H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Setelah sekian lama aku tak menulis, hari ni aku ambil keputusan untuk kembali ke pentas penulisan blog ni. *Ada gaya diva tak? muaahahaha* Maklum lah. Sekarang ni dah ada twitter. Segala curhat (curahan hati) aku lambakkan kat Twitter tu je. Diam tak diam, skill membebel secara maya aku ni pun dah semakin terhakis gara-gara twitlimit kat twitter tu. 140 alphabets, including spaces and symbols. Kau bayangkan la. *tarik keluar keyboard protector.*

Susah betul nak menaip bila pakai keyboard protector tu. Karang tak letak protector, 'onar-onar' aku menerjah masuk celah-celah kekunci keyboard aku ni pulak. *sigh* Cerita onar tu nanti lain kali aku cerita. Ni pun dah jauh menyimpang dah ni. Bebudak rumah aku cukup menyirap dengan aku time aku nak bercerita. Banyak sangat iklan. Menyimpang je keje aku.

Ok. Sebenarnya, kali ni aku nak cerita pasal kecomelan aku pagi tadi. *raba hidung* Tapi ada cerita mistik pulak yang potong queue. Alkisahnya macam ni. Lepas mandi tadi, aku masuk bilik and bukak ipad aku and launch kan apps you tube. Konon nak dengar lagu sambil membelai tubuh ni dengan topical yang Doktor Chang bekalkan tu. Time tengah dok godek2 you tube tu, aku rasa macam kelibat mama aku melintas bilik aku. "Mama?" Diam. Aku tak puas hati, aku panggil lagi sekali. "Mama?!" Then mama aku menyahut. Aku keluar la dari bilik and toleh ke kiri (ke arah bilik mama).
"Aik? Mama dalam bilik? Bukan mama keluar ke tadi?"
"Mana ada! Kenapa?" Mama pandang aku, kerut kening.
"Errr. Tak ada ape2 lah!" Aku pusing badan, masuk bilik aku semula.
"Kak Long! Cakap lah. Kenapa?"
"Erm. Tak ada apa kot." Aku patah balik masuk bilik mama.
"Cakappp. Kenapa?!"
"Errr. Kak long nampak macam mama keluar bilik tadi" Aku pandang mama. Mama pandang aku.
"Oh. Takde apa la tu kot!"
"Tu la. Takde ape." Aku masuk bilik aku semula. Dalam hati aku terdetik "Hah. Entah2 'benda' tu lari sebab dia tau aku nak pakai baju kot? Muahahaha"

Moral of the story, makan la kambing banyak2 lagi ye Syiqa. Kan dah ting tong! Ni bulan puasa, oii. Setan yang ada berkeliaran sekarang ni setan bertopeng manusia je. Setan yang memang setan dah kena rantai. Lagi satu, kurangkan tengok cerita yang berunsurkan vampire ye Syiqa! Eric Northman ke, Damon Salvatore ke, Carlisle Cullen ke, laghaaaa je semua tu! hahahahaha.



SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang