lepas ye? sebijik pulak tuh. kalau sebelum ni kes Ban v Ajim. Skrg ni kes Abu v kak Zira. =__='

P/S: apa yang menimpa bunga tu, sama dengan kisah aku, kan?

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

I thought I'm strong, but I'm not!
Thanks for letting me go gently...
*Syiqa, please don't cry. Semua yg berlaku ada hikmah. Kau hilang dia sorg, tapi kau dapat ramai kawan yg baru!*

Penyanyi: D' Lloyd
Tajuk Lirik Lagu: Mengapa Harus Jumpa

Mengapakah kita harus berjumpa
Dikala kau telah berdua
Berdosakah diriku kepadanya
Pabila aku mencintaimu

Namun kini apalah dayaku
Semua kini telah terjadi
Walaupun kau sayang kepadaku
Tak mungkin oh tak mungkin

Oh Tuhan yang Kuasa
Berilah petunjuk-Mu
Betapa pedih kurasakan
Kasihku tak sampai

Kembalilah kau ke-padanya sayang
Biarkanlah kini kusendiri
Doaku selalu menyertaimu
Semoga kau berdua bahagia

Kembali

Uuuh... uhhhh



P/S: "Bilalah agaknya kita nak jadi seseorang yg istimewa dalam hati org lain. Asyik orang aje yang istimewa dalam hati kita,kan? " Syareena (2010)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Giving up doesn't always mean you are weak; sometimes it means that you are strong enough to let go.

P/S: Pak cik, petang tadi saya bukan balik KL la. saya pergi makan kat Alor Gajah.
Bila masa pulak saya bagitau pak cik yg saya nak balik KL?
Eh. Kejap.
Saya musykil.
Pak cik kenal saya?!
*dah la syiqa. pak guard mne tak kenal kau?
padan muka kau!*



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Selasa, 4 Oktober 2010.

Pagi: tersalah sebut riba'.. (aku pegi sebut riba) ceis! habis malu aku. mana nak letak muka? kalau depan classmates je tak pe la jgak. Ini depan course mates. Oh my...!! arghh. lantak la. yang penting, madam kata aku confident! (walaupun piqa kata dia kira aku sebut a..a..a.. ade la dalam 20 kali sepanjang aku present. haha!)

petang: Kena interview ngn Uncle Din 1, Uncle Din 2, Uncle Shahrir, ngn Abang Anuar. hahahaha. dunia dah terbalik aku rasa! sepatutnya keluarga pihak perempuan yg interview calon menantu lelaki diorg. tapi dalam kes aku nih, "keluarga" pihak lelaki plak yg interview calon "menantu perempuan" diorg. hahahaha. smpai uncle Shahrir cakap "isk. tutup la pintu nih. nnt org pikir dia buat salah ape pulak" Aku tak tau la ape yg org pikir bila aku kena kerumun ngn pak guard kat pos utama tuh kan? tapi betul jugak uncle Din 1 ckp "xpe. kita gelak2." hahaha.

Apapun, Abang.. Awak comel sgt masa tidur tu! hahahaha. Saya suka tgk ekspresi muka abang bila abang cakap "dah la abg din. nak kek tu cakap je la nak kek. tak payah nak angkat2".. haish. Kalau kita ni dalam manga jepun, saya akan jadi budak perempuan yg matanya berkaca-kaca pastu akn keluar dialog "waaaa. machonya!"

*angkat2 yg dimaksudkan: uncle Din1 ckp abang tu ank angkat dia dah. so, aku pown dia anggap ank angkat dia jugak, sbb aku 'kawan' ngn ank angkat dia tuh*

Rabu, 6 Oktober
Permulaan hari ni sgt indah rsenya. Aish. Kalau Kak Zira ckp abang tgh lapar, bleh syiqa belikan nasi lemak yg sedap kat tmn seri kelemak tuh. hehehe.

pastu, waktu tgh hari(dlm kol 12.45) ingtkan nak pegi lepak2 bilik Ida sementara nak tunggu masa utk speaking test. Ingatkan nak buat la preparation sikit. tapi, hampeh! =D

sebabnya? sibuk mundar-mandir, terjerit2 histeria, ketawa sorg2 macam org gila! hahahaha.

Eh. kejap. Abang, saya bukan sampai hati buat 'abang' saya kelaparan. tapi saya tak tau yang abang tak boleh keluar tadi. ;) kalau saya tahu, otw nak pegi kelas tadi saya dah singgah mana2 belikan abang makanan tau. Takkan la saya sanggup nak biarkan 'abang' saya kelaparan, kan? ;)

P/S: Bunga pink itu wangi! Terima Kasih! <3

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Terima Kasih kepada Encik Pengiring KO Bula Sepak...
Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih tadi sebab saya sangat tergamam bila encik hulurkan purse saya tadi.
*Encik punya mimik muka sangat selamba dan charming la tadi ;)*
Saya tak sangka saya boleh tercicir purse tu.
Saya tak perasan kat mana saya tercicir tadi.
Mujur encik pulangkan pada saya.
terima kasih sangat2.
kalau tak, jenuh juga nak buat IC baru, lesen baru, block account bank, print gambar family...
Jasa encik sangat besar pada saya walaupun dalam purse saya tu cuma ada +- RM40 je, tapi cukupla untuk saya makan seminggu... :-')

P/S: MGT215 tu ape ye?
Kenapa aku kena buat soalan past sem MGT215 ye?
Ade ke aku belajar MGT215? ade ke?
=___='

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Cik Fatin Nur'asyiqah Rahmat, awak ni bodoh ke cuai? Awak masukkan driver HP 1400,1500,1600 series, tapi awak cucukkan printer USB utk HP D2560. Memanglah tak boleh detect! Tu la.. Angau lagi!
=____='


hahahahaha. padan muka kau syiqa. berangan la lagi. agaga.
tuh la. confident je kau install software tuh. kau pown confident jugak memaki hamun laptop "tua" kau nih. Kau mmg tak kenang budi la syiqa! isk.
*Lepas penat memaki hamun, mencerca laptop yg banyak berjasa ni, akhirnya baru aku sedar yg salah driver*
lalalalalala :-')


maafkan aku, laptop.
*banyak betul dosa aku lately nih*

P/S: Ayie, aku betul2 rindukan kau nih.
Tak sabar nak hang out ngn kau nnt ;)
-- bila pandang buku FAR aje, teringat Ayi. bila teringat Ayi, teringat Sir Jismi pulak. ahakssss --

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ya Allah, janganlah kau rampas kembali nikmat persahabatan yg telah kau beri. Amin.
Aku tak mau kehilangan dia seperti mana aku kehilangan kawan2 aku yang dulu sangat rapat dgn aku.
Aku sayangkan dia, Ya Allah!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Syiqa, kau menyesal tak bila kau sedar yang Branch Accounting ngn HP tu senang je? Kau terkilan tak sbb tak study awal2? Sekarang mungkin kau tak nampak lagi. Tapi nnt tunggu la bila miss pulangkan balik test tu. Kau bandingkan markah kau dengan kawan2 kau. Mesti Sara, Ikin, Faraheen, Siha, Shiro, Nani, Adlin, Daia, lagi tinggi dari kau. Nanti kau sedih tak? Lepas tu kau pandang kereta yang mama ngn ayah belikan utk kau tu. Berbaloi ke diorg bagi kau hadiah sebesar tu kalau kau hanya mampu ulang sejarah sem lepas je? Berbaloi ke wang ringgit yang mama ngn ayah keluarkan untuk senangkan kehidupan kau kalau kau setakat boleh bagi pointer kurang 3.5; sama je mcm sem lepas.

Oh. Sem lepas kau tak kena marah even tak dapat pertahankan DL yg kau dapat dulu sebab kau sakit. Ok. tak pe. tapi sem ni macam mana? Apa alasan kau? Kau nak mintak sakit lagi ke? Sudah la syiqa. berhenti bagi alasan. berhenti berangan. berhenti kejar sesuatu yg kau tau kau takkan dapat.

SUDAH! BERHENTI!

Sekarang kau perlu berkorban. Sekarang kau perlu selesaikan tanggungjawab kau. Kau kena buktikan yang hadiah mama ngn ayah tu bukan sesuatu yg sia sia. Buktikan yang wang ringgit yg mama ngn ayah laburkan tu akan memberi pulangan yang sangat lumayan kepada mereka.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Dulu pun pernah jadi macam nih.
Dulu pun Ban pernah cakap sesuatu yg buatkan aku tersentak.

Tapi...
Bila hari ni terjadi lagi peristiwa yg seakan2 sama macam dulu,
kenapa aku tak boleh terima ye?
Kenapa aku nak kecik hati lebih2?
Kenapa aku nak emo tak tentu pasal?
Kenapa aku nak sentap tak tentu hala?

Sedangkan situasi dulu dan sekarang sama.
Aku yang cari pasal.
Aku yang tempah musibah.
Puncanya adalah tetap datang dari aku.
Aku! Aku! Aku!
Penyebabnya pun sama.
cuma, orang yang terlibat aje lain.

Tapi sekarang kenapa jadi macam ni?

Ape bezanya?
Ban kawan aku. Dia pun kawan aku.
Ban lelaki. Dia pun lelaki
Aku sayang Ban. Aku sayang dia jugak.
aku syg diorg sgt2.
Trust me. I love them so much!

Erm. Mungkin aku buat silap lagi.
Aku kenal Ban dari kecik lagi.
Kitorg berjiran sejak kecik.
Bila besar, sekolah sama.
Kelas sama.

Tempoh aku kenal dia mungkin bagi orang lain setahun jagung.
tp aku rasa lama dah.
haaa. itu la silap aku.
mungkin aku tak cukup kenal dia.
Mungkin dia pun tak cukup kenal aku.

Tengok. Aku buat silap lagi.
Aku tak prihatin dengan perasaan orang lain.
Niat asal cuma nak bergurau.
Mungkin dia pun nak bergurau.
tapi aku salah faham pada kata2 dia.
dia pun salah faham kata2 aku.
tapi dia tak salah.
sungguh.
aku tak salahkan dia.
aku salahkan diri sendiri.
aku kecewa dgn diri sendiri.

Ban dah pergi Egypt.
tinggalkan aku. tinggalkan kawan2 lain.
aku tak nak 'hilang' dia pulak.
aku sayang dia.
sungguh!

Aku tau aku sangat melampau kali ni.
aku tau aku yg bersalah.
aku tak fikir panjang.
aku pentingkan diri.

Bagi Ban, aku bodoh.
bagi dia, aku tak tau malu.
arghh.

Aku mintak maaf.
Aku tak sengaja.
Aku tak tau kau akan terasa.

Ban,
Ingat lagi tak kata2 kau dulu?

Awak,
aku akan jadikan kata2 kau ni sebagai azimat utk aku ubah perangai aku.
"gile la kau ni. kalo ko ye lah muka x malu. da tu ko pki kes ak x isi air kete semata2 nk bg kek kat abg mat sirat kau. mmg la ak malu. aiya~"

hey. awak, kalau bukan sebab awak pun, aku mmg nak bagi dia kek tu tau.
Dah lama aku fikir nak bagi sesuatu kat dia.
Kek tu aku siap bungkus semua sebelum kau sms aku pasal dia tau :'(
sampai hati kau kata aku gunakan cerita kau semata-mata nak bagi kek tu kat dia...
Kebetulan je kau jadi bahan perbualan malam tu.
*eh. mungkin betul aku tak tau malu. tetiba nak bagi kek kat lelaki*

Apapun bagi aku,
kau kawan yang sangat baik.
terlalu baik.


Aku merayu...
Maafkan aku.


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

" Hey what ever problem u faced lately, be strong ok, cika that i know is a strong girl, who doesn't give up on anything "


Tasha, u know what? U dah buat I nanges tiba2.
Memang masa I call u tadi I rasa nak nanges.
sbb tu tak dapat cakap lama.
But, tak tau kenapa tak boleh nak keluar air mata nih.
sebak tu jgn cakap la.
But, after baca ur sms, laju je air mata ni jatuh tau.
Isk. I know I'm still act like a small kid. Not matured yet even I'm already 19 *sigh*
Actually I punya masalah bukan la besar mne pown syg.
Just gangguan emosi.
sentap tak pasal2.
Sindrom nak final, maybe..
walhal i yg create masalah tu.
semuanya berpunca dari diri sendiri..
tp emo lebih2...
biasalah... trouble maker, kan?
Oh. Btw, fyi, I'm not that strong.

P/S: "kite belajar bukan sbb nk GRED TINGGI..tp kite nk dapat ILMU" - Madam Yang Chik, (2010)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


P/S: Padan muka kau syiqa!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang