H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Amaran. Post kali ni panjang. sebab dah lama aku tak post cerita yg panjang2. kali ni nak lepas 'dendam'. So, kalau korang tak teringin nak baca or rasa sangat membuang masa or rasa sangat menjengkelkan, sila berundur diri. Aku tak paksa korang baca. Sekian =)


Hari ni merupakan hari yang sangat menyesakkan dada aku. Disebabkan waktu siangnya terlalu banyak bebanan perasaan yg terpaksa ditanggung, malamnya pulak darah tinggi aku naik (agaknya la sebab tengkuk aku berdenyut2 je time tgh driving utk balik KL tadi)


Semalam (Khamis, 10 Feb) aku sampai Alor Gajah. Ingatkan nak gerak pagi tadi je. (Jumaat, 11 Feb). Tapi meeting malam tadi tu rupanya untuk ketua rumah. penat je tunggu dari petang tau! *sigh*

So, pagi tadi, (Jumaat) aku sengaja bangun awal. Kononnya nak hantar external hard disc kat kedai utk re-format. (alasan! nak usha Abg Mad cakap je la!) Tapi kedai tutup plak. (padan muka. hehe) Tapi, at least aku dpt jugak jumpa dia. Ihik. Makin handsome pulak dia lepas balik Kursus Induksi tu. Whoaaaa.. :-O Pastu, pegi beli breakfast. Balik tu, Abang Anuar pulak yang jaga. Aiseh. Potong stim la dia ni ^____^'

Sampai bilik, on9 kejap. Kebetulan pulak ade la sorang kawan ni tengah on9 facebook dia. So, aku pinjam la kejap profile dia utk tgk profile sorg kawan ni. (Almaklumla. Aku kan dah deactivate fb. Masih takde mood untuk activekan balik, tambah2 lagi semakin bertambah pulak sumbu kemarahan dan kebengangan aku dah hampir mencapai tahap dewa) Elok2 aku bukak je profile tu, jeng jeng jeng.. Aku nampak ade column untuk post 'wall post' kat profile tu. DAMN! Tapi, sekali lagi aku sedapkan hati aku.
"mungkin dia baru activekan balik utk kawan2 dia. Sebelum ni dia tak activekan column tu..."

Tapi, yang peliknya, ade pulak post2 dari kawan2 dia.

Eh, Kejap. Positive thinking lagi.

"Mungkin baru tadi kot dia active kan."

Tapi, fikiran positif aku tu dah makan diri sendiri *padan muka kau syiqa, ihik.* Nak tau pasal ape aku kata padan muka? Sebab tarikhnya awal februari. sekian. (awak fikir la sendiri!) Kali ni nak tau ape perasaan aku? TERHINA. Tapi, lepas tu aku mesej kawan sekolah aku. Saje la nak confirmation. Aku tanya dia pasal profile kawan aku yang tadi tu la. Dia kata, dia dapat je post kat wall kawan aku tuh. *obviously la. aku baca kot post yg kawan sekolah aku post kat profile tu!* Then, dia tak reply. Aku geram, aku call la. Then, confirm la mmg aku, adik aku ngn roomate aku yang tak boleh post kat wall dia. *sigh*

P/S: Sometime, positive thinking kill us =)

Disebabkan rasa terhina yang amat sangat, aku dah malukan diri sendiri dengan menjerit2 macam orang histeria. (ok. ni tipu) Perasaan aku masa tu tak usah cakap. Nak menangis, air mata ni pun dah tak tentu arah agaknya. Dia pun tak tau mana lagi nak keluar. Aku memang anggap dia kawan selama ni. Bahkan, aku anggap dia la kawan aku yang lelaki yang paling boleh di harap; yang aku paling percaya. Terus-terang, aku anggap dia macam abang aku sendiri. Tapi at this stage, dia buat aku macam ni. Atau, selama ni dia tak pernah anggap aku ni kawan dia? Entah lah. Mungkin dia pun tertekan jugak sebelum ni. Sebab kawan2 dia asyik 'menganjing' dia je agaknya. Kawan2 dia skandal2 kan dia ngn aku, mungkin sebab tu dia tertekan kot. Ye la. Aku ni bukan cantik pun. Gemuk pulak tu kan? Lain la kalau aku ni cantik macam Lisa Surihani ke. Tak pe la jugak kan nak kena gosip ngn dia. Ini si gemuk ni jugak yang digosipkan ngn dia. Mungkin la sebab tu kot dia tertekan. *sedapkan hati sendiri. sob sob sob*

Untuk elakkan daripada aku terus fikir yg bukan2 and marahkan@bencikan dia, aku pun ajak Farah pegi lunch dalam pukul 11.45 pg. (walhal aku kenyang lagi nih! Ye la. baru makan kot!) Sampai kedai makan, aku ade terperasan yg satu group lelaki ni dok pandang2 je. Aku ingatkan dorg usha Farah, aku diamkan je la. Buat tak nampak je. Tapi, melampau la sampai aku tengah cerita kat farah pasal isu yg agak menghina aku ni pun, dorg pandang jugak. Tapi, aku fikir positif lagi. Aku ingatkan aku cakap kuat sgt. Tapi Farah kata biasa je. Tak kuat pun. Then, Farah cakap "Ntah2 dorg ni kawan dia" Erk. jangan la camtu Farah. ='(

Erm. Lepas makan tu, aku hantar Farah balik kolej dia. *Eh. silap. Farah hantar diri dia sendiri. Tehee* Pastu, aku keluar balik. Pegi KFC. Carik orang lain pulak. Then, bila balik tu Kak Min jaga kat pos utama.

Aku: Akak mengidam yer?! ;)
Kak Min: Mengidam ape, syiqa?
Aku: Mengidam KFC!
Kak Min: Mana tau?!
Aku: Ade laaaa. Kan akak suruh Abang Mad beli?!
Kak Min: *tergelak* Oh! Apsal tak belikan untuk akak?! Dia tak beli pun KFC! Dia beli nasi bungkus je. Dia kata KFC tutup! Tu ha dia tgh tuang minyak! Kau depan sikit.

And, I was like...

"MY GOD!"

Style la dia ni. Seksi betul dia bila dia bukak satu butang baju dia. =P *Ok Syiqa. Jangan merepek!*

Haih. Sengal la aku ni! Tapi takpe la. Janji hati bahagia. ;) Bila nak pegi kelas petang tu, (dalam kol 3 lebih sikit), aku nampak Abg Mad kat tepi pagar. Kali ni bukan dia bertugas kat pagar tu, tapi dia atas motor, tgh tunggu traffic light sebab dia nak balik dah! Yey! Hahahaha. Aku dengan muka tak malu, tegur la dia.

Aku: Assalamualaikum..
Abg M: Ah. Ya. (Macam nak kebelakangkan motor dia, tapi dia tak jadi buat sebab dia nampak ada org dlm keta aku kot)
Aku: Balik dah?
Abg M: Haah.
Aku: Dah abes keje ke?
Abg M: Haah.
Syiqa: Lama tak online fb? (chewah. sibuk je tanya. Aku mana ade activekan fb!)
Abg M: *Tersengih* Sibuk la.
Syiqa: Ah. sudah la. Sibuk konon!
Abg M: Iye..
Syiqa: Seronok pegi kursus?
Abg M: Ye.
*Traffic light bertukar jadi lampu hijau. Isk. Kacau line la!*

Syiqa: Dia mcm nak tak nak je layan aku?!
Farah: Syiqa, Farah nampak, tu bukan gaya tak mau layan syiqa. Muka dia malu2 je. Dia segan kot!

P/S: AH! poyo la abang nak segan! hari tu elok je kita sembang depan Tun Puteri. Tadi tu saje je ngengada, kan?! Atau abang malu sebab rahsia besar dah kantoi kat FB?! hahahahaha =P

Orang kata, jangan seronok sangat. Sebab, lepas seronok, kita akan 'menangis'. Aku rasa, betul la tuh.
Sebabnya, malam ni, (baru je ni) perasaan aku bercampur baur lagi. Sebabnya?! Aku rasa kawan sekolah aku tu ade bgtau kawan aku yg sorg tu pasal aku text dia tuh. Because, kawan aku tuh hide wall post from friends & wall post column dia. (Dari view profile kawan aku ni. Tak tau la dia hidekan dari semua friends dia atau dari kawan aku ni aje) Ntah la. Aku tak faham dengan dia ni. Aku anggap semua kata2 kawan2 dia tu sekadar gurauan je. Tak pernah aku anggap serius.

Kalau ikutkan, aku yang patut marah sebab dia ngn kawan2 dia yang cantik2 belaka tu macam menganjingkan aku. *sigh*

Patutnya, dia tak ada sebab pun nak marah or tak puas hati ngn aku. Sebab, aku ngn kawan2 aku tak pernah pun menganjingkan dia. Kitorg lagi puji dia ade la =P Actually, aku pernah terasa hati ngn kawan perempuan aku yg sorang tu sebab dia cakap something yang tak berapa elok pasal orang2 yg seangkatan ngn kawan aku sorg nih. tak pe la. Aku percaya, kalau kita ikhlas, Allah akan sentiasa bersama kita =)


Ermm. Kalau kawan yang aku maksudkan ni ada terbaca post aku yang ni, Aku nak kau tau yang aku tak tau macam mana nak bagitau kau apa yang aku rasa. Aku mmg nak berterus-terang ngn kau. Aku memang nak bagi tau kau kenapa aku deactivate fb aku mse kau tanya aku hari tu, tapi aku rasa aku tak nak burukkan keadaan lagi. Aku tau, mungkin post aku kali ni akan buatkan kau against aku, tapi aku sekadar nak luahkan apa yang aku rasa. aku agak, mungkin ni cara yang aku ada untuk bagi tau kau. Aku tak nak telefon kau sebab aku tau, bila aku dengar suara kau nnt, aku tak smpai hati nak cakap dekat kau. Erm. Sekali lagi aku nak jelaskan kat kau, aku tak ada perasaan yang lebih dari seorang kawan; yang lebih dari seorg abg kat kau. Aku cuma anggap kau sebagai kawan, sebagai abang. Dan, aku nak kau tau yang aku memang terasa hati, aku sakit hati, aku kecewa bila baca komen2 dan perbualan kau dengan kawan2 kau pasal aku. Macam aku cakap tadi, aku rasa terhina. Lagi satu, aku tertanya-tanya, kenapa kau buat benda ni kat aku? Aku ada buat kau marah ke? Aku ade buat kau benci aku ke? Sebab, dari pihak aku, kalau aku hide wall aku macam yang kau buat tu.. maksudnya, aku tak suka orang tu and orang tu sangat menjengkelkan. Aku tak tau kau anggap aku ni kawan kau atau pengganggu hidup kau aje. Dua persoalan tu masih belum terjawab. Aku harap, aku akan dapat jawapan tu satu hari nanti. Dan, aku harap, satu hari nanti kita akan dapat berkawan macam dulu, masa kita mula2 kenal dulu. =)

Lagi satu, aku bukan nak salahkan kau. Aku tau, kau masih anggap aku ni kawan kau. Sebab, aku ni bukan jenis tak kenang budi. Aku masih ingat kesabaran kau layan kerenah kawan kau sorang ni. Kau temankan aku pegi bayar bil maxis, kau teman aku pegi umah pak cik aku even time tu kau sakit perut, kau temankan aku pegi amek kawan aku kat mc, kau sanggup jadi GPS tak berdaftar untuk aku time aku sesat kat Bandar Melaka tu... Tapi, sebagai balasannya, mungkin aku dah buat kau sakit hati dan seangkatan dengannya. Aku mintak maaf kalau aku ada buat kau tersinggung atau serba salah atau tekanan atau annoying. Aku mintak maaf sangat2. =')




SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang