H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Sekarang ni aku tak tau la apa kena dengan diri sendiri. Asyik berangan and kejap lagi tetiba tersengih sorang-sorang. Then tadi nasib tak baik sebab Miss Aisyah nampak aku tersengih time Azfar tengah tulis jawapan kat white board. Actually, conversation ni yang buatkan aku tersengih-sengih time kelas MAF320 tadi:

My friend: Cakap kat dia trending skrg bkn #kate_moss but #christina_hendricks. People appreciate real women now, not skeletal clothes hangers.

Aku reply: Nanti i cakap la eh kalau dia perli lagi. Kalau dia tanya i, u siapa? I ckp u kawan sms I. Pastu I kena gelak balik dengan dia. Nnt dia ckp skrg trending #cintamukabuku bkn #smssiapainibang. Haha. :P

Tak perlu la aku describekan siapa kawan aku tu. Cukup lah korang tau apa yang menyebabkan aku tersengih-sengih lately ni. Kalau tak explain, korang ingat aku gila pulak, kannnn? Hahaha.

Oh. Ni sorang lagi kawan baru aku. Memula aku menyampah dengan dia ni sebab insiden masa induction hari tu. Tapi lepas kenal dia kat Dungun hari tu, satu kepala rupanya dengan aku dia nih! haha. Meet my new friend, Aizat :

Ni masa kenduri kahwin kakak Ayi kat Kompleks belia dan kebudayaan, Shah Alam.


P/S: Kan best kalau aku guna firefox utk blogging? Takde la susah macam guna Safari ni. Nak letak gambar lebih2 pun masalah. Ada firefox utk MacBook Pro tak? *sigh*

P/S 2: Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Over tak title? tolong bagi penyepak sekali. Thank you. Huahuahua. Okay. Kurangkan merepek. Kurangkan meraban.

First of all, Alhamdulillah, mimpi aku menjadi kenyataan. Bersyukur sangat. And of course, million thanks to my parent for their effort and sacrifices to make my dream becomes real. I appreciate this gift so much. Can't describe how much I love both of you. Oh. Thanks for understanding me. =')

Actually aku nak kenalkan baby bongsu aku ni. (setakat ni la. Esok lusa mana tau 'terberanak' yang baru pulak, kan?) hehehe.

Baby ni hadir dalam hidup aku pada 25 September 2011 yang lalu. Nama yang diberi tu ilham dari nama pelakon utama The Vampire Diaries, Ian Somerhalder (yg pegang watak Damon Salvatore tu.) Freak tak? Ye saya tau saya freak. Hahahaha.

Okay. Enough. Let's meet Baby Ian. =D

Bila bangun tidur and nampak lappy yang ada gambar apple kena gigit ni, terus bersemangat nak bangun. Bila balik kelas and nampak lappy ade gambar apple kena gigit ni, terus hilang penat. Hehe :D

P/S: Nampak sangat yang aku ni lonely bebenor. Gadget pun aku anggap macam anak aku sendiri, kan? :P

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Hua hua hua. Berapa lama dah blog aku ni tak berusik? Dah berapa inci dah habuk kat blog ni? Err. Apa perkembangan terkini dunia penulisan blog ni? Isk. Almaklumlah. Sibuk bebenar mengupdate twitter. Blog ni terabai. Isk isk isk. Sian kau blog. Takpe. Lepas ni aku update okay? He he he. :P


P/S: I love you so much, Baby Ian. Be good okay darling? :-*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Bruno Mars's song is about what girls wanna hear and Taylor Swift's is about what girls wanna say. so,my dear friend, listen to both of them and you will know what's happening!

Dear boy, a girl might want you to know that..


and..



So, open your EYES and open your HEART. Good Luck and Take Care, Buddy! =)
*Aku sebenarnya tak suka tengok kau sedih ni. Aku sedih takpe! Hehe..
Tapi dah nama manusia, perasaan tu mmg ada pasang surut, kan?*

P/S: My friend told me this; "Not worth pun fikir pasal orang yang tak nak dekat kita nie. Jangan tunjuk sangat kelemahan diri sendiri. Nanti dia rasa macam dia bagus sangat pulak sampai orang nak kejar2"

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Lagu ni 100% kena dengan kisah aku. Entah lah. Mungkin dah ini takdir aku. Aku miliki kelebihan dari segi kehendak aku dipenuhi (walaupun tak semewah mana, tapi agak melebih dari apa yang aku perlu).. Tapi bila datang bab yang satu ni, memang aku totally LOSER. Kenapa? Sebab aku benarkan sejarah berulang lagi! Aku nafikan apa yang kawan aku (Abu Zar) pernah cakap, "Sejarah mungkin berulang!"

"Mungkin takdirku hidup menyendiri...."




P/S: Dear Heart, I'm sorry for hurting you, I'm just falling for him too much.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Semena Hari Ibu kali ni (8Mei2011):

Orang lain bagi hadiah kat ibu masing2, tapi aku dapat hadiah dari mama aku sempena hari ibu ni. Hahahaha. Hadiah sbg hari ibu in advance kot :P

Ole-ole dari Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta. =)

Aku tak pernah menyimpan harapan untuk memiliki benda ni.
Mungkin betul apa yang Ainaa cakap; "When you don't expect anything, a thing will be something. Because in life, everything is a surprise."

Syukur =)

Walaupun deal asal adalah laptop baru, tapi memandangkan budget utk laptop tu terlalu banyak, maka aku bodek la iphone 4 nih. Hehehe. Thanks mama =)

Lepas beli iphone kat the curve, singgah Sogo kejap. Tengok2 ade kasut vincci longgok. aku pun apa lagi. Bantai la capai 2 pasang kasut nih. Hahaha. Sekali lagi, Syukur, Ya Allah.. Terima Kasih, Mama... =')

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


WARNING: KALAU ANDA SEORANG YANG MASIH TEGUH DENGAN PRINSIP DAN ADAT ORANG MELAYU TENTANG ISU NI, TOLONG JANGAN MEMAKI HAMUN YE. SILA BERI NASIHAT ATAU PENDAPAT DENGAN BERHEMAH. TERIMA KASIH. =)

Okay, title sangat poyo. Aku tau tu. Haha. Title ni dapat ilham dari kata2 ayah yang aku extract dari post tahun baru aku hari tu. Kali ni aku nak cerita pasal isu perigi cari timba, dari versi aku yang berfikiran radikal tentang isu ni. Entry kali ni mungkin akan menimbulkan ketidak puasan hati dari pihak yang masih berpegang teguh kepada adat dan budaya nenek moyang kita. Aku tak kata yang aku dah tak berpegang kepada adat dan budaya nenek moyang kita, cuma dalam kes ni aje aku sedikit terpesong dari jalan sebenar. *Walhal masa dalam entry tahun baru tu, bukan main lagi konon tak nak terlibat lagi dah dengan isu2 macam ni.* Tapi, apakan daya, aku ni gadis yang dilahirkan sebagai generasi Y atau millennials generation. So, aku akui yang aku agak radikal sikit bila menyentuh isu2 macam ni. Bukan aku sorang je yang berfikiran radikal macam ni. Ada sorang lagi kawan aku, Aina, dia pun agak sekepala jugak dengan aku.

Sebenarnya, isu ni dah lama berbangkit. Dan, aku dah lama kemukakan pendapat aku (pergh. macam berwibawa je nak kemukakan pendapat). Cuma, baru-baru ni, hati aku tiba-tiba tergerak untuk post pasal isu ni kat blog aku pulak. Dah tu, dapat 'hidayah' ni waktu nak solat lak tuh. Ok. Aku tak nak bagi mukadimah yang panjang berjela. Nanti readers semput pulak. Hehehe.

Bagi aku, zaman sekarang ni macam tak sesuai je nak kekalkan prinsip yang perempuan-tak-boleh-luahkan-perasaan-dan-tak-boleh-mulakan-langkah-pertama. Zaman dulu, atok nenek moyang kita semua tu pemalu (bukan aku nak kata zaman sekarang orang melayu bukan pemalu lagi), cuma zaman dulu memang orang lelaki lebih daripada orang perempuan. Lebih dari segi kewangan, pendidikan dan beberapa kelebihan yang lain.

Bayangkan kalau perempuan zaman sekarang tak bg hint, tak mulakan langkah pertama atau dalam bahasa kasarnya, tak pergi cari timba. Memang alamatnya ramai la lelaki bujang dan perempuan bujang kat dunia ni. Sebab masing2 ego. Faham tak ni? ye la. Perempuan sekarang ramai yang lagi tinggi 3P dari lelaki; Pendidikan, Pangkat dan Pendapatan. Lelaki pulak memang sikap ego tu tak boleh nak kikis. Kononnya tak nak tacle perempuan2 yg lagi tinggi 3P tu; dengan alasan nanti perempuan jual mahal sangat. ( Tapi aku bukan suruh perempuan jadi terlalu murah, sampai sanggup gadaikan maruah, harga diri dan kesucian diri) Then, bayangkan kalau perempuan tu pulak sangat la pemalu and tunggu lelaki approach dia dulu (konon masih berpegang kepada prinsip tak nak perigi cari timba), tak ke membazir namanya tu? Walhal diorang suka each other. Memanglah kalau dah jodoh tak kemana, tapi kalau tak usaha, macam mana, kan?

Zaman sekarang ni banyak prinsip2 zaman dulu2 yg dah tak relevan lg. Zaman berubah, even penggunaan bahasa pun berubah. Jadi, manusia pun mesti berubah juga, kan? Aku tak kata kita perlu ubah 100% atau 360 darjah prinsip kita dalam isu jodoh ni. Cuma, aku rasa, kita perlu ubah cara untuk memulakan sesuatu hubungan tu. Bila dah jalan, adat melayu yang lain masih lagi berkuat-kuasa. Adat merisik, meminang, bertunang tu semua masih lagi sama. Jadi, takdelah isu meluputkan adat melayu kita, kan?

Hanya disebabkan prinsip atok nenek moyang, 2 hati yang kecewa, 2 jiwa yang kempunan. So, utk meyakinkan lelaki, perempuan pun kena mainkan peranan jugak. Kena la bagi hint or mencari lelaki yg dia rasa sesuai. Bagi aku, tak ada masalah kalau perempuan yang approach dulu, yang luahkan perasaan dulu; yang mulakan langkah pertama dulu.

Aku ada kawan (lelaki) yang approach perempuan yang dia suka (kes timba cari perigi) Tapi, perempuan tu tak boleh terima dia. Then, aku tanya dia, macam mana kalau sebenarnya, ada perempuan lain yang sayangkan dia dan mengharapkan dia. Tapi, perempuan tu malu nak approach dia. (Memang betul ada okay) Nak tahu apa dia jawab? "Dia tak bagi tahu aku, macam mana aku nak tahu dia suka aku ke tak? Aku tak ada clue. Apa yang aku boleh buat?" Haaaa. Nampak tak point aku sekarang? Lelaki pun perlukan hint dan langkah permulaan dari perempuan.

Bagi aku, kalau ada lelaki yang tak sukakan perempuan yang mencari timba, terpulang pada anda untuk mengekalkan tradisi itu. Mungkin anda rasa perempuan yang approach lelaki ni tak tau malu, terpulang! Semoga anda jumpa la dengan perigi yang tak cari timba. Semoga perigi anda itu memang bersih (ikhlas terima anda) supaya timba anda tak berkarat. =)

Oh. Ada satu lagi isu tambahan, tapi berkaitan dengan current issue ni. Isu jurang darjat. Tolonglah kikis pandangan skeptikal masyarakat melayu tentang "Lelaki mesti lebih tinggi kedudukan dari wanita atau mesti sama taraf" Okay. Aku akui, even dalam Islam pun mengesyorkan untuk mencari yang sekufu; yang setaraf. Tapi, kalau perempuan tu tahu hormatkan lelaki tu sebagai suami, dan tahu membezakan tugas di pejabat sebagai pegawai tinggi yang dihormati dan tugas dirumah sebagai isteri yang perlu hormat dan taat pada suami, apa salahnya, kan? Aku ada kenal dengan sepasang suami isteri yang aku rasa boleh dijadikan contoh yang sangat baik. Si isteri seorang pensyarah yang dihormati oleh para pelajar, manakala si suami merupakan pengawal keselamatan di universiti yang sama. Saya perhatikan, si isteri begitu hormatkan suami beliau dan si suami begitu kasihkan isteri. =)

Apa-apa pun, berdoa dan berserah lah kepada Allah S.W.T. Sebab, DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita. =)

P/S: Dear girls, when some refuse to accept your love, do remember this: I lost one who never loved me, but he lost the one who really loved and cared for him..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




Kalau dulu, bila aku mengharapkan perasaan tu datang dari Zali, kawan aku yang dapat miliki apa yang dia harapkan.

Sekarang, bila aku perlukan benda yang sama dari Abang M, kawan aku jugak yang peroleh apa yang dia perlukan.

She's so lucky. Im happy for her.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada, cuma aku tertanya, memang takdir aku ke melihat aje kebahagiaan orang lain, tanpa memperoleh kebahagiaan sendiri? Tanpa berpeluang menikmati apa yang orang lain nikmati?

Bukan aku salahkan takdir. Tapi, apa lagi yang aku nak buat kalau sampai 2 kali benda yang sama berulang? Aturannya sama. Sampai aku terfikir, aku ni kena sumpahan ke? Siapa yang tak sedih, tak kecewa bila dua kali jadi macam ni.

Orang akan kata, "Alah. Chill la. Nanti akan tiba jugak masa kau." Takpun, orang akan cakap "Bila sampai masa nanti, akan ada org yg cintakan kau mcm kau cintakan org2 sebelum ni" Tapi, diorang cuma pandai cakap je. Sebab, dorang tak rasa apa yang aku rasa. Diorang tak rasa kesakitan yang aku rasa. Diorang tak rasa letih macam yang aku rasa. Aku tak harapkan kata2 "semangat" mcm tu. Sebab, kata2 mcm tu buatkan aku semakin tertekan, semakin marah dan semakin benci. Aku tak tau nak salahkan siapa; Diri aku atau takdir?


Kebelakangan ni aku dihantui dengan kata-kata Kak Zira & Sara. Lepas tu, lirik lagu Saleem tu pun menguatkan lagi pemikiran negatif aku nih.


Kak Zira: Lamanya kau cuti sampai bulan 9? Entah-entah nanti masa tu abang M kau dah kahwin!

Sara: Kau ni. Nanti abang M tu kahwin dengan perempuan lain, macam mana la agaknya.

Terus terang aku cakap, aku takut sangat apa yang Kak Zira & Sara cakap tu jadi kenyataan. Aku tak tahu macam mana aku nak react nanti kalau betul2 benda tu jadi kenyataan.

"Sudah sering kau kirim surat, namun tak pernah aku jawab.. Lalu ku kirimkan undangan, agar kau tak berharap" Saleem Iklim - Bukan aku tak cinta

P/S: You know I love you.
But you never know how much I am willing to sacrifice for you.
You have no idea at all.
Trust me.

Nota kaki:-
Kata Ungu: Percaya padaku.
Kata New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang.
Kata Aku: Percaya padaku, sejarah telah berulang!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Love can be a many splendored thing
Can't deny the joy it brings A dozen roses,
diamond rings
Dreams for sale and fairy tales
It'll make you hear a symphony
And you just want the world to see

But like a drug that makes you blind,
It'll fool ya every time

The trouble with love is

It can tear you up inside

Make your heart believe a lie

It's stronger than your pride

The trouble with love is
It doesn't care how fast you fall

And you can't refuse the call
See, you got no say at all

Sumber: Aqmal Arista

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




P/S: Aku perhatikan semuanya. Jangan risau.
Pembongkaran pembohongan ni akan berlaku jugak satu hari nanti.
Sebelum betul2 terjadi, hentikan pembohongan ni.
Jangan lukakan aku lagi.
Tolonglah.
Aku merayu.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

.Aku.


Ayah: Macam mana exam?

Syiqa: Haaaaaaaaa.. Frust sangat. Sampai rasa nak quit je. Kahwin lagi bagus! Tak payah belajar.

Ayah: Ewah2. Kalau dapat suami yang ade kereta sebiji, banglo sebiji, company sebiji, tak pe jugak! Itu pun boring nnt duduk jadi suri rumah! Suami meeting sana, out station la.

Syiqa: hahahaha. Takpe la. Duit banyak2 buat apa. Pegi holiday la!

Ayah: Isk. Duit banyak, hati kosong buat ape?

Syiqa: Haaa. Kalau macam tu, beranak la banyak2. xD

Ayah: Haha. Ada hati. Mama kak long tu, anak dua pun pening kepala dia dah. Ni nak banyak2.

*Ada sape2 report kat ayah ke yang anak manja ayah ni ada gangguan emosi sikit? Sebab, kak long tau, tadi ayah try nak korek rahsia, kannnnnn? xD *

P/S: Hari ni baru aku tau yang Sir Azmi tu Professor Madya.
Patut la sempoi je dia mengajar. Hehehe ^.^'

.Mama. Ayah.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Ok. Sem ni aku nak jadi macam masa SPM dulu. Ceritakan ape yang aku dah buat atau jawab dengan soalan final exam aku.

Hari ni paper LAW346-Introduction to Partnership and Company Law. Tak ada apa yang istimewanya dengan paper ni. Malah, paper ni dah mengguris luka dalam hati aku dan dah membunuh semangat aku sedikit demi sedikit. LAW346 tak sama dengan LAW240. LAW240 aku tak rasa terjerat macam ni. Aku tak rasa tercekik mcm ni. Sebab, aku faham konsep. Aku hafal cases. Aku tau macam mana nak goreng jawapan tu. Tapi, sekarang...

Waktu aku jalan kaki untuk pergi exam hall pagi tadi aku kategorikan sebagai misi 'membunuh diri'. Aku tak gembira dengan jawapan yang aku bagi. Aku tak puas hati dengan penguasaan terhadap subject ni. Entahlah. Apa2 pun, aku berserah je pada Allah. DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Cuma, aku ralat sebab hampir satu jam aku termenung cari jawapan. ='(

Kenapa la paper Law ni jadi pembuka tirai final exam sem ni? Kenapaaaa?? Oh. Semoga paper Costing System & Planning (MAF280) tak membunuh semangat utk menjawab Taxation1 (TAX320) dan paper Macroeconomic (ECO211) tak merentap kebahagiaan menjawab paper Marketing (MKT420).

P/S: Oh. Ada event ape ni? Kate Middleton and Prince William buat reception diorang kat Melaka ke? Banyak betul siren polis escort nih. =.='

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Oh. Nice question. Right timing. 'Thank You' Mr Formspring! ;'(
I'm glad to answer this even though I could feel the pain! *Oh. Silly me*

What is best friend? My very own definition: Someone you love damn much, someone that you can tell any secrets, someone that you don't mind to show your weaknesses, someone that you don't want to loss.. But, they have no blood relation with you. They are not you siblings. Not your cousins. They are strangers at first.

Okay. Now let me tell you, who are my best friends. I love them so much.

Girls: Hasmira, Zulaikha, Natasha, Atiqah, Aina, Ainaa K, Hanina (At school & tuition center, of course!)

Boy: Muhammad Hazim B Sazalli. (In MAT126 Class; UiTM Lendu)

Ask me anything

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Apsal deactivate facebook?
Sebab, korang akan dapat jawapan: "Biasa lah. Final exam kan?"
Tapi, itu TIPU!
Kalau tak nak kena tipu, jangan tanya kenapa!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

"Ayah tak kisah kalau kak long gagal dalam bercinta. Tapi ayah peduli kalau kak long gagal dalam capai cita-cita"
Ayah, I need your motivation, your support.
I miss you. I love you.

So Much.
='(
Dari: Anak manja ayah.


P/S: Tak sabar nak fly dengan Mama, Adik Eena & Mak Ngah's family ke Jakarta Mei ni.
Awwww. Ayah, wait for us, okay? ;)


.Ayah.

.Ayah.Mama.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




Malam ni, entah ape kena dengan aku? Tak fokus study. Sebab, bila tengah study asyik teringatkan dia je. Semester lepas tak fokus sebab asyik skodeng dia je. Habis lebur result aku. Semester ni pulak asyik teringat kat dia time study untuk final. Mungkin sebab aku rindukan dia kot. Hurmm. Entahlah. Aku tak suka perasaan macam ni sebenarnya. Sebab, aku akan rasa terseksa sangat bila kena buat '2 kerja' dalam satu masa; which is study and trying to get rid of him from my mind. Sesak tau tak? Sesak! Kalau aku rindu atau teringatkan keluarga aku atau kawan2 aku, aku boleh call or mesej diorang bila2 masa je. Tapi bila aku rindukan yang sorang ni, aku tak boleh mesej or call dia. Jadi, makin sesak la dada aku nih. ;'(

Aku tak tau lah kenapa aku tak sekuat masa aku part 1 diploma dulu. Waktu tu, kekecewaan yang aku alami berjaya utk boostkan tahap fokus aku ke tahap yang paling maksima. Tapi kali ni, kerinduan yang aku rasa ni macam membunuh fokus aku. Aku tak nak result aku teruk macam semester lepas. Aku tak nak dengar suara kecewa mama lagi. Aku tak nak tengok muka kecewa ayah lagi. Aku tak nak adik aku pandang rendah kat aku. Aku tak nak rasa rendah diri bila berkawan dengan Shikin and Sara. Aku tak nak semua tu berlaku. Tapi aku tak boleh nak singkirkan perasaan rindu ni. Bukan aku tak cuba, aku dah cuba. Tapi, aku tak boleh! Aku perlukan seseorang untuk dengar luahan aku. Aku perlukan seseorang untuk memotivasikan aku semula. Tapi siapa yang sanggup? Semua sibuk dengan urusan masing2. Semua sibuk dengan preparation untuk final exam.

Entahlah. Tapi, kalau abang baca ni, Syiqa nak abang tau, Syiqa tak main2 sayangkan Abang. Syiqa tak peduli apa orang cakap. Apa yang syiqa tau, Syiqa rindukan Abang. Sangat rindukan abang. ='(


P/S: Bagaimana ingin aku membencimu jikalau setiap hari merindu...



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Haiyaaa. post kali ni pun merupakan post yang berbaur ketidak puasan hati. Tapi kali ni bukan dengan pak cik Caltex lagi. Ni dengan makcik UiTM pulak. :P

Ceritanya macam nih. Tadi aku pergi pasar malam kat Masjid Tanah dgn satu tujuan, nak beli seluar tidur RM5 (of course la aku bawak 'anak2' aku tu. Nak harapkan abahnya? hurmmm. tak payah la. abahnya sibuk dgn motor baru, sambil jalan2 keliling kampung kat Muar tu..)

Lepas pegi pasar malam, kitorg pergi makan kat Kelemak; Depan Balai Bomba tu. Lepas makan, aku hantar la Ida, Mira ngn Yana kat kedai mamak depan UiTM Alor Gajah tu. Aku ngn sorg lagi kawan aku pegi masuk UiTM sekejap sebab nak amek kertas2 MAF.

Then, bila sampai Pos Utama tu, aku takde la ready kan Kad Pelajar aku memandangkan selama ni aku tunjuk pun pengawal yang bertugas bukannya tengok sangat pun. Tetibe kali ni Puan pengawal tu (bahasa kasar student lain; Mak Guard) mintak pulak. Aku pun terkial-kial la cari kad pelajar aku kat dalam hand bag tu. Lepas tu, dia suruh aku masuk. Kau faham tak sekarang ni.. Aku-dah-jumpa-tapi-tak-sempat-tunjuk-kad-pelajar-aku, baru dia suruh masuk? Apesal tak suruh masuk awal2 aje tadi? Buat penat tangan aku je meraba dalam hand bag aku tau tak?

Puan, saya tak mintak pun puan tabik hormat ke ape, (pergh. demand tak sedar diri betul aku ni! Dah student tu, buat cara student, syiqa!) Tapi, cuba hargai sikit bila saya ni dah susah payah korek2 hand bag saya tu.. Lagi satu, cuba jadi macam pengawal yg namanya A**** tuh. Siap tolong lilitkan tali lanyard kad pelajar saya lagi tau. ;)


Haaa. Ni la dia lokasi aku bengkek seketika tadi...

Pintu Pagar Utama@Pos Utama


Ni pulak lokasi aku menuntut ilmu sekarang:


*Time2 macam ni la aku rindu sangat kat Abang Mad. Senyuman dia, Suara dia.. Awwww..<3*



P/S: Budak2 ni dah ade application utk remove virus short cut, tapi tak bg kat aku. Pergh! Geramnyaaaa...

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


"The most valuable thing in life is friendship." Do you agree? Discuss. You should write at least 350 words.

Itu soalan utk MID-2011 MUET yang aku jawab pukul 10-11.30 pagi tadi. Soalannya korang dah tau. Sekarang ni aku nak cerita apa perasaan aku masa baca & jawab soalan tu.

Masa aku baca soalan tu, terus aku terfikirkan dia, seorang kawan yang sangat aku hargai. Seseorang yang aku anggap seperti abang aku sendiri. Seseorang yang setakat ni masih sabar layan kerenah aku.

Aku start jawab soalan tu dengan quote ni: "Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."

Seterusnya, sepanjang aku jawab soalan tu, aku ingatkan kau. Aku ulang. Sepanjang masa aku buat esei tu, aku ingatkan kau. Aku tau, confession aku ni ridiculous. Tapi, itulah hakikatnya.

Dear friend,
I bet you don't have any idea...
How much I appreciate our friendship...

How much I respect our friendship...

How much I love our friendship...

I promise, I'll love our friendship forever..

I promise, it could never be severed by the sharp knife of our short life...
I promise. =')



P/S: Syiqa nampak abang pagi ni. Walaupun takde sepatah pun abang cakap dgn syiqa, syiqa dah cukup puas hati. Sekurang-kurangnya Syiqa nampak abang. Syiqa tahu yang abang sihat. Cuma, abang nampak selekeh sikit hari ni, sebab abang tak shave misai, kan? xD



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Post ni aku copy and paste sebab bagi aku, post ni sangat bermakna. Sgt valuable. Tak terucap nilainya. Tak terbeli harganya.. =')

From Her:

Walaupun sekuat mana pun kte ni, walau seego mana pun kte,
tapi the truth is, kte semua perlukan support.

Ada org dpt support yg sgt kuat drpd family, mak ayah.
Semua benda dorg cerita. Mungkin dah biasa dari kecik.

Ada org dpt support drpd bestfriends.
Bestfriends sentiasa ada, no matter what happens.

Byk la channel yg org bleh dpt support.

Ainaa rasa kagum dgn org yg sentiasa dpt support,
and senang mencari support.
Sbb utk Ainaa, Ainaa rasa sgt susah nak reach utk support.
Nak cerita kat Umi Ayah, Ainaa tak nak buat dorg risau.
Nak cerita kat bestfriends, dorg pun busy dgn hidup masing-masing.

So most of the time, Ainaa diam. Takpelah takyah cerita.
Walaupun Ainaa tau I need that support.

Dulu, I had that. That support.
I had that person yg at least tau cerita Ainaa.
Yg Ainaa bleh text benda paling bodoh skali mcm,

'Td bus lmbt, dah la penuh, stressnya!'

Org yg Ainaa text at least once a day.
Yg buat Ainaa rasa Ainaa ada jugak someone to lean on.
Org yg Ainaa tak malu nak ckp markah Maths Ainaa brapa.
Org yg Ainaa text bila terjaga dgr guruh masa tidur.
Org yg Ainaa call masa sahur.
Org yg Ainaa ckp gd morning and gd night everyday.

Yes, I once had that support.
But you know, skali Ainaa dah hilang support tu,
Ainaa rasa takut.

Ainaa rasa takut nak cari support yg lain.
Ainaa takut what if, the next person pun akan tinggalkan Ainaa jugak?
Ainaa takut nak depend on anyone lps tu.

So Ainaa decide nak bergantung kpd diri sendiri.
And I find comfort in Allah.
Yes, support org tu hilang, tapi support Allah ada lagi.
It's okay dia tak ada, Allah ada.

Mungkin ambik masa nak biasakan diri without support tu,
tapi insya Allah, things will get better.
But yes, sometimes kte perlukan support manusia.
Kdg-kdg Ainaa rasa sedih sendiri.
Bila Ainaa tgk gmbr, bila Ainaa tgk updates.
Nope, Ainaa tak sedih sbb dia gembira,
Ainaa just rasa sedih, maybe because I miss having that person's support.
But I'm glad dia gembira, dia sihat, dia senyum, dia bahagia.

Terima kasih sbb pernah bg Ainaa support.
I once felt like I owned the world.
Anyone who gets your support sgt beruntung.
Because believe it or not,
I went through my upper secondary school with your advices.
With your support, with your words.
Because of you, Ainaa makin dekat dgn Tuhan.
Allah dah pernah sekali bg dia as support Ainaa,
so now Ainaa kena belajar support diri sendiri.
You were here, and He's always here.


This world keeps spinning faster,
Into a new disaster so I run to you,
I run to you,
And when it all starts coming undone,
You’re the only one I run to,
I run to you.


From Him:

Dear you,

i may not reaching you today, tomorrow or even yesterday
i may not call, sms-es or even bbm you
i may not stand, sit or be beside you
i may be invisible and remain silence
but
all my pray always goes without fail
for God to always casting His care upon you
even it maze along the road and straight across the sea
by wind or by the whistle of birds
trying to reach you in your dreams
whisper in your ears to wake up your day
giving you some hope upon sunshine in the morning

because,
there is no time for giving up
in this dearly life it always ain’t be easy
that what you should bear
in your mind and heart
every where and every time
do take care of yourself
as i’m not there to always advice
hoping you can survive
for years and the rest of your life.

the unspoken of my heart
for you that are always tough in every single work
who I believe in every step that you take
may it brings you joy and brigthen your day.

Copied and Pasted from:
Middle-child Syndrome

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Post memaki hamun ni ditujukan khas kepada TAUKE CALTEX KG. KELEMAK...

Buat tauke CALTEX yang bangsat,

Do u know that u r son of fucking bitch? You r damn bastard.. Kau jgn bangga sangat yg kau baru balik dari sembahyang jumaat kalau perangai kau mcm org takde tamadun. Kau mmg bullshit. Kau tak payah nak tunjuk kuasa sangat. Sebab, aku, Fatin Nur'asyiqah Bt Rahmat, manusia yang kau malukan ni tadi.. Bersumpah dengan nama Allah yg kau dan 7 keturunan kau takkan hidup senang... Kau ingt bila kau jerit2 malukan aku tadi tu kau nampak hebat? kau ingt bila kau pakai kopiah kat kepala kau tu, org akan respect kau? PEGI MATI LA KAU! Kalau aku tau macam mana nak pam tayar tu, takde la aku panggil pekerja kau, BODOH! Bapak aku pun tak pernah nak jerit2 marah kat aku macam kau buat tu... Sia2 je kau pegi sembahyang Jumaat td tonggang tonggek klau kau balik je kau memaki hamun staff kau and jatuhkan maruah aku. Takpe. Doa org teraniaya sentiasa dapat perhatian dari Allah S.W.T. Aku takkan lupakan yang hari ni, 8 April 2011 kau dah jatuhkan maruah aku. Takpe. Biar Allah pulak yang akan jatuhkan maruah kau satu hari nnt. What goes around, comes around. Akhir kata, PEGI MATI LA KAU SON OF DAMN FUCKING BITCH!!! PEGI MAMPOSSS! BULSHIT!!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Kalau sekali perempuan tu dah cakap sayang,
percayalah lelaki bahawa,

sayangnya insyaALLAH
berkekalan. Percayalah. - Afiqah Shukri, 2011.


Entah apa angin, tiba-tiba isu tentang perasaan menjadi topik hangat untuk hari ini. Dari petang tadi (di AEON Bandaraya Melaka) dan melarat sampai ke facebook. Isu berbangkit terus diulas kat facebook. Macam2 pandangan dan hujah. Status terkini adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).. Tetapi lagaknya seperti pelajar jurusan sastera. Memberi hujah demi merungkai sebuah rahsia misteri tentang perasaan dan sikap manusia yang bergelar lelaki, mahupun perempuan.

Bila lelaki mula berkata-kata, jari mereka menuding ke arah perempuan. Dan bila perempuan pula yang bersuara, jemari mereka terhala tepat ke batang hidung lelaki. Saling menyalahkan. Hakikatnya, semua sama. Baik lelaki, baik perempuan. Dua-dua malu. Malu itu kadang2 elok juga. Kadang2 jadi malapetaka. Bergantung pada individu. Aku malas nak ulas banyak2. Nanti orang bosan. Post kali ni cuma nak rekodkan hujah yang dikemukakan oleh pengamal undang2 cinta yang tidak bertauliah semata-mata. =)

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. - Afiqah Shukri, 2011.


Syiqa Rahmat: bila perempuan bg tahu lelaki apa yg sedang dirasai nya, adakah lelaki itu sanggup untuk menerima dan menjaga perasaan perempuan itu?

Aizud Din:then laki tue bodoh>>>
x th nilai seorng yng sayang dia>>

Afiqah Shukri: hm, kdg kala bila dah meluahkan. kita dihina, kita ditolak. betul tak? itu lah yang aku tak paham.... bile ...dah berterus trg. ini jadinya.

P/S: I LOVE YOU. I MISS YOU.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Oh. I'm sick with you girls. Aku dah letih menjadi seseorang yang seolah-olah tak wujud! Daripada aku terus menjadi orang ke-3 atau ke-5, lebih baik aku bersendirian. Hati aku tak sakit, dan aku tak sakitkan hati orang. Done!

P/S: Menghitung hari... Detik demi detik... xD

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




Ahad. 13 Februari 2011.

Kenangan manis terlakar buat seorang gadis.
Salah satu hari yang bahagia.
Hari pertunangan.
Detik yang mengikat hubungan mereka.
Tanda kesudian dan penerimaan pasangan sebagai bakal suami.
Janji untuk menjadi suami isteri.
Hari yang indah dan membahagiakan.
Separuh dari impian sudah tercapai.
Tinggal separuh sahaja lagi yang dicari.
Maka, 11 November 2011 dinanti.
Menjadi hari penyatuan dua hati.
=')

Eh. Salah. Bukan aku yang bertunang. xD

P/S: Soalan Mira masih terngiang2.
"Selari ke hati kau ngn mulut kau?"


Ni haaa. Sepupu aku yang bertunang.
Congrats to Kak Yah & Abg Man. =)




SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Kelmarin kawan aku ada bagitau aku yang dia ada tulis cerita sikit pasal kisah cinta aku nih. Aku pun curious la nak tau kisah cinta yg mana satu. Yang silam atau yang sedang hangat ni.. So, masa tu aku terus bukak blog dia. Tapi memandangkan aku time tu kat tempat jin bertendang a.k.a Kampus Alor Gajah (KAG), maka line internet pun menjadi sangat menjengkelkan walaupun mak aku bayar broadband ni RM77 satu bulan. (kalau tak silap la.) So, aku tak dapat la baca post tu. Memandangkan petang tadi aku dah sampai kat Kampus Bandar Melaka (KBM) ni, aku pun dengan penuh bersemangat ni pun bukak la blog kawan aku; Nazzatul Afiqah ni.. cari punya cari.. Akhirnya aku jumpa satu post ni. Kalau korang malas nak baca the whole post, meh aku quote perenggan yang merujuk kat aku.. Khas utk korang.. ;)

8) Kisah cinta suci Pak Guard;
Tanpa memikirkan status dan darjat si dia begitu ikhlas menyintai pak guard UiTM.
Xpe, Pak Guard juga layak untuk dicintai!
Errr. Ni aku nak komen sikit. Tajuk tu aku takde masalah. Yang masalahnya, isu status dan darjat tuh. Kitorang lebih kurang je tinggi. Mungkin dia kecik sikit dari aku. Aku lebar sikit dari dia. Tu je la bezanya kot =P Tak caya? Haaa. Tengok nih...





P/S: Akhirnya SI HITAM dan SI PUTIH dah bersatu dengan tuan mereka. err. mereka turut disertai oleh si hijau. =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Malam ni jadi saksi aku masih sayangkan dia...
Coklat itu tanda aku masih ambil berat tentang dia...
Mungkin ini caranya Allah memupuk kesetiaan aku..
Penantian yang lama ni mungkin caranya Allah mengajar aku
untuk lebih menghargai dia andai dia menjadi milik aku satu hari nanti =')

P/S: Nape eh setiap kali aku dengar bunyi handphone berbunyi, mesti hati aku rasa ngilu and pedih. Automatically aku teringat kat kau ='(


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Kalau la aku tahu hari ni tak ada kelas langsung, tak payah aku balik Melaka hari Isnin hari tu tau. Sambung cuti sampai hari ni. Pagi esok baru balik Melaka. =.='

Boleh aku buat bluebrry cheese tart yang sedap dan lazat dan berlemak tuh! Haiyaaaa. Tengok. Dah berapa hari aku kebosanan ni tau. Nasib baik semalam ada la yang menggembirakan hati aku sikit. =D

P/S: Pos Utama dah bertukar warna dah. Tak sabar nak tunggu 21 Februari 2011. Nanti uniform abang pun bertukar warna jugak. Mesti abang makin handsome kan bila pakai baju polis bantuan tu? Ihik... *Tak Sabar*

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Masa tengah baring2 layan perasaan tadi...
Tiba-tiba aku terfikir..
Kalau aku disuruh pilih..
Antara KAU dan DIA...
Terus-terang aku cakap..
Aku akan PILIH KAU..
=)


Walaupun...




Tangan & kaki aku sejuk bila nampak dia...

Dan...

Dia lebih SEKSI.. ^3^

P/S: Errr. Kawan Syiqa cakap abang macam nak cakap sesuatu,
tapi macam tak terluah. Apa dia? Cakap laaa.. =)

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Dear Black and White,

Bersabarlah...
Satu hari nanti akan tiba juga detik pertemuan itu.
Antara kau dan dia; tuan kau.
Aku berharap, detik itu akan tiba secepat mungkin.
Aku pun tak sanggup nak simpan kau lama-lama.
Hati aku sebak dan terkilan bila nampak kau.
Aku sendiri tak boleh nak pandang kau.
Hati aku rasa kosong.

P/S: Tiba-tiba terasa nak makan wajik. Nasib baik mama ada bekalkan =')
P/S 2: Eh Syareena, tak reti2 ke nak bg kat aku gambar2 masa Kak Yah punya engagement day tu??!




SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


Patut la petang tadi aku rasa hiba. Sebak. Sensitif. Cepat panas hati. Rupanya, ada 2 sms yang akan dan sedang menanti aku kat rumah. (Sebabnya, masa pegi Majlis Pertunangan Kak Yah tu, aku tertinggal dua-dua handphone aku kat rumah) Dan aku sendiri tak dapat concentrate baca sms tu sebab terlalu terkejut dan tangan rasa sejuk. Sebab.. Ada sesuatu yang sedang 'nazak'. Dan aku perlu selamatkan sesuatu itu sebelum ia terus 'mati'. Aku tak mahu hadapi 'kematian' itu. 'Kematian' yang tak sepatutnya terjadi.

Buat pengirim sms tu,
Aku rasa kita perlukan masa untuk tenteramkan diri sendiri, muhasabah diri... Because...
Nobody is perfect. I. You. We. Them.
Harapan aku, kita akan jadi macam dulu balik. Tanpa konflik. Tanpa sebarang salah faham.



*****

Aku: Kau rasa macam mana? Apa pendapat kau?
I******: Entah la. Dia macam serba salah je.
Aku: Serba salah apsal pulak? Dia yang tak cakap terus terang.
I****** : Kau kata dia pendiam, kan? Tapi entah lah. Kau yang lebih kenal dia dari aku.
Aku: Tak lah. Aku rasa, sekarang ni aku sedang berdepan dengan orang lain. Aku nak dia yang dulu. *I'm selfish, am I?*


*****

P/S: Aku sedih. Sebab, aku bersalah.
I need by bestfriend. I want my besfriend.
I need tears. I want to cry.


SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Amaran. Post kali ni panjang. sebab dah lama aku tak post cerita yg panjang2. kali ni nak lepas 'dendam'. So, kalau korang tak teringin nak baca or rasa sangat membuang masa or rasa sangat menjengkelkan, sila berundur diri. Aku tak paksa korang baca. Sekian =)


Hari ni merupakan hari yang sangat menyesakkan dada aku. Disebabkan waktu siangnya terlalu banyak bebanan perasaan yg terpaksa ditanggung, malamnya pulak darah tinggi aku naik (agaknya la sebab tengkuk aku berdenyut2 je time tgh driving utk balik KL tadi)


Semalam (Khamis, 10 Feb) aku sampai Alor Gajah. Ingatkan nak gerak pagi tadi je. (Jumaat, 11 Feb). Tapi meeting malam tadi tu rupanya untuk ketua rumah. penat je tunggu dari petang tau! *sigh*

So, pagi tadi, (Jumaat) aku sengaja bangun awal. Kononnya nak hantar external hard disc kat kedai utk re-format. (alasan! nak usha Abg Mad cakap je la!) Tapi kedai tutup plak. (padan muka. hehe) Tapi, at least aku dpt jugak jumpa dia. Ihik. Makin handsome pulak dia lepas balik Kursus Induksi tu. Whoaaaa.. :-O Pastu, pegi beli breakfast. Balik tu, Abang Anuar pulak yang jaga. Aiseh. Potong stim la dia ni ^____^'

Sampai bilik, on9 kejap. Kebetulan pulak ade la sorang kawan ni tengah on9 facebook dia. So, aku pinjam la kejap profile dia utk tgk profile sorg kawan ni. (Almaklumla. Aku kan dah deactivate fb. Masih takde mood untuk activekan balik, tambah2 lagi semakin bertambah pulak sumbu kemarahan dan kebengangan aku dah hampir mencapai tahap dewa) Elok2 aku bukak je profile tu, jeng jeng jeng.. Aku nampak ade column untuk post 'wall post' kat profile tu. DAMN! Tapi, sekali lagi aku sedapkan hati aku.
"mungkin dia baru activekan balik utk kawan2 dia. Sebelum ni dia tak activekan column tu..."

Tapi, yang peliknya, ade pulak post2 dari kawan2 dia.

Eh, Kejap. Positive thinking lagi.

"Mungkin baru tadi kot dia active kan."

Tapi, fikiran positif aku tu dah makan diri sendiri *padan muka kau syiqa, ihik.* Nak tau pasal ape aku kata padan muka? Sebab tarikhnya awal februari. sekian. (awak fikir la sendiri!) Kali ni nak tau ape perasaan aku? TERHINA. Tapi, lepas tu aku mesej kawan sekolah aku. Saje la nak confirmation. Aku tanya dia pasal profile kawan aku yang tadi tu la. Dia kata, dia dapat je post kat wall kawan aku tuh. *obviously la. aku baca kot post yg kawan sekolah aku post kat profile tu!* Then, dia tak reply. Aku geram, aku call la. Then, confirm la mmg aku, adik aku ngn roomate aku yang tak boleh post kat wall dia. *sigh*

P/S: Sometime, positive thinking kill us =)

Disebabkan rasa terhina yang amat sangat, aku dah malukan diri sendiri dengan menjerit2 macam orang histeria. (ok. ni tipu) Perasaan aku masa tu tak usah cakap. Nak menangis, air mata ni pun dah tak tentu arah agaknya. Dia pun tak tau mana lagi nak keluar. Aku memang anggap dia kawan selama ni. Bahkan, aku anggap dia la kawan aku yang lelaki yang paling boleh di harap; yang aku paling percaya. Terus-terang, aku anggap dia macam abang aku sendiri. Tapi at this stage, dia buat aku macam ni. Atau, selama ni dia tak pernah anggap aku ni kawan dia? Entah lah. Mungkin dia pun tertekan jugak sebelum ni. Sebab kawan2 dia asyik 'menganjing' dia je agaknya. Kawan2 dia skandal2 kan dia ngn aku, mungkin sebab tu dia tertekan kot. Ye la. Aku ni bukan cantik pun. Gemuk pulak tu kan? Lain la kalau aku ni cantik macam Lisa Surihani ke. Tak pe la jugak kan nak kena gosip ngn dia. Ini si gemuk ni jugak yang digosipkan ngn dia. Mungkin la sebab tu kot dia tertekan. *sedapkan hati sendiri. sob sob sob*

Untuk elakkan daripada aku terus fikir yg bukan2 and marahkan@bencikan dia, aku pun ajak Farah pegi lunch dalam pukul 11.45 pg. (walhal aku kenyang lagi nih! Ye la. baru makan kot!) Sampai kedai makan, aku ade terperasan yg satu group lelaki ni dok pandang2 je. Aku ingatkan dorg usha Farah, aku diamkan je la. Buat tak nampak je. Tapi, melampau la sampai aku tengah cerita kat farah pasal isu yg agak menghina aku ni pun, dorg pandang jugak. Tapi, aku fikir positif lagi. Aku ingatkan aku cakap kuat sgt. Tapi Farah kata biasa je. Tak kuat pun. Then, Farah cakap "Ntah2 dorg ni kawan dia" Erk. jangan la camtu Farah. ='(

Erm. Lepas makan tu, aku hantar Farah balik kolej dia. *Eh. silap. Farah hantar diri dia sendiri. Tehee* Pastu, aku keluar balik. Pegi KFC. Carik orang lain pulak. Then, bila balik tu Kak Min jaga kat pos utama.

Aku: Akak mengidam yer?! ;)
Kak Min: Mengidam ape, syiqa?
Aku: Mengidam KFC!
Kak Min: Mana tau?!
Aku: Ade laaaa. Kan akak suruh Abang Mad beli?!
Kak Min: *tergelak* Oh! Apsal tak belikan untuk akak?! Dia tak beli pun KFC! Dia beli nasi bungkus je. Dia kata KFC tutup! Tu ha dia tgh tuang minyak! Kau depan sikit.

And, I was like...

"MY GOD!"

Style la dia ni. Seksi betul dia bila dia bukak satu butang baju dia. =P *Ok Syiqa. Jangan merepek!*

Haih. Sengal la aku ni! Tapi takpe la. Janji hati bahagia. ;) Bila nak pegi kelas petang tu, (dalam kol 3 lebih sikit), aku nampak Abg Mad kat tepi pagar. Kali ni bukan dia bertugas kat pagar tu, tapi dia atas motor, tgh tunggu traffic light sebab dia nak balik dah! Yey! Hahahaha. Aku dengan muka tak malu, tegur la dia.

Aku: Assalamualaikum..
Abg M: Ah. Ya. (Macam nak kebelakangkan motor dia, tapi dia tak jadi buat sebab dia nampak ada org dlm keta aku kot)
Aku: Balik dah?
Abg M: Haah.
Aku: Dah abes keje ke?
Abg M: Haah.
Syiqa: Lama tak online fb? (chewah. sibuk je tanya. Aku mana ade activekan fb!)
Abg M: *Tersengih* Sibuk la.
Syiqa: Ah. sudah la. Sibuk konon!
Abg M: Iye..
Syiqa: Seronok pegi kursus?
Abg M: Ye.
*Traffic light bertukar jadi lampu hijau. Isk. Kacau line la!*

Syiqa: Dia mcm nak tak nak je layan aku?!
Farah: Syiqa, Farah nampak, tu bukan gaya tak mau layan syiqa. Muka dia malu2 je. Dia segan kot!

P/S: AH! poyo la abang nak segan! hari tu elok je kita sembang depan Tun Puteri. Tadi tu saje je ngengada, kan?! Atau abang malu sebab rahsia besar dah kantoi kat FB?! hahahahaha =P

Orang kata, jangan seronok sangat. Sebab, lepas seronok, kita akan 'menangis'. Aku rasa, betul la tuh.
Sebabnya, malam ni, (baru je ni) perasaan aku bercampur baur lagi. Sebabnya?! Aku rasa kawan sekolah aku tu ade bgtau kawan aku yg sorg tu pasal aku text dia tuh. Because, kawan aku tuh hide wall post from friends & wall post column dia. (Dari view profile kawan aku ni. Tak tau la dia hidekan dari semua friends dia atau dari kawan aku ni aje) Ntah la. Aku tak faham dengan dia ni. Aku anggap semua kata2 kawan2 dia tu sekadar gurauan je. Tak pernah aku anggap serius.

Kalau ikutkan, aku yang patut marah sebab dia ngn kawan2 dia yang cantik2 belaka tu macam menganjingkan aku. *sigh*

Patutnya, dia tak ada sebab pun nak marah or tak puas hati ngn aku. Sebab, aku ngn kawan2 aku tak pernah pun menganjingkan dia. Kitorg lagi puji dia ade la =P Actually, aku pernah terasa hati ngn kawan perempuan aku yg sorang tu sebab dia cakap something yang tak berapa elok pasal orang2 yg seangkatan ngn kawan aku sorg nih. tak pe la. Aku percaya, kalau kita ikhlas, Allah akan sentiasa bersama kita =)


Ermm. Kalau kawan yang aku maksudkan ni ada terbaca post aku yang ni, Aku nak kau tau yang aku tak tau macam mana nak bagitau kau apa yang aku rasa. Aku mmg nak berterus-terang ngn kau. Aku memang nak bagi tau kau kenapa aku deactivate fb aku mse kau tanya aku hari tu, tapi aku rasa aku tak nak burukkan keadaan lagi. Aku tau, mungkin post aku kali ni akan buatkan kau against aku, tapi aku sekadar nak luahkan apa yang aku rasa. aku agak, mungkin ni cara yang aku ada untuk bagi tau kau. Aku tak nak telefon kau sebab aku tau, bila aku dengar suara kau nnt, aku tak smpai hati nak cakap dekat kau. Erm. Sekali lagi aku nak jelaskan kat kau, aku tak ada perasaan yang lebih dari seorang kawan; yang lebih dari seorg abg kat kau. Aku cuma anggap kau sebagai kawan, sebagai abang. Dan, aku nak kau tau yang aku memang terasa hati, aku sakit hati, aku kecewa bila baca komen2 dan perbualan kau dengan kawan2 kau pasal aku. Macam aku cakap tadi, aku rasa terhina. Lagi satu, aku tertanya-tanya, kenapa kau buat benda ni kat aku? Aku ada buat kau marah ke? Aku ade buat kau benci aku ke? Sebab, dari pihak aku, kalau aku hide wall aku macam yang kau buat tu.. maksudnya, aku tak suka orang tu and orang tu sangat menjengkelkan. Aku tak tau kau anggap aku ni kawan kau atau pengganggu hidup kau aje. Dua persoalan tu masih belum terjawab. Aku harap, aku akan dapat jawapan tu satu hari nanti. Dan, aku harap, satu hari nanti kita akan dapat berkawan macam dulu, masa kita mula2 kenal dulu. =)

Lagi satu, aku bukan nak salahkan kau. Aku tau, kau masih anggap aku ni kawan kau. Sebab, aku ni bukan jenis tak kenang budi. Aku masih ingat kesabaran kau layan kerenah kawan kau sorang ni. Kau temankan aku pegi bayar bil maxis, kau teman aku pegi umah pak cik aku even time tu kau sakit perut, kau temankan aku pegi amek kawan aku kat mc, kau sanggup jadi GPS tak berdaftar untuk aku time aku sesat kat Bandar Melaka tu... Tapi, sebagai balasannya, mungkin aku dah buat kau sakit hati dan seangkatan dengannya. Aku mintak maaf kalau aku ada buat kau tersinggung atau serba salah atau tekanan atau annoying. Aku mintak maaf sangat2. =')




SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Social Network

Blog Archive

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang