H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"


Ok. Sem ni aku nak jadi macam masa SPM dulu. Ceritakan ape yang aku dah buat atau jawab dengan soalan final exam aku.

Hari ni paper LAW346-Introduction to Partnership and Company Law. Tak ada apa yang istimewanya dengan paper ni. Malah, paper ni dah mengguris luka dalam hati aku dan dah membunuh semangat aku sedikit demi sedikit. LAW346 tak sama dengan LAW240. LAW240 aku tak rasa terjerat macam ni. Aku tak rasa tercekik mcm ni. Sebab, aku faham konsep. Aku hafal cases. Aku tau macam mana nak goreng jawapan tu. Tapi, sekarang...

Waktu aku jalan kaki untuk pergi exam hall pagi tadi aku kategorikan sebagai misi 'membunuh diri'. Aku tak gembira dengan jawapan yang aku bagi. Aku tak puas hati dengan penguasaan terhadap subject ni. Entahlah. Apa2 pun, aku berserah je pada Allah. DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Cuma, aku ralat sebab hampir satu jam aku termenung cari jawapan. ='(

Kenapa la paper Law ni jadi pembuka tirai final exam sem ni? Kenapaaaa?? Oh. Semoga paper Costing System & Planning (MAF280) tak membunuh semangat utk menjawab Taxation1 (TAX320) dan paper Macroeconomic (ECO211) tak merentap kebahagiaan menjawab paper Marketing (MKT420).

P/S: Oh. Ada event ape ni? Kate Middleton and Prince William buat reception diorang kat Melaka ke? Banyak betul siren polis escort nih. =.='

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang