H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Bruno Mars's song is about what girls wanna hear and Taylor Swift's is about what girls wanna say. so,my dear friend, listen to both of them and you will know what's happening!

Dear boy, a girl might want you to know that..


and..



So, open your EYES and open your HEART. Good Luck and Take Care, Buddy! =)
*Aku sebenarnya tak suka tengok kau sedih ni. Aku sedih takpe! Hehe..
Tapi dah nama manusia, perasaan tu mmg ada pasang surut, kan?*

P/S: My friend told me this; "Not worth pun fikir pasal orang yang tak nak dekat kita nie. Jangan tunjuk sangat kelemahan diri sendiri. Nanti dia rasa macam dia bagus sangat pulak sampai orang nak kejar2"

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Lagu ni 100% kena dengan kisah aku. Entah lah. Mungkin dah ini takdir aku. Aku miliki kelebihan dari segi kehendak aku dipenuhi (walaupun tak semewah mana, tapi agak melebih dari apa yang aku perlu).. Tapi bila datang bab yang satu ni, memang aku totally LOSER. Kenapa? Sebab aku benarkan sejarah berulang lagi! Aku nafikan apa yang kawan aku (Abu Zar) pernah cakap, "Sejarah mungkin berulang!"

"Mungkin takdirku hidup menyendiri...."




P/S: Dear Heart, I'm sorry for hurting you, I'm just falling for him too much.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Semena Hari Ibu kali ni (8Mei2011):

Orang lain bagi hadiah kat ibu masing2, tapi aku dapat hadiah dari mama aku sempena hari ibu ni. Hahahaha. Hadiah sbg hari ibu in advance kot :P

Ole-ole dari Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta. =)

Aku tak pernah menyimpan harapan untuk memiliki benda ni.
Mungkin betul apa yang Ainaa cakap; "When you don't expect anything, a thing will be something. Because in life, everything is a surprise."

Syukur =)

Walaupun deal asal adalah laptop baru, tapi memandangkan budget utk laptop tu terlalu banyak, maka aku bodek la iphone 4 nih. Hehehe. Thanks mama =)

Lepas beli iphone kat the curve, singgah Sogo kejap. Tengok2 ade kasut vincci longgok. aku pun apa lagi. Bantai la capai 2 pasang kasut nih. Hahaha. Sekali lagi, Syukur, Ya Allah.. Terima Kasih, Mama... =')

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..


WARNING: KALAU ANDA SEORANG YANG MASIH TEGUH DENGAN PRINSIP DAN ADAT ORANG MELAYU TENTANG ISU NI, TOLONG JANGAN MEMAKI HAMUN YE. SILA BERI NASIHAT ATAU PENDAPAT DENGAN BERHEMAH. TERIMA KASIH. =)

Okay, title sangat poyo. Aku tau tu. Haha. Title ni dapat ilham dari kata2 ayah yang aku extract dari post tahun baru aku hari tu. Kali ni aku nak cerita pasal isu perigi cari timba, dari versi aku yang berfikiran radikal tentang isu ni. Entry kali ni mungkin akan menimbulkan ketidak puasan hati dari pihak yang masih berpegang teguh kepada adat dan budaya nenek moyang kita. Aku tak kata yang aku dah tak berpegang kepada adat dan budaya nenek moyang kita, cuma dalam kes ni aje aku sedikit terpesong dari jalan sebenar. *Walhal masa dalam entry tahun baru tu, bukan main lagi konon tak nak terlibat lagi dah dengan isu2 macam ni.* Tapi, apakan daya, aku ni gadis yang dilahirkan sebagai generasi Y atau millennials generation. So, aku akui yang aku agak radikal sikit bila menyentuh isu2 macam ni. Bukan aku sorang je yang berfikiran radikal macam ni. Ada sorang lagi kawan aku, Aina, dia pun agak sekepala jugak dengan aku.

Sebenarnya, isu ni dah lama berbangkit. Dan, aku dah lama kemukakan pendapat aku (pergh. macam berwibawa je nak kemukakan pendapat). Cuma, baru-baru ni, hati aku tiba-tiba tergerak untuk post pasal isu ni kat blog aku pulak. Dah tu, dapat 'hidayah' ni waktu nak solat lak tuh. Ok. Aku tak nak bagi mukadimah yang panjang berjela. Nanti readers semput pulak. Hehehe.

Bagi aku, zaman sekarang ni macam tak sesuai je nak kekalkan prinsip yang perempuan-tak-boleh-luahkan-perasaan-dan-tak-boleh-mulakan-langkah-pertama. Zaman dulu, atok nenek moyang kita semua tu pemalu (bukan aku nak kata zaman sekarang orang melayu bukan pemalu lagi), cuma zaman dulu memang orang lelaki lebih daripada orang perempuan. Lebih dari segi kewangan, pendidikan dan beberapa kelebihan yang lain.

Bayangkan kalau perempuan zaman sekarang tak bg hint, tak mulakan langkah pertama atau dalam bahasa kasarnya, tak pergi cari timba. Memang alamatnya ramai la lelaki bujang dan perempuan bujang kat dunia ni. Sebab masing2 ego. Faham tak ni? ye la. Perempuan sekarang ramai yang lagi tinggi 3P dari lelaki; Pendidikan, Pangkat dan Pendapatan. Lelaki pulak memang sikap ego tu tak boleh nak kikis. Kononnya tak nak tacle perempuan2 yg lagi tinggi 3P tu; dengan alasan nanti perempuan jual mahal sangat. ( Tapi aku bukan suruh perempuan jadi terlalu murah, sampai sanggup gadaikan maruah, harga diri dan kesucian diri) Then, bayangkan kalau perempuan tu pulak sangat la pemalu and tunggu lelaki approach dia dulu (konon masih berpegang kepada prinsip tak nak perigi cari timba), tak ke membazir namanya tu? Walhal diorang suka each other. Memanglah kalau dah jodoh tak kemana, tapi kalau tak usaha, macam mana, kan?

Zaman sekarang ni banyak prinsip2 zaman dulu2 yg dah tak relevan lg. Zaman berubah, even penggunaan bahasa pun berubah. Jadi, manusia pun mesti berubah juga, kan? Aku tak kata kita perlu ubah 100% atau 360 darjah prinsip kita dalam isu jodoh ni. Cuma, aku rasa, kita perlu ubah cara untuk memulakan sesuatu hubungan tu. Bila dah jalan, adat melayu yang lain masih lagi berkuat-kuasa. Adat merisik, meminang, bertunang tu semua masih lagi sama. Jadi, takdelah isu meluputkan adat melayu kita, kan?

Hanya disebabkan prinsip atok nenek moyang, 2 hati yang kecewa, 2 jiwa yang kempunan. So, utk meyakinkan lelaki, perempuan pun kena mainkan peranan jugak. Kena la bagi hint or mencari lelaki yg dia rasa sesuai. Bagi aku, tak ada masalah kalau perempuan yang approach dulu, yang luahkan perasaan dulu; yang mulakan langkah pertama dulu.

Aku ada kawan (lelaki) yang approach perempuan yang dia suka (kes timba cari perigi) Tapi, perempuan tu tak boleh terima dia. Then, aku tanya dia, macam mana kalau sebenarnya, ada perempuan lain yang sayangkan dia dan mengharapkan dia. Tapi, perempuan tu malu nak approach dia. (Memang betul ada okay) Nak tahu apa dia jawab? "Dia tak bagi tahu aku, macam mana aku nak tahu dia suka aku ke tak? Aku tak ada clue. Apa yang aku boleh buat?" Haaaa. Nampak tak point aku sekarang? Lelaki pun perlukan hint dan langkah permulaan dari perempuan.

Bagi aku, kalau ada lelaki yang tak sukakan perempuan yang mencari timba, terpulang pada anda untuk mengekalkan tradisi itu. Mungkin anda rasa perempuan yang approach lelaki ni tak tau malu, terpulang! Semoga anda jumpa la dengan perigi yang tak cari timba. Semoga perigi anda itu memang bersih (ikhlas terima anda) supaya timba anda tak berkarat. =)

Oh. Ada satu lagi isu tambahan, tapi berkaitan dengan current issue ni. Isu jurang darjat. Tolonglah kikis pandangan skeptikal masyarakat melayu tentang "Lelaki mesti lebih tinggi kedudukan dari wanita atau mesti sama taraf" Okay. Aku akui, even dalam Islam pun mengesyorkan untuk mencari yang sekufu; yang setaraf. Tapi, kalau perempuan tu tahu hormatkan lelaki tu sebagai suami, dan tahu membezakan tugas di pejabat sebagai pegawai tinggi yang dihormati dan tugas dirumah sebagai isteri yang perlu hormat dan taat pada suami, apa salahnya, kan? Aku ada kenal dengan sepasang suami isteri yang aku rasa boleh dijadikan contoh yang sangat baik. Si isteri seorang pensyarah yang dihormati oleh para pelajar, manakala si suami merupakan pengawal keselamatan di universiti yang sama. Saya perhatikan, si isteri begitu hormatkan suami beliau dan si suami begitu kasihkan isteri. =)

Apa-apa pun, berdoa dan berserah lah kepada Allah S.W.T. Sebab, DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita. =)

P/S: Dear girls, when some refuse to accept your love, do remember this: I lost one who never loved me, but he lost the one who really loved and cared for him..

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..




Kalau dulu, bila aku mengharapkan perasaan tu datang dari Zali, kawan aku yang dapat miliki apa yang dia harapkan.

Sekarang, bila aku perlukan benda yang sama dari Abang M, kawan aku jugak yang peroleh apa yang dia perlukan.

She's so lucky. Im happy for her.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada, cuma aku tertanya, memang takdir aku ke melihat aje kebahagiaan orang lain, tanpa memperoleh kebahagiaan sendiri? Tanpa berpeluang menikmati apa yang orang lain nikmati?

Bukan aku salahkan takdir. Tapi, apa lagi yang aku nak buat kalau sampai 2 kali benda yang sama berulang? Aturannya sama. Sampai aku terfikir, aku ni kena sumpahan ke? Siapa yang tak sedih, tak kecewa bila dua kali jadi macam ni.

Orang akan kata, "Alah. Chill la. Nanti akan tiba jugak masa kau." Takpun, orang akan cakap "Bila sampai masa nanti, akan ada org yg cintakan kau mcm kau cintakan org2 sebelum ni" Tapi, diorang cuma pandai cakap je. Sebab, dorang tak rasa apa yang aku rasa. Diorang tak rasa kesakitan yang aku rasa. Diorang tak rasa letih macam yang aku rasa. Aku tak harapkan kata2 "semangat" mcm tu. Sebab, kata2 mcm tu buatkan aku semakin tertekan, semakin marah dan semakin benci. Aku tak tau nak salahkan siapa; Diri aku atau takdir?


Kebelakangan ni aku dihantui dengan kata-kata Kak Zira & Sara. Lepas tu, lirik lagu Saleem tu pun menguatkan lagi pemikiran negatif aku nih.


Kak Zira: Lamanya kau cuti sampai bulan 9? Entah-entah nanti masa tu abang M kau dah kahwin!

Sara: Kau ni. Nanti abang M tu kahwin dengan perempuan lain, macam mana la agaknya.

Terus terang aku cakap, aku takut sangat apa yang Kak Zira & Sara cakap tu jadi kenyataan. Aku tak tahu macam mana aku nak react nanti kalau betul2 benda tu jadi kenyataan.

"Sudah sering kau kirim surat, namun tak pernah aku jawab.. Lalu ku kirimkan undangan, agar kau tak berharap" Saleem Iklim - Bukan aku tak cinta

P/S: You know I love you.
But you never know how much I am willing to sacrifice for you.
You have no idea at all.
Trust me.

Nota kaki:-
Kata Ungu: Percaya padaku.
Kata New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang.
Kata Aku: Percaya padaku, sejarah telah berulang!

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang