H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"



People come and go, so appreciate who make an effort to stay

Quotes ni memberi maksud yang sangat mendalam bagi aku. Aku tahu kalau sekilas pandang, orang akan cakap quotes ni sangat selfish and seolah-olah maksud dia 'abaikan saje orang yang tinggalkan kita. Kalau dia rasa kita penting, dia takkan tinggalkan kita.' Tapi, bagi aku maksudnya lain. Sebab, aku tetap appreciate kehadiran dia dalam episod hidup aku. Kalau aku tak appreciate, aku takkan rasa sakit macam ni. Kalau aku tak appreciate, aku takkan ambil berat, kalau aku tak appreciate.. *sigh*

Dalam kehidupan ni, kemunculan dan pemergian orang dari dalam hidup kita adalah sesuatu yang sangat normal. Sorang datang, sorang pergi. Patah tumbuh hilang berganti, kata orang. Ada yang pergi takkan kembali, ada yang pergi dan berjanji akan datang semula. Aku rasa, aku dah biasa dengan norma kehidupan macam ni. Tapi kali ni aku tak tahu kenapa hati aku berat sangat. Ya. Seseorang yang sangat aku hargai kewujudannya akan pergi dari pandangan mata aku, akan pergi dari diari hidup aku. Lepas ni, tak ada lagi senyuman dia yang akan menceriakan hari-hari aku. Dan bagi aku, kenyataan ni sangat mengguris hati.

Aku tahu orang kata aku selfish sebab aku tak bagi dia pergi. Bukan aku tak bagi. Hati aku yang tak bagi. Mulut aku kata "Pergilah kalau itu yang terbaik. Jaga diri. Jangan lupakan kami".

Apa yang kalian harapkan dari aku bila aku dah terlanjur senaraikan dia sebagai 'keluarga' aku? Ini adalah alasan kenapa aku tak suka menyayangi dan menghargai orang. Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ditinggalkan dan aku akan rasa dikhianati.

Aku takkan minta seseorang tu supaya jangan pergi kalau aku tak sayangkan dia. Aku akan rasa sakit kalau orang yang aku sayang semakin jauh dari aku. Aku tahu aku bukan siapa2 dan mungkin kasih sayang aku tak bermakna apa2 kepada sesiapa yang aku sayang, termasuk abang. Mungkin bagi dia aku cuma watak sampingan yang tak bermakna bagi dia. Tapi bila aku dah anggap orang tu macam keluarga aku sendiri dan bila dia tinggalkan atau abaikan aku, sakit yang aku rasakan tu, Allah saje yang tahu. Sebab tu la aku lebih utamakan keluarga aku berbanding orang lain, sebab aku tau yang keluarga aku sentiasa ada di sisi aku. Dorang tak pernah tinggalkan aku. Dorang sentiasa ada untuk bantu aku bangun bila aku terjatuh. Dorang sentiasa ada untuk aku. Aku akan lebih rapuh kalau tanpa keluarga aku.

Aku tahu orang salah faham dengan niat aku. Orang salah faham dengan kedudukan dia dalam hati aku, dalam hidup aku. Mungkin dia pun salah faham, cuma dia buat berlakon macam tak ada apa2. Biarlah aku jelaskan. Aku cuma anggap dia macam abang aku, yang aku tak pernah lihat rupanya. Kalau arwah abang ditakdirkan panjang umur, diaorang berdua hampir sebaya. Aku memang akui masa mula-mula aku kenal dia, aku adore dia sebagai seorang lelaki ajnabi. (Walaupun realiti nya dia memang masih lelaki ajnabi pun!) Tapi selepas mula rapat, aku anggap dia macam abang kandung aku. Aku anggap dia macam sepupu2 havoc aku yang dua orang tu. (sorry eh abang ejam and abang ayen. kak long sayang korang :-*) yang boleh bercakap dan bergurau tentang apa sahaja. Kakak2 dua orang tu pun aku dah anggap macam kakak sepupu aku yang tengah berbadan dua tu. Dan roomate bertuah aku tu pun aku dah anggap macam 'jiran' katil aku ni haaa. :'D

Jadi, bila insan2 yang sangat bermakna dalam hidup aku ni ambil keputusan untuk pergi, ambil keputusan untuk tinggalkan aku tanpa senyuman diorang, aku rasa sangat kosong.. Sangat dikhianati. Jadi, tak salah untuk menangis kan? Aku menangis bukan untuk meratapi dan menagih simpati. Aku menangis untuk luahkan kekecewaan aku.. kesedihan aku.. Disebabkan aku tahu tak ada orang yang peduli tentang perasaan aku la aku menangis. Dengan cara itu, aku dapat legakan perasaan aku yang takde orang peduli ni.

Entahlah. Mungkin aku patut redhakan hati aku ni. Mungkin aku perlu relakan dan lepaskan dia pergi. Mungkin aku patut menerima hakikat yang dia akan pergi. Satu hari nanti mungkin kami akan bertemu lagi. Tapi mungkin dengan karakter yang berbeza. Hakikat itu yang aku tak sanggup untuk terima. ='(

Abang, Ciqa sayangkan abang bukan sebab abang selalu belanja kitorang tau. Ciqa sayangkan abang sebab abang adalah abang.. Si pembuli yang pandai menjaga hati. ;) Walaupun mungkin dah terlambat, but abang.. I wish You could stay. =(

P/S: Setiap takdir Allah itu ada hikmahnya. Cuma terpulang kepada kita untuk memahaminya atau tidak. - Semadikan aku (cerekarama tv3, 10.3.2012)



**Lagu ni Kak Mada yang bagi. Lepas dengar lagu ni, tiba-tiba aku tersedar yang semua yang terjadi ni sudah tertulis. =')

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang