H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Haih. Tajuk merepek. Tapi aku punya suka. Sebab, ini blog aku. =)

Mulai esok, aku akan jadi sebahagian dari manusia2 yg menghirup udara dan memijak bumi Jakarta, Indonesia... Selama 3 minggu aku akan meninggalkan bumi Malaysia (ceh. macam la jauh sgt nak berjalan. But, still terpaksa tinggalkan bumi Malaysia dan bantal busuk yg aku cintai)

*sigh*

Selamat Tinggal Malaysia, Selamat Tinggal Cinta. Tunggu aku balik 3 minggu dari sekarang! =)

Cinta, jaga diri elok2 yea. Ingat tau, kita berdua tak de krisis. (pada pandangan saya, awak sangka kita ada sengketa berdasarkan pertanyaan kawan awak kat saya hari tu. Itu assumption saya. eh. kalau awak tak faham statement saya ni, nanti awak tanya la saya sendiri. saya pun pening dengan ayat saya ni)

awak tu yg ingatkan saya ni jahat sangat. Isk. Saya jumpa kawan awak tu sebab hal2 perempuan je la. Bukan pasal awak sangat pun *tipu. hal awak ada jugak. banyak jugak. tapi jangan risau. saya tak buat ape2 yg jahat pun. sebab saya sayang awak; walaupun awak tak ada perasaan yang sama untuk saya. ;) *

P/S: Nak pergi holiday dengan hati tak tenang sebab risaukan result yang akan menari-nari gelakkan aku 10 Disember 2010 nanti. =____='


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

"shiqa ngn mat ni ape cite sbenarnye"


Ok. To be honest, aku sendiri tak faham kenapa, macam mana dan bila aku berada dalam situasi ni. Tiba2 A mesej B tanya soalan yang "tiba-tiba", A macam marah B, C moody and tak tegur B.

Apa ni?

Salah aku ke? Kalau aku ada guris atau lukakan hati sape2, sape2 yg berkenaan tu tolong la berterus-terang dengan aku. Beri peluang untuk aku tahu duduk perkara sebenar dan beri aku peluang untuk pertahankan diri aku; beri penjelasan.

Jangan buat spekulasi sendiri, jangan buat aku tercari-cari salah sendiri. Aku tak suka la macam ni. Kita seolah-olah berada dalam situasi yang tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa... Tak wujud, tapi ada... Kita seolah-olah ada krisis. Tapi dari mana datangnya krisis tu, apa puncanya dan apa krisisnya.. Aku rasa, KAU dan AKU sama2 keliru... Sama2 tak faham kenapa kita berada dalam situasi ni.

Kau tak beri peluang untuk diri kau dapat jawapan dan aku tak diberi peluang untuk beri jawapan.

Cuma satu je harapan aku. Kita dapat lepaskan diri dari situasi ni. Leraikan kekusutan yg dah berlaku dan kikis ego dalam diri masing2.

Aku dah buang jauh2 ego aku. Aku dah tebalkan muka aku. Tapi kau tetap tak berganjak dengan prinsip kau. Kalau kau nak terus berdegil, nak terus jual mahal, terpulang! Yang penting, tolong jangan bencikan aku. Itu dah memadai.

Sebab, aku tak mampu nak benci kau balik. =')

P/S: Takpe ke kalau kitorg bawak 4 biji bantal dan 2 biji bantal peluk pegi check-in kat KLIA nanti? Agak2, ade orang senyum2 tak tengok kitorg? =____='


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

SAYA - Tembam, Debab, Gemuk, Bulat macam kek, Takde leher, Hitam, Pendek, Muka lebar macam apam...

AWAK - Handsome, Tegap, Fit, Putih, Tinggi, Mata cantik, Hidung cantik...

Saya tahu la saya ni tak cantik. So, sebab tu kan saya tak boleh berkawan dengan awak? Takpe la. Biar saya simpan sayang saya buat awak ni jauh2 dalam hati saya; macam yang kawan awak suruh buat tu.

Awak pulak, ramai orang yang tergilakan awak.. Saya tahu, saya takkan dapat memiliki awak.. Saya doakan semoga awak dapat perempuan yang cantik sebagai isteri, supaya kawan2 awak yg sgt kacak sempurna tu tak ejek2 awak lagi.. Semoga kecantikan perempuan tu kekal sampai anak cucu... =')

Untuk perasaan sayang yang saya simpan dalam hati saya ni.. Ia akan tetap ada dalam hati saya. Walaupun ia akan hilang sekejap.. tapi ia akan tetap muncul balik. Sebab, perasaan dan memori tu tak pergi mana; ia akan tetap berada dalam hati saya.

Tapi, kecantikan yang di agungkan tu akan pudar jugak satu hari nanti. Kecantikan paras rupa tu tak akan kembali kepada tuan dia. Percayalah.

Ahaa. lupa pulak. Orang cakap, kalau kita pentingkan rupa, itu bukan sebab kita cintakan dia. Tapi sebab NAFSU. Ok la tuh. Lelaki mmg pentingkan paras rupa sebab ada 1 nafsu aje kan? teheee =D

No offense ok. ;)

Satu lagi, saya berterima kasih dekat kawan2 awak yg dah buatkan saya tertipu. Manis muka depan saya, tapi bagi saya gelaran macam tuh. Oh. Takpe. Mulut manusia,kan? Saya tak mahu bagi tahu mama ngn ayah saya pasal kawan2 awak yang bagi gelaran kat saya tuh. Nanti ayah akan keluarkan statement; macam yang ayah pernah keluarkan untuk Zali dulu. Saya yang tak sanggup dengar nanti. Awak tak tau macam mana rupa ayah bila dia marah. Ayah mmg lembut dan jarang sangat marah. Kita orang boleh kira berapa kali ayah marah. =)

P/S: Aku tak mahu pandang rendah kat dia.
Aku yakin, dia faham apa yang aku cakapkan.. ^3^



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Post kali ni di cilok dari Cik Rosnani =)

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

P/S: Kalau paras rupa jadi ukuran, itu bukan cinta. Itu NAFSU!
Jadi kalau satu hari nanti awak rasa awak dah jatuh cinta, tanya diri awak.
"Betul ke aku nak hidup dengan dia? Betul ke dia akan sanggup bersusah payah hidup susah dengan aku?"

Kalau jawapan yang awak dapat dari dalam diri awak macam ni;
"Entahlah. dia cantik. Tak mungkin aku bosan dengan dia. Dia anak orang kaya, tak mungkin kami akan hidup melarat"
Baik awak fikir betul2!
Itu bukan cinta. Itu nafsu semata-mata!


Apa yang saya tau, saya nak habiskan hidup saya dengan awak.
Saya teringin nak jadi ibu kepada anak2 awak.. =')
Tapi, awak? Tak nak semua tu,kan?!



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Heh. Aku benda alah ni dari blog pyqalil (follower baru H.E.A.R.T aku nih).. Memula aku rasa biasa je pasal tarikh lahir nih. Tapi rasa macam interested nak post kat blog aku ni sebab warna tarikh lahir aku sama dengan warna tarikh lahir Abang M. teheee =D

P/S: Nothing's gonna change my love for you...


Warna tarikh lahir kitorg... ORANGE !! =)
So, here it goes...!

-------------------------*ORANGE*---------------------------
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people.
You always have goals you look towards, and are competitive. When it comes
to friendships, you find it hard to trust someone, but once you find the
right friend, you trust them for ever.


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Harap-harap "Nothing's gonna change my love for you" & "Mengusung Rindu" dah memadai untuk ingatkan dia... =)

P/S: Kan bagus kalau semua orang yang bermulut agak longkang itu bisu?! Tak perlu aku sasau macam nih. =____='


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Ok. Sila fahamkan title post kali ni. Bukan sengaja nak cari pasal. Aku pown ade PMS jugak. tapi POST-Menstrual Syndrome la. ko tu PRE-MS...

Dah. Jangan merepek. Kejap lagi takut Ajim plak merepek pasal Stayfree. =____='

Aku cuma nak cakap kat sini, aku pun stress jugak. Tapi ada aku ceritakan semuanya? Tak, kan? Sebab apa, aku cuba tak nak menyusahkan orang lagi, tak mau kusutkan kepala orang lagi; macam yg kau mintak tu. ;)

Fine la. Aku sedar yang aku dah makin teruk sekarang. Makin pentingkan diri. Aku tau la aku tak miliki lagi apa yg aku nak miliki tu. Aku pun sedar jugak yang aku tak mungkin akan dapat miliki 'harta' yg sangat berharga tu.

Jadi, adil la kan?

P/S: Madam, saya mintak maaf sebab saya dah rosakkan harapan dan permintaan madam tu. Saya menyesal bila kenangkan sikap saya yang terlalu banyak membazirkan masa memikirkan sesuatu yg BELUM MENJADI MILIK saya lagi. Kalau lah saya tidak menjadi diri saya hari ni.. Kalau lah saya dapat jadi diri saya masa part 1 dulu, mesti saya dapat realisasikan harapan madam tu kan? Mesti saya akan jadi seseorang; seperti yang madam bisikkan kat saya hari tu. Saya tahu yang semester ni saya memang banyak kecewakan pensyarah2 saya. Saya sedar hakikat tu... Maafkan saya... ='(


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Malam td aku bermimpi.. Mimpi yang sangatttt.... Menakutkan! Dalam mimpi tu, aku nampak "M" adalah seseorang yang aku kenal.. Aku takut dengan mimpi tu.. Sebab, peristiwa 9 Oktober 2010 hari tu pun aku dapat mimpi jugak. :-'(



"i would have waited like a week or two
but you never tried to reach me
no, you never called me back
you were dating that bleach-blonde girl
if i find her, i swear, i swear...

i'll kill her, i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away"

petikan lagu "I'll kill her" by soko

P/S: Ask me why I keep on loving you when it's clear that you don't feel the same way for me... The problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you...


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang