H.E.A.R.T

"H.E.A.R.T : Hari Esok Ada Rahsia Tersendiri"

Baru-baru ni aku ada terbaca update dari seorang rakan di Facebook tentang kematian mengejut sahabat dia. Mereka merancang sesuatu pekerjaan sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia nanti. Ternyata semua rancangan mereka tak dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang telah pergi buat selamanya..

Tiba-tiba aku terfikir.. Masih adakah esok untuk aku? Masih adakah peluang untuk aku nyatakan apa yang tersimpan dalam hati aku? Masih adakah kesempatan untuk aku ucapkan "terima kasih"?

Jadi, sementara detik ini menjadi milik aku, aku nak luahkan apa yang aku rasa. Aku tak mahu simpan lagi.

"Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah undang-undang saya, Encik N kerana sudi membantu saya ketika saya tak mempunyai sesiapa. Saya bersyukur sebab waktu saya fikir saya tak ada sesiapa, Allah tunjukkan Encik N pada saya. Kata-kata yang Encik N lafazkan pada tempoh hari betul2 meninggalkan kesan buat saya. Encik N telah kembalikan ketenangan saya. Kata-kata Encik N tu saya masih pegang sampai hari ni. Kerana kata-kata tu jugak lah saya lebih tenang terima kenyataan yang Puan Nasreen cuba sampaikan pada saya. Cuma, saya masih tak ada kekuatan untuk teruskan apa yang saya patut buat. Saya masih mengumpul kekuatan yang saya perlukan. I know that you and Puan Nasreen wouldn't be there for me anymore, so I need to find my own strength. Setakat ini, saya cuma mampu ucapkan terima kasih. Terima kasih, Encik N & Puan Nasreen.

Puan Nasreen, Terima Kasih sebab sudi membantu saya walaupun saya bukan pelajar puan.

Encik N, saya tak peduli apa yang orang cakapkan tentang Encik N. Saya tak percaya apa yang saya baca tentang Encik N. Sebab, dalam hati saya, Encik N adalah seorang pendidik yang baik. Mereka tak boleh terima apa yang Encik N cakapkan sebab mereka menolak untuk memahami mesej yang Encik N cuba sampaikan. Terima kasih untuk tenaga, pendapat dan ilmu yang dikongsikan selama satu semester ini dan terima kasih juga untuk ketenangan yang Encik N telah kembalikan kepada saya."

*Encik N yang dimaksudkan adalah pensyarah undang-undang UiTM Melaka. =)

P/S: Walaupun bahagian ini dah terluah, masih ada satu lagi perkara yang belum terlunaskan. Aku masih berhutang satu kebenaran kepada seseorang. Semoga aku memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang satu ini.

SilaLIKE.IniPAKSAAN..hehe..

0 Love notes:

Love Notes...

Followers

Blogmates

Search This Blog

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter

Foot Print.. ;)

Percaya Padaku =)


Wrong-gang